Jantan tertanya-tanya siapakah gadis itu. Milik siapakah gadis itu. Sudah berpunyakah dia. Salam perkenalan telah dihulurkan. Gadis itu tersenyum mirip-mirip Ummi Aida. Berdebar jantung Jantan. Tetiba gadis itu menyapa Jantan.
"Sorang saja ke bang?"
"Aha..abg sorang je" Balas Jantan
Dalam hati jantan berdetup-detap, kenapalah aku tak pelawa dia naik kereta aku. Menyesal yang tidak terhingga perasaan Jantan ketika itu. Maka episod berkonvoi pun bermulalah. Jantan yang pada awalnya telah ditemani oleh kawan yang baru dikenalinya tadi. Yang pasti bukan gadis mirip Ummi Aida. Dalam perjalanan mereka berbual-bual tentang gadis tersebut. Nama manjanya "Aya". Masih single masih belum berpunya. Hati Jantan kembali bersemangat.
Dalam perjalanan menjejaki Rimba Chekas pelbagai peristiwa yang diluar dugaan berlaku. Antaranya terdengar orang mintak tolong...sayup-sayup, abaikan. Kelihatan Babi melintas..ada juga tetiba bau hancing. Ops..malam mana boleh cakap apa2 just pandang, dengar dan saling pandang memandang. Sebaik tiba dilokasi setelah hampir sejam berkonvoi kelihatan ada pulak pelbagai halangan. Perut memulas-mulas, banyak ranting patah dan anak-anak pokok tumbang yang terpaksa dibersihkan. Hujan mulai turun dengan sekejap lebat sekejap gerimis.
Namun peluang Jantan untuk dekat dengan Aya belum ada. walaupun sesekali bertegur sapa, namun perasaan malu tetap menebal didada Jantan. Beliau masih merasakan beliau orang kampung yang pemalu. Agak terbakar perasaan Jantan pabila melihat gadis Aya beralih perhatian kepada orang lain. Dalam hati Jantan berkata; bagaimana harusku bertanya atau memulakan. sambil berdoa, Ya Allah Engkau berilah aku peluang dan ruang untuk mendekati Aya.
Keesokan paginya doa Jantan termakhbul, Jantan berjaya merapati Aya yang kebetulan tidur ditempat sepatunya Jantan tidur malam tadi. Kesian Jantan semalaman tak tidur kerana peralatan dan sleeping bag dan alatan personel berada betul-betul berhampiran gadis Aya. Ke hulu dan ke hilir Jantan mundar mandir tepi Gadis Aya. Beliau merenung Aya dengan sepuasnya tanpa diganggu oleh orang lain. Aya menggeliat kesejukan kerana mentari telah semakin menunjukkan muka. Mungkin Aya terkejut kerana Jantan telah berada disebelahnya.
"Sori, nak ambil berus gigi. Sambunglah tidur semula" Seraya berkata kepada Aya.
Bila Jantan bangun lalu tersedar..Aya telah tiada, Aya telah pulang..rupa-rupanya Jantan bermimpi.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sape lah gadis tuh eh?
ReplyDelete