Selesai sahaja perkhemahan di rimba, Jantan terus bergegas meninggalkan rakan-rakan yang mempunyai haluan masing-masing. Jantan terlalu excited untuk berjumpa Aya, kerana masih terngiang di telinga beliau.
"Abang Jantan jangan lupa call Aya, datang rumah tau..."
Akhirnya setelah sesat barat terjumpalah Jantan teratak desa milik keluarga Aya. Itupun dengan bantuan Aya. Kesian Jantan, sampai terlelap dan tersenguk-senguk beliau. Sempat juga Jantan berkenal mesra dengan mak, ayah dan adik Aya. satu keluarga happy dan pandai memasak. Baik belaka layanannya. Jantan rasa seperti tak mau pulang. Tetapi apa kan daya, setelah disiasat didapati Aya sudah ada yang punya. Maka hancurlah hati Jantan, betapa luluhlah segenap jantung beliau. Tetapi Jantan kelihatan bersahaja, namun didalam hatinya siapa yang tahu. Maka hari demi hari Jantan semakin sayang kepada Aya.
Pada masa yang sama Aya tetap melayan karenah Jantan. Cuma Jantan terlalu cepat percaya kepada seseorang hinggakan tiada filter apabila bercerita sejarah silam dan kendiri diri. Yelah..Jantan ni seorang yang pendiam dan pemalu, mungkin tiada tempat untuk mengadu ataupun bercerita.
Masa semakin cepat berlalu, perhubungan semakin dekat walaupun jantan dan Aya jauh, namun teknologi sekarang membuat yang jauh menjadi dekat. Segala masalah atau aktiviti sering bertukar makluman sesama meraka. Hinggalah pada suatu hari secara tidak sengaja,Jantan menghubungi Aya dan berceritakan tentang masalah yang dihapi. memang agat berat dan sadis. Ianya membuatkan Jantan terlalu sugul dan tidak ceria. tetapi oleh kerana kebjiaksanaan Aya, beliau telah berjaya memulihkan semangat dan mengembalikan keceriaan buat Jantan. Terpancar keceriaan diwajah Jantan.
Aya memang seorang bijak dan manja. Perawakan yang bersahaja dan peramah membuat Jantan tertarik. Namun agak malang buat Jantan kerana Aya telah declare beliau telah ada orang lain.
"Abang dah terlambat, Aya dah ada seseorang.." Kata Aya..
Dengan terkedu Jantan membalas, "Owh..IC..erm tak pelah, abang dapat menumpang kasih pun tak apa dah"
Sejak itu Jantan cuba menyuraikan perasaanya terhadap Aya, namun sudah agak jauh kerana perasaan sayang sudah semakin menebal. Pada tanggapan Jantan beliau merasakan Aya pun sedikit sebanyak ada perasaan itu, cuma sedikit terlambat. Jantan berdoa didalam hati biarlah masa dan keadaan yang menentukan. Jantan cuba untuk berpatah balik tetapi mungkin agak sukar.
Kadang Aya lah menjadi tempat mengadu. Memang kerap Jantan berbuat demikian. Sehinggakan pada suatu hari Jantan berasa sangat sebak dan sedih Ayalah yang jadi penenang. Apa tidaknya, jantan ni seorang yang berkulit cerah, apabila ada masalah ke apa ke maka automatik mukanya berubah menjadi merah dan telinganya merah udang kena bakar. Itulah kelebihan Aya yang bisa membuatkan orang yang sedang bersedih boleh gembira.
Tetiba Jantan tersedar dari lamunan;
"aku nih biar betul..perasaan aku aje kot.." Sambil bercakap dengan diri sendiri.
Jantan terentak rupa-rupanya dia baru tersedar dari tidur. Beliau tertidur di kerusi tempat kerja beliau. Jantan terus bangun dan membasuh muka sambil tertanya-tanya didalam hatinya siapa Aya, kat mana jumpa, ke mana pergi dan sebagainya. Cis rupa-rupanya Jantan selalu tertidur. Dalam bilik siang hari pun boleh tertidur. Alahai..Jantan, Jantan...
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment