Perasaan marah, geram, bengang semua ada. Puas kita berbuat baik dengan seseorang tiba-tiba bila tiba penilaian prestasi dia tenyeh kita cukup-cukup. Orang yang selama ini kami 'respect' kini adalah orang yang paling kami benci. Masa belum naik pangkat selalu nasihat orang, itu semua rezeki, jangan khianat orang, jangan itu ini. Tetapi apa dah jadi sekarang. Ini bukan khianat lagi. Ini dah dikira petualang kerana ulasan yang diberi bakal menjejaskan periuk nasi dan prestasi selama 3 tahun. Memang benar kuasa ditangan beliau tetapi tindak beliau boleh mengundang kemarahan dan tidak senang dikalangan kawan-kawan dan taulan.
kami tidak pernah membantah atau mempunyai masalah dengan beliau. Biasalah sekadar bertentang pendapat, itu perkara biasa. Rupa-rupanya ada juga manusia yang tidak boleh menerima teguran, pendapat dan kritikan. Memang benar belaiu ada kuasa. Namun ingat Allah itu maha kaya, suatu masa Allah akan makbulkan doa orang-orang teranaiya, InsyaAllah. Dengar khabarkan selepas peristiwa itu, Allah turunkan musibah ke atas dirinya, kalau tidak silap patah tangan. Betul ke?
Seorang manusia yang tidak mengenang budi. Andaikata aku yang bermasalah, aku tak kesahlah tapi ini dah jadi lain. Sedangkan ketua terdekat aku pun boleh dia perkotak katiklan melalui lapuran yang dibuat. Sakit, memang sakit..nasib baik beliau dah tukar..Dah bagi prestasi terburuk, ulasan pun buruk. Sampai menyarankan agar ditukarkan, ini sudah dikira melampau.. Eiiii kalau diikutkan hati marah dah lama aku debik-debik mukanya. Waima badan dia besar sekalipun, aku tak peduli..lawan dulu.
Kami tidak pernah berjumpa dengan manusia yang tidak mengenang budi, yang selama ini berteduh dan menumpang telah lupa daratan. Mungkin hati dia memang busuk. Selama ini makan kita yang banyak mengeluarkan modal, habis anak-anak buah turut keluar modal demi untuk bayar makan dia. Ada ka patut macam itu, sedarlah awak tu dah berpangkat, perangai dahlah hodoh, hati lagilah busuk..Patutlah anak-anak buah tak suka dan tak ingin dekat jikalau perangai sebegini rupa.
Akhirkata masih sempat untuk berubah. Biarlah kami yang menjadi mangsa tetapi jangan ada lagi mangsa berikutnya.
Tapi ada orang kata; jikalau anak buah bengong, tak cemerlang..babak buah lagilah bengong dan tak cemerlang, amacam? betul tak. Ingatlah jika tidak orang bawahan maka tiadalah kita yang cemerlang diatas.
Barang harus diingat, mulai tahun ini dan saat ini segala pergerakan gaji adalah bergantung kepada laporan prestasi.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment