Jika dikenang-kenangkan kata-kata mak memang agak panas. Tetapi anggaplah ianya satu kebiasaan maklumlah mak dah tua, mungkin apa yang dicakap sekadar ikut hati sahaja. Jika tidak dalam dia tak sedar selalu berkata "mak tak pernah bezakan anak menantu mak semuanya sama sahaja. Walau sesombong mana, walau tak boleh ditegur sekalipun, walaupun menjuih sekalipun tetap mak sayang" Sesekali rasa sejuk dihati. Tetapi itulah banyak yang mengajar aku erti kesabaran. Sabar dan terus sabar dengan karenah beliau. Aku masih bertahan, tetapi pabila mak terlalu berkira bab duit hatiku tetiba panas. Maybe mak teringat zaman dia muda-muda dahulu, zaman kegemilangan zaman beliau 'berada'. Aku terpaksa menegangkan urat leher bagi mak betul-betul faham. Nampak macam kurang ajar tetapi apakan daya dengan itulah cara bagi memahamkan diri mak melalui percakapan dan gerak bibirku serta gerak bahasa dan lengguk badan serta isyarat tangan. Mungkin kalian tertanya-tanya kenapa aku bersikap demikian. Jangan kalian salah faham, mak aku tidak mendengar (pekak) tetapi dia boleh bercakap (tidak bisu) tetapi lagak gaya seperti orang yang sihat sediakala. Itulah keadaan mak yang telah menderita sekian lama, tiada tempat mengadu dan tempat bercerita, tambahan setelah kematian ayahku sejak 8 tahun yang lalu. Aku tidak menyalahkan keadaan dan takdir kerana ianya sesuatu yang perlu kami tempuhi dan dilalui. Walaupun perit dan derita serta puas emakku mengeluh dan merintih sekalipun, pendengaran beliau tetap tidak akan pulih. Pernah kami cuba melakukan pembedahan serta kecanggihan alat audio visual namun usaha semuanya gagal. Mak.. ampun kan segala dosa anakmu ini. Ya Allah..Ampunilah segala dosa-dosa Ibuku baik yang telah dan akan dilakukan beliau. InsyaAllah. Wallahualam.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment