Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Thursday, September 8, 2011

CERPEN: Warkah dari Ana (I) 22 tahun lalu

Warkah berusia 22 tahun Assalamualaikum w.b

Kehadiran warkah ini adalah warkah pertama 1989. Selamat tahun baru sayang! Bagaimana dengan azam tahun ini. Bagiku azam tahun ini, nak belajar bersungguh-sungguh, kedua nak jadi seorang yang agresif tidak sensitif soal-soal ‘remeh-temeh’ dan tak mahu lagi menjadi seorang yang emosional. Dan aku ingin melupakan segala yang menyakitkan hati dan perasaan sepanjang tahun 1988 dan tahun-tahun sebelumnya. 1989 adalah tahun semangat dan penghargaan baru buat Ana didalam menempuh alam dewasa.

Sayang…

Ana doakan agar dirimu sehat ketika ini. Jangan diikut perasaan yang tersiksa dan tertekan. Berbanyaklah bersabar. Janganlah kerana masalah yang mengheret dirimu ke lembah yang hina. Kita diberikan Allah akal dan fikiran. Sudah pasti kita boleh memilih mana yang baik dan mana yang buruk. Usah kita samakan diri kita dengan ‘haiwan’ yang mahu melakukan sesuka hati kita. Seperti kata yang biasa didengar ikut hati mati..ikut rasa binasa!

Sayang…sayangilah dirimu dahulu sebelum dirimu menyayangi orang lain. Tanpa kasih pada diri sendiri tiadalah dirimumu menyanyangi orang lain. Andai kita biarkan diri kita hanyut, kitalah yang akan rugi, sedangkan ‘musuh Allah’ bersukacita diatas kejayaanya mengheret kita bersama ke NERAKA. Ingatlah itu sayang!

Sayang…

Hanya satu ingin Ana pesan buatmu. Andai jodoh tiada diantara kita usahlah dikesalkan. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Janganlah jadikan perpisahan itu mengheret kembali dirimu ke lembah yang tercela. Jika terjadi begitu..dirimu bukan seorang ‘lelaki sejati’. Dirimu sebenarnya seorang yang berani menyahut cabaran dan boleh langsung dibanggakan. Pada zahirnya mungkin sayang jagoan tapi pada lahiriahnya jauh sebaliknya. Ingatlah diam dan sabar bukan bererti penakut atau pengecut bagi orang-orang yang ‘beriman’.

Sayang…

Sempena tahun baru ini, Ana harap jiwa sayang sentiasa tenang dan pasrah selalu. Belajarlah bersungguh-sungguh. Buktikan kepada Ana sayang akan Berjaya mendapat ‘5P’ atau sekurang-kurangnya ‘4P’..Buktikanlah..Ini adalah cabaran dari Ana buatmu sayang. Ketahuilah tahun ini adalah cabaran buat kita dan kita mesti menyahut cabaran itu dengan nekad yang bersungguh-sungguh. Bagaimana? Kita cuba o.k.

Sayang…

Tahun ini Ana berazam tak mahu menjadi seorang yang ‘terlalu’ merendah diri. Scara sederhana saja tak apalah, kah! Ana nak cuba-cuba cari ramai member-member. Tak kira yang lawa atau tak lawa..Asal senang berkawan dengan Ana dah lah…

Sayang..

Ana rasa warkah Ana ini dah melalut-lalut pulak. Oleh itu eloklah benar Ana mengundurkan diri dahulu buat kali ini. Senyum selalu, tenangkan fikiran dan hatimu selalu.

“Tahun baru azam mesti baru”

Sayangku untuk mu

Hanif Herma (Hanif=yang LURUS)

P/S:Ribuan ampun dah maaf ku pohon diatas kertelanjuran kata-kata mahupun tingkah laku Ana sepanjang perkenalan kita. Agar kemesraan kita berkekalan. Salam sayang dari Ana.

P/S II:Kalau ada problem jangan segan, bagitaulah…

No comments:

Post a Comment