Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Saturday, September 3, 2011

aku sempat....

Kali ini (hari raya aidil fitri) aku terlalu bahagia walaupun setelah bertahun-tahun aku tidak menjenguk kampung halaman. Aku tetap rasa bahagia kerana pada tahun inilah aku merasa dapat bercuti panjang. Aku tetap dapat merasakan kehangatan api kayu getah ketika mengacau dodol dan membakar lemang. Aku dapat menumpang kasih di rumah mak longku di Raub. Layanan dari anak-anak saudara dan sepupu sama sahaja seolah tiada bezanya, tetap sama macam adik beradik. Tiada langsung rasa kekok dan sebagainya. Dalam pada masa yang sama aku juga dapat berjumpa dengan adik beradik yang lain termasuk anak saudara. Sempat juga aku berkumpul di rumah Kak Ngah walaupun beliau baru sahaja keluar dari PPUM akibat operation cancer usus. Masya'Allah beliau terus mengusung beg 'pembuangan hasil' di pinggang seumur hidup. Aduhai..tak sanggup aku melihatnya. Sabarlah Kak Ngah, be strong, be cool. Sempat juga menyelesaikan masalah keluarga terutama melibatkan harta pusaka. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Abang De dan Abang Tam turut serta. Kak Siah jauh di Kg Perlok, Damak, Ulu Cheka, Jerantut hanya akur sahaja. Walaupun beliau anak lain tetapi beliau tetap anak abah. Selesai semua aku sempat bermaaf-maafan dengan mak ku (Cu Amah)

Sempat juga aku berhari raya di Sungai Besar kerana selepas perbincangan, jam 1230 pagi aku terus memandu ke sana. Kelihatan mak mertuaku sangat gembira setelah kehadiran kami semua, walaupun baru sahaja kehilangan anak lelaki tersayang (Allahyarham Hisham-Pak Uda). Adik Ina, Busu, Angah Tie, Ayin, Achik turut memeriahkan suasana raya. Sempat juga aku bersholat sunat Aidilfitri di masjid Kg Baru Nelayan, menziarah pusara Ayahanda (mertua), adinda (adik ipar) dan bapa saudara (mertua). Sesekali teringat Arwah abah dan arwah abang Long. Alhamdulillah dengan bimbingan ustaz Ayin doa dan tahlil rengkas telah dibuat dengan merangkumkan semua sekaligus. Sempat juga aku beraya di rumah Pak Long Sg Nibung. Aku juga sempat menziarah saudara-saudara rapat mak mertua di Parit 1 sambil berperang dengan daging rendang, ketupat, lontong dan sebagainya.

Pagi-pagi hari raya ke-3 jam 0530 pagi aku terus memandu ke Raub dan bercadang untuk ke Damak. Aku sempat bersarapan di McDonalds Gombak, aku sempat ulang sarapan di Raub (rumah mak long). Aku sempat ke rumah arwah pak long (ustaz yg merawat arwah abah-mak Kak Yah Semprit) di kg Budu. Rombongan dan ziarah tersebut disertai oleh Adik Nor, Abang De Kamaruzzan, Awan, Dr. Ina, Abang Long Lan, Abang Long Mizan dan Mak Long Tat. Aku sempat makan tengahari bersama Kak Siah di Kg Perlok beramai-ramai. Walaupun ala kadar namun tetap bermakna.

Aku juga sempat bermalam disana. Owh..sungguh damai disana. Air nya dingin bak salju (air gunung). Malamnya sejuk bak khutub utara. Paginya damai dengan kabus sirna. Layanan kelas pertama. Kak Siah maafkan aku kerana jarang mengunjungi kalian sekeluarga. Drama air mata dihujung perpisahan. Dibekalkan dengan tempoyak, kuih sepit, kerepek pisang dll. Terima kasih segalanya kak.. jumpa lagi Insyaallah.

No comments:

Post a Comment