Puas Jantan berharap agar Aya menangguhkan hasratnya agar tidak pulang pada malam tersebut. Puas juga Jantan merayu kepada Aya hasratnya. Namun Aya tetap berkeras untuk pulang juga pada malam tersebut. Jantan berasa amat sedih. Tetapi kesedihan itu tidak ditunjukkan. Beliau cuba menghiburkan hatinya sendiri. Jika boleh beliau ingin bersama dengan Aya. Baru sahaja cuba berkenal-kenal dan bertukar-tukar fikiran Aya sudah pergi. Dari body langguage Aya beliau juga rasa keberatan untuk pulang. Tetapi atas sebab-sebab yang tidak dielakkan terpaksa pulang. Jantan tetap meneruskan sisa-sisa malam sambil bermain 'terup keling' dengan rakan-rakan yang lain. Mungkin teman-teman Jantan dan Aya dapat menghidu tingkah laku mereka berdua. Namun rakan mereka berdua begitu sporting dalam hal ini.
Tiba-tiba aya terus berlari meminta izin untuk sebelah atas. Khabarnya perutnya begitu memulas. Aya begitu berani sendirian meniti jambatan seterusnya bergerak ke arah bilik air bersendirian. Aya merasakan dirinya diekori sesuatu. Beliau merasakan ada orang sedang memangil-manggilnya. Keadaan ini membuatkan Aya tidak selesa. Selesai sudah hajat beliau untuk membuang air, beliau berlari sekuat-kuat hati. Bayang itu turut mengekori Aya. Sehinggakan Aya terpaksa melintasi jambatan yang melintasi air terjun itu semula bagi mengambil bag pakaian untuk pulang. Aya tergamam, terperanjat apabila mendapati seolah-olah ada orang melambai-lambai dari arah air terjun tersebut. Tetapi Aya buat-buat seperti tiada apa yang berlaku.
Jantan masih lagi bermain 'daun terup keling'. Dalam masa yang sama beliau sempat mengerling melalui ekor matanya memandang ke arah Aya. Aya bersalam-salaman dengan semua sebelum pulang. Tetapi Jantan buat tak tau sahaja. Sehinggalah Aya bersuara,
"Abang Jantan, esok telefon Aya. Datang rumah ye..."
Kata-kata tersebut memberikan sinar bahawa satu sign bahawa perasaan suka Jantan telah disambut oleh Aya. Jantan tersenyum puas. Bagaimanapun Aya kelihatan sugul, kerana Aya keciwa Jantan tidak datang untuk menghantarnya ke kereta. Disitulah kesilapan Jantan kerana tidak pandai mengambil hati dan menggunakan ruang untuk memenangi hati Aya.
Jauh di sudut hati Jantan ingin berbuat demikian tetapi perasaan malu, rendah diri takut-takut dan rasa seperti perasaan sukanya tak diterima atau ditolak oleh Aya. Aya pun berlalu pulang dalam kegelapan malam. Terkulat-kulat Jantan resah tanpa bicara. Segala perbuatan semua dirasakan tidak kena.
Lantas Jantan mengambil keputusan untuk tidur walaupun kawan-kawan masih sibuk bersembang, bermain daun terup dan aktiviti bebas. Hujan lebat sebelah petang tadi telah menjejaskan aktiviti perkhemahan kali ini. Suka tak suka Jantan kena buat pilihan, samada nak tidur dalam keadaan terbuka lembap (khemah terbuka), basah dan sesak(wakaf) atau lembap panas (khemah).
Tiba-tiba Aya muncul memanggil Jantan;
"Abang.. cubalah makan ikan patin tempoyak ni"
"Abang..tak makan ikan sungai..kuah makanlah..." Balas Jantan
Jantan memang seorang yang tak suka makan ikan sungai. Tetapi macam mana pulak kuah boleh masuk dalam tekak dia.
"Tak makan ikan patin..." Ulang Jantan berulang kali.
Tiba-tiba jantan tersedar dan terjaga. Cis....rupa-rupanya Jantan bermimpi lagi. Jam telah menunjukkan jam 6.30 pagi. Cepat-cepat Jantan mengosok gigi dan bersholat. Nak mandi al-maklumlah airnya sangat sejuk dan dingin.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment