Alangkah indahnya pabila kita dapat berkongsi cerita, bertukar-tukar pandangan sesama insan tanpa mengira pangkat, status dan kedudukan. Iannya akan terpancar kegembiraan dan boleh mengeluarkan stress dan juga toksid-toksid yang ada dalam tubuh badan kita. Kekadang sesuatu rahsia tidak lagi menjadi rahsia apabila kita bercerita kepada seseorang. Walaupun ianya selamat dengan ungkapan janji. Rahsia bukan lagi rahsia tetapi ianya tetap dirahsiakan.
Apa-apapun kita tetap perlukan seseorang untuk berbicara. Walaupun kekadang berbicara itu terlalu pahit untuk diluahkan. Kadang-kadang terpaksa mengadaikan risiko. Yelah semasa suka semuanya baik, wangi dan sebagainya. Tetapi akan jadi sebaliknya semuany busuk, kotor dan sebagainya.
Yang pasti pabila kita berjaya meluahkan sesuatu pendapat, perasaan atau apa sahaja, pasti kita akan merasa lega. Waima sekalipun si pendengar yang baik tidak faham, tidak mengerti tentang bahasa kiasan atau bahasa berlapik.
Untuk dalam kehidupan seharian kita tidak boleh memendam perasaan. Lepaskanlah biarpun kita sendiri tau jawapan atau tidak pasti. Janji happy.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment