Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Sunday, February 19, 2012

Terjah Lata Jarum



Pengalaman beberapa hari di Lata Jarum banyak mengajar tentang erti kehidupan. Bermula dari hari Jumaat 17 Feb 2012 aku telah bergerak dari Kuantan jam 2000hrs dan tiba di Raub jam 2200hrs sambil menunggu kedatangan kawan-kawan dari Kuala Lumpur. Jam 0045 mereka tiba dan singgah seketika di Restoran Najath. Kira-kira jam 0400 pagi tiba dilokasi bernama Lata Jarum.

Sebaik sahaja kami tiba kami dihalang oleh pokok tumbang. Tetapi itu bukan masalah, kerana kami sama-sama mencantas dan memangkas dahan-dahan yang menghalang. Sekitar sejam dua kami masih meninjau-ninjau tempat terbaik untuk dijadikan tapak perkhemahan. Akhirnya penat lelah berbaloi kerana kami terpaksa meredah malam yang gelap gelita untuk melempiaskan diri berehat. Khemah dipasang, Hammock digantung matapun mula pedih mengantuk.

Ingatkan nak tidur tetiba kawan-kawan buka kitab matematik pulak. Assudah berjaga sampai pagi. Apabila mentari muncul barulah kami sedar dengan keindahan alam disini, penuh dengan view yang menarik dengan bunyi deruan air terjun yang memercik dan menghempas batu. Aktiviti bebas bermula, ada yang mandi manda, ada yang asyik menggigil tapi tak juga mandi sampai ke petang, ada yang mendaki @ melawan arus tak jugak sampai ke puncak, ada yang cuba mendaki air terjun tetapi tak lepas turun, gayat.. ada yang mengambil gambar dari atas jambatan, ada yang tak tau berenang...ada yang memasak, ada yang memancing..

Akhirnya aku berjaya melepasi satu persatu air terjun untuk ke puncak. Rupa-rupanya diatas sana cantik..seperti kolam takungan..tetapi mak ai sejuk hingga mencucuk-cucuk macam jarum. Kamera pulak tertinggal kat bawah. Pergi ambil kamera dibawah dan naik mendaki semula. Punyalah penat, licin dan sejuk. Jikalau terjatuh, saje je...

Tetapi agak mendukacitakan kami kerana tidak berjaya menjejak bunga pakma @ reflasia memandangkan cuaca agak gelap dan hujan. lagipun masa terlalu suntuk. Kami akan datang lagi wahai Lata jarum

No comments:

Post a Comment