Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Monday, April 9, 2012
Entahlah..
Orang kata merungut, mengeluh itu tidak begitu baik dalam kehidupan. Namun bagi aku untuk meluahkan tidak salah. Memanglah sepatutnya kita meluahkan kepada Allah Taala. Tetapi kekadang yang hadir tak menentu. kepala aku terasa sangat serabut. dari sekecil-kecil perkara sampai sebesar-besar perkara. Itu pun hadir bukannya atas sebab kita yang bermasalah, sekadar melibatkan perasaan hati.
Apa yang boleh aku lakukan apabila datang saat senja sebegini. Perasaan sensitif, kecil hati, rendah diri semuanya ada. Tambahan pula kita rasa berjauh hati dngan orang yang kita puja dan sanjung. Kadang-kadang aku tidak boleh rasa sebegini. Sebab kita tidak boleh menghalang sesiapapun untuk menyukai diri kita sekalipun kita berbuat yang terbaik untuk beliau. Walaupun kita ikhlas tetapi itu belum tentu memadai. Tetapi itulah adat dunia. Tidak semestinya yang kita sukai itu kita akan dapat, belum tentu dia suka kepada kita. Begitulah sebaliknya. Buatlah baik berpada-pada, jika perbuatan baik kita itu hanya menyakitkan hati dan diri sendiri buat apa. Tiada guna mmeneruskan perasaan sebegini. Masalahnya kita dah terlanjur menyanyangi..aduhai rumit2 dan kusut..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment