Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Tuesday, February 28, 2012
Entahlah..
Orang kata merungut, mengeluh itu tidak begitu baik dalam kehidupan. Namun bagi aku untuk meluahkan tidak salah. Memanglah sepatutnya kita meluahkan kepada Allah Taala. Tetapi kekadang keadaan yang hadir beberapa ketika yang lalu membuatkan aku rasa menyampah untuk datang ke pejabat, pada sebelum ini aku tersangat teruja untuk ke pejabat. Adakah petanda bahawa aku tidak lama di pejabat. Ataupun sebagainya. Puas aku cuba untuk gembirakan diri tetapi agak kurang berkesan kerana skrin TV besar dihadapan mata kita sering mengganggu. Maksudnya skrin ingatan, memori yang tidak elok itu tidak boleh dierasekan dengan semudahnya apatah lagi untuk didelete. Aku sendiri mengakui tidak sempurna dalam beberapa aspek namun setiap yang kurang itu mesti ada yang lebih. Tetapi aku rasa, jikalau kalian berada ditempat aku barulah betul mengetahui apa yang terbuku dihatiku. Apa akan terjadi jika diri kita merasakan tidak penting dalam sesuatu organisasi..cuba sesekali renungkan. Kekadang hentaman berterusan akan membuatkan kita down dan terus down. Ianya akan ok tetapi akan mengambil masa yang agak lama. Apa yang perlu anda buat? jika anda sering dilabel seorang yang tidak bersungguh-sungguh, gagal,tidak efisyen dan sebagainya. Tetapi orang yang melebelkan itu hanya sekadar bercakap tanpa dengan fakta dan guide yang sepatutnya. Cuma berterusan bertanya bila nak siap? mengapa tak siap-siap? ..Cuba lah sesekali bagi jalan penyelesaiannya. Bukan meminta simpati atau megadu nasib tetapi sekadar memberikan semangat kepada diriku sendiri dan teman-teman yang senasib. Betullah hidup ini adalah satu pusingan roda, kadang diatas kadang dibawah. Kekadang senang, bahagia, ceria kekadang susah, murung dan sedih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment