Terasa dalam hidup ini ada beberapa pembaziran waktu. Andaikata aku dapat mengulang masa alangkah indahnya dunia. Apa yang ada dalam hati ini siapapun tidak tahu kecuali aku dan Allah jua yang tahu.
Pembaziran dalam berkawan pun banyak berlaku dalam kehidupan aku. Namun aku tidak boleh menyalahkan takdir dan suratan. Adapun kisah lampau sentiasa menghantui kita, antaranya cinta monyet (cinta zaman sekolah-masa itu aku yang belum matang; tak tahu mana yang intan mana yang kaca) Maafkan aku kerana kesilapan tersebut. Pembaziran percintaan telah berlaku. Orang yang kita kejar, orang yang kita puja, sanjung, cintai tidak berjaya untuk dimilikki. Tak ada jodoh, itulah jawapannya. Balik-balik itulah jawapannya. Aku tidak tahu dalam pada itu, ada cinta sejati, cinta pertama seseorang terhadap aku, andaiku tahu, akan ku bahagiakan dia sampai akhir hayatku. Tetapi apakan daya tiada jodoh. Balik-balik tak ada jodoh. Aku telah sia-siakan jodoh aku. Satu pembaziran masa juga berlaku kerana aku gagal memahami situasi kerana ruang dan peluang ada didepan mata.
Cinta semasa dalam kerjaya sehinggakan banyak masalah, bil telefon, top up dan sebaginya telah dibazirkan untuk cinta yang tidak pasti. Kerana satu kesilapan menyuruh seseorang meninggalkan, akhirnya seseorang berasa kecil hati lantaran terus memutuskan persahabatan. Itupun atas kesilapan atas silap pemahaman. pendapat kita ditagih sebenarnya dan masih mengharapkan kita bertindak untuk menghalang. namun status kedudukan keluarga jadi penghalang. Bertahun-tahun bercinta akhirnya tiada yang menang tiada yang kalah, namun sesekali membuatkan aku teringat. Kenapa cinta perlu berebut dengan orang lain. Dah tak de jodoh. Balik-balik tak de jodoh.
Cinta kontrak pun ada, berkawan bagai nak rak macam belangkas. Tetapi oleh kerana ketidaksabaran dan ketidakpercayaan terhadap aku, seseorang terlepas ke tangan orang lain. Apa yang nak disesalkan walaupun ianya melibatkan kebahagian seumur hidup. Tidak perlu salahkan sesiapa. Tidak perlu disesalkan. Juga berlaku pembaziran hingga mengotak-katikan arus rumahtangga.
Cinta simpati juga ada, bukan setakat berkawan, bercinta malahan pembaziran berlaku sekali lagi. Kekadang berlaku kekasih lama datang kembali. Sesal yang tidak terucap apabila membiarkan seseorang terlepas dan kembali bersama kekasih lamanya. Tidak mudah untuk melupakan seseorang. Namun orang lain senang-senang boleh lupakan kita, maka satu lagi pembaziran telah berlaku. Tak ada jodoh. Balik-balik tak ada jodoh.
Perkenalan demi perkenalan berlaku. Andainya hubungan diteruskan sejak dulu maybe pembaziran percintaan tidak mungkin berlaku. Hilang seketika timbul kembali hingga sekarang namun ia tetap sementara kerana suatu masa seseorang itu akan berkeluarga. Tak ada jodoh. Balik-balik tak ada jodoh. Walaupun itulah cinta pandang pertama. dup dap!
Teman tapi mesra juga boleh jadi penyebab. Berkawan lama kekadang juga ada pembazirannya. Hati budi telah diketahui, pendek kata segalanya sudah tiada rahsia. Kekangan keluarga dan status yang jadi penghalang.Tak ada jodoh. Balik-balik tak ada jodoh.
Cinta terbiar boleh menimpa seseorang. Berjauhan kekadang boleh mengubah perasaan terhadap seseorang. Dahulu akulah segalanya, namun kini usah sms, email, telefon, facebook tak pernah dibalas. Bukankah telah berlaku pembaziran kasih sayang. Bukan setakat itu sahaja malahan silaturrahim yang telah terjalin kukuh diibaratkan sebagai keluarga telah terputus begitu sahaja. Tak ada jodoh. Balik-balik tak ada jodoh. betulah kita tidak tahu masa hadapan, kita tidak siapa jodoh kita. Mana tau suatu masa?
Tetapi ada juga yang lama menghilang on and off datang dan kekal hingga kini namun itupun aku hanya sebagai teman berbicara dan tidak lebih dari itu. Walaupun naluri dihati ingin lebih dari itu. Tak ada jodoh. Balik-balik tak ada jodoh. Walaupun berkali kita bermimpikan seseorang namun realitinya belum dapat, dan mungkin tidak akan tersentuh jua. Akhirnya tidak kemana, sesalnya tidak terkata. Untuk diundurkan masa adalah mustahil. Berangan sahajalah.
Ketahuilah alangkah sedih dan pilunya berapa lama dibazirkan untuk mencari cinta yang tak pasti. bak kata orang muda-muda, pencarian bermula dan tanpa berakhir tanpa noktah. Tak ada jodoh. Balik-balik tak ada jodoh. Kekadang malas nak lalui perkara sebegini. Kekadang tidak tahu apalagi yang dihehendaki dalam hidup.
Luahan Pak Kasih
No comments:
Post a Comment