Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Saturday, September 10, 2011

Tak ada jodoh

Terasa dalam hidup ini ada beberapa pembaziran waktu. Andaikata aku dapat mengulang masa alangkah indahnya dunia. Apa yang ada dalam hati ini siapapun tidak tahu kecuali aku dan Allah jua yang tahu.

Pembaziran dalam berkawan pun banyak berlaku dalam kehidupan aku. Namun aku tidak boleh menyalahkan takdir dan suratan. Adapun kisah lampau sentiasa menghantui kita, antaranya cinta monyet (cinta zaman sekolah-masa itu aku yang belum matang; tak tahu mana yang intan mana yang kaca) Maafkan aku kerana kesilapan tersebut. Pembaziran percintaan telah berlaku. Orang yang kita kejar, orang yang kita puja, sanjung, cintai tidak berjaya untuk dimilikki. Tak ada jodoh, itulah jawapannya. Balik-balik itulah jawapannya. Aku tidak tahu dalam pada itu, ada cinta sejati, cinta pertama seseorang terhadap aku, andaiku tahu, akan ku bahagiakan dia sampai akhir hayatku. Tetapi apakan daya tiada jodoh. Balik-balik tak ada jodoh. Aku telah sia-siakan jodoh aku. Satu pembaziran masa juga berlaku kerana aku gagal memahami situasi kerana ruang dan peluang ada didepan mata.

Cinta semasa dalam kerjaya sehinggakan banyak masalah, bil telefon, top up dan sebaginya telah dibazirkan untuk cinta yang tidak pasti. Kerana satu kesilapan menyuruh seseorang meninggalkan, akhirnya seseorang berasa kecil hati lantaran terus memutuskan persahabatan. Itupun atas kesilapan atas silap pemahaman. pendapat kita ditagih sebenarnya dan masih mengharapkan kita bertindak untuk menghalang. namun status kedudukan keluarga jadi penghalang. Bertahun-tahun bercinta akhirnya tiada yang menang tiada yang kalah, namun sesekali membuatkan aku teringat. Kenapa cinta perlu berebut dengan orang lain. Dah tak de jodoh. Balik-balik tak de jodoh.

Cinta kontrak pun ada, berkawan bagai nak rak macam belangkas. Tetapi oleh kerana ketidaksabaran dan ketidakpercayaan terhadap aku, seseorang terlepas ke tangan orang lain. Apa yang nak disesalkan walaupun ianya melibatkan kebahagian seumur hidup. Tidak perlu salahkan sesiapa. Tidak perlu disesalkan. Juga berlaku pembaziran hingga mengotak-katikan arus rumahtangga.

Cinta simpati juga ada, bukan setakat berkawan, bercinta malahan pembaziran berlaku sekali lagi. Kekadang berlaku kekasih lama datang kembali. Sesal yang tidak terucap apabila membiarkan seseorang terlepas dan kembali bersama kekasih lamanya. Tidak mudah untuk melupakan seseorang. Namun orang lain senang-senang boleh lupakan kita, maka satu lagi pembaziran telah berlaku. Tak ada jodoh. Balik-balik tak ada jodoh.

Perkenalan demi perkenalan berlaku. Andainya hubungan diteruskan sejak dulu maybe pembaziran percintaan tidak mungkin berlaku. Hilang seketika timbul kembali hingga sekarang namun ia tetap sementara kerana suatu masa seseorang itu akan berkeluarga. Tak ada jodoh. Balik-balik tak ada jodoh. Walaupun itulah cinta pandang pertama. dup dap!

Teman tapi mesra juga boleh jadi penyebab. Berkawan lama kekadang juga ada pembazirannya. Hati budi telah diketahui, pendek kata segalanya sudah tiada rahsia. Kekangan keluarga dan status yang jadi penghalang.Tak ada jodoh. Balik-balik tak ada jodoh.

Cinta terbiar boleh menimpa seseorang. Berjauhan kekadang boleh mengubah perasaan terhadap seseorang. Dahulu akulah segalanya, namun kini usah sms, email, telefon, facebook tak pernah dibalas. Bukankah telah berlaku pembaziran kasih sayang. Bukan setakat itu sahaja malahan silaturrahim yang telah terjalin kukuh diibaratkan sebagai keluarga telah terputus begitu sahaja. Tak ada jodoh. Balik-balik tak ada jodoh. betulah kita tidak tahu masa hadapan, kita tidak siapa jodoh kita. Mana tau suatu masa?

Tetapi ada juga yang lama menghilang on and off datang dan kekal hingga kini namun itupun aku hanya sebagai teman berbicara dan tidak lebih dari itu. Walaupun naluri dihati ingin lebih dari itu. Tak ada jodoh. Balik-balik tak ada jodoh. Walaupun berkali kita bermimpikan seseorang namun realitinya belum dapat, dan mungkin tidak akan tersentuh jua. Akhirnya tidak kemana, sesalnya tidak terkata. Untuk diundurkan masa adalah mustahil. Berangan sahajalah.

Ketahuilah alangkah sedih dan pilunya berapa lama dibazirkan untuk mencari cinta yang tak pasti. bak kata orang muda-muda, pencarian bermula dan tanpa berakhir tanpa noktah. Tak ada jodoh. Balik-balik tak ada jodoh. Kekadang malas nak lalui perkara sebegini. Kekadang tidak tahu apalagi yang dihehendaki dalam hidup.

Luahan Pak Kasih

Friday, September 9, 2011

Kad Birthday Tahun1989

Kad Birthday 22 tahun lalu ketika berumur 19 tahun;

Assalamualaikum w.b
Selamat Hari Jadi Sayangku

Apa khabar sayangku disana? Semoga dirimu sentiasa dilindungi Allah hendaknya.

Sayang.......!
Selamat menyambut ulangtahun kelahiranmu. Kudoakan agar dipanjangkan dan dimurahkan rezeki.

INGAT!!
Usia semakin meningkat tempuhi dugaan hidup dengan penuh ketabahan. Bersabarlah diatas apa sahaja yang menimpamu. Sesunguhnya sesuatu perkara yang diturunkan oleh Allah adalah ujian semata-mata.

AWAS!!
Peperiksaan juga semakin hampir..Tabahkan hati kuatkan iman. Impian harus dicapai walaupun diriku mungkin kau tak sayang tapiku harap sayangilah masa depanmu sayangku..Sebelum peperiksaan bermula bacalah berbanyak-banyak selawat InsyaAllah dijauhkan oleh Allah perasaan gementar.

Selamat hari lahir ke-19 Sayangku. Suara bagai terngiang ditelingaku membisikan nada rindu bersama bayu yang memuput dikeheningan malam kau kekasihku. Betapa dapat ku hapuskan rasa kedahagaan merinduimu dari kejauhan ini tidak lupa aku menyampaikan salam ingatan yang berkekalan Selamat hari jadi buatmu sayang!

Akhir kata salam sayang dan rindu dariku untuk kekasih tersanyang

dari Hana 89

P/S: Rilek dan tenang punca kejayaan. Jauhkan tekanan perasaan. Fikirkan yang baik-baik dan jauhkan prasangka terhadap orang lain. InsyaAllah tenang.. Ingat masa depanmu sangat penting.


Kad Valentine 1988

Kad Valentine berusia 23 tahun

Sayang..
Kehadiran kad ini agar tidak menggangu ketenangan disana. Kidoakan agar kau bahagia selalu. Tabahkan hatimu menempuhi ranjau kehidupan seharianmu.

Sayang...
Di sepanjang usia hidupku inilah 'kad valentine' yang pertamaku berikan buat seseorang yang bernama kekasih. Walaupun ianya tidak seindah mana, namun ku harap dirimu dapat menerimanya. Dikaulah satu-satunya teman yang membahagiakan hidupku.

Sayang...
Sempena hari yang bersejarah ini 14.2.1988. Ku doakan agar diriku & dirimu tetap kekal bersama hingga keakhirnya. berdoalah selalu sayang...

Aku sayangkan dirimu..aku juga berharap agar suatu masa aku dapat berada disampingmu tapi andainya dirimu tidak tulus menyayangi diriku apa guna aku terus menantimu, mungkin aku akan membiarkan diriku agar orang yang benar-benar jujur dan ikhlas untuk memiliki diriku. Sekiranya itu yang dirimu mahu.

Sayang..
Ketahuilah diwaktu dan ketika ini cinta dan kekasihku hanya untukmu..
walaupun dirimu tentu tahu aku kini sering diganggu oleh sidia yang terlalu menyanyangi diriku. Namun percayalah..sidia ku sayang tak ubah seperti abangku.

Hanya dikaulah kekasihku seorang..Dikaulah kekasih pujaanku sayang..

Salam dari kekasihmu

Ana

(Jumpa lagi sayang)

P/S I: Janganlah dirimu bimbang..rombongan ke Melaka, INTAN ikut serta..

P/S II: Jangan lupa study sayang..janganlah selalu bimbang dan risau. Tenangkan fikiran, kuatkan azam dan semangat. AKU SAYANG PADAMU..

P/S III: Setelah sekian lama bersama menempu berbagai kisah suka dan duka , kita sama-sama mengenali diri, sama-sama jujur dan ikhlas mencurahkan hati. Kita saling hormat-menghormati dan sehingga kini..diantara kita sudah tiada rahsia lagi..

Kad Birthday Tahun1987

Kad Hari Lahir 24 tahun yang lalu;

Istimewa buatmu kekasihku..

Selamat harijadi Sayangku..

Selamat menyambut ulangtahunmu..semoga panjang umur, murah rezeki

Sayang…

Maafkalah segala dosa dan kesalahanku terhadapmu. Mungkin aku selalu menyakiti hatimu tanpa aku sedari. Terkadangkala, fikiranku agak terganggu dan tak dapat mengawal perasaan…

Sayang..

Andainya dirimu benar-benar kasihkan diriku buktikanlah..tapi bukan dengan emas atau permata …dengan…sebuah kesetiaan yang abadi…

Sayangku..

Sempena dihari lahirmu..tiada apa yang berharga dapat kuabadikan buatmu, Cuma..terimalah sehelai saputangan dariku untukmu..sebagai kenang-kenangan andainya terjadi perpisahan diantara kita…

Sayangku..

Tiada apa yang lain dapatku ucapkan..

AKU SAYANG PADAMU..SAYANG

AKU..INGIN SELALU BERSAMAMU

AKU INGIN MENATAP WAJAHMU KEKASIH…!

Walaupun kad ini tak seindah mana, namun ku harap terimalah ia dengan senang hati..semoga kasih sayang kita berkekalan dan tetap segara…

Penantianku

sayang..

Malam bersamamu

Dialun sang bayu

kasihku tetap takkan pudar

Tiada tangisan yang pedih

Padamu kuntum-kuntum mawar merah

Padamu kejujuran dan kemuliaan

Berseri disudut hati

Bersinar disudut cahaya

Kerinduan menemani sepi

Menanti munculnya kasih

Menanti munculnya sayang

Kau selalu dihatiku

Dari : Hana

Thursday, September 8, 2011

CERPEN: Warkah dari Ana (I) 22 tahun lalu

Warkah berusia 22 tahun Assalamualaikum w.b

Kehadiran warkah ini adalah warkah pertama 1989. Selamat tahun baru sayang! Bagaimana dengan azam tahun ini. Bagiku azam tahun ini, nak belajar bersungguh-sungguh, kedua nak jadi seorang yang agresif tidak sensitif soal-soal ‘remeh-temeh’ dan tak mahu lagi menjadi seorang yang emosional. Dan aku ingin melupakan segala yang menyakitkan hati dan perasaan sepanjang tahun 1988 dan tahun-tahun sebelumnya. 1989 adalah tahun semangat dan penghargaan baru buat Ana didalam menempuh alam dewasa.

Sayang…

Ana doakan agar dirimu sehat ketika ini. Jangan diikut perasaan yang tersiksa dan tertekan. Berbanyaklah bersabar. Janganlah kerana masalah yang mengheret dirimu ke lembah yang hina. Kita diberikan Allah akal dan fikiran. Sudah pasti kita boleh memilih mana yang baik dan mana yang buruk. Usah kita samakan diri kita dengan ‘haiwan’ yang mahu melakukan sesuka hati kita. Seperti kata yang biasa didengar ikut hati mati..ikut rasa binasa!

Sayang…sayangilah dirimu dahulu sebelum dirimu menyayangi orang lain. Tanpa kasih pada diri sendiri tiadalah dirimumu menyanyangi orang lain. Andai kita biarkan diri kita hanyut, kitalah yang akan rugi, sedangkan ‘musuh Allah’ bersukacita diatas kejayaanya mengheret kita bersama ke NERAKA. Ingatlah itu sayang!

Sayang…

Hanya satu ingin Ana pesan buatmu. Andai jodoh tiada diantara kita usahlah dikesalkan. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Janganlah jadikan perpisahan itu mengheret kembali dirimu ke lembah yang tercela. Jika terjadi begitu..dirimu bukan seorang ‘lelaki sejati’. Dirimu sebenarnya seorang yang berani menyahut cabaran dan boleh langsung dibanggakan. Pada zahirnya mungkin sayang jagoan tapi pada lahiriahnya jauh sebaliknya. Ingatlah diam dan sabar bukan bererti penakut atau pengecut bagi orang-orang yang ‘beriman’.

Sayang…

Sempena tahun baru ini, Ana harap jiwa sayang sentiasa tenang dan pasrah selalu. Belajarlah bersungguh-sungguh. Buktikan kepada Ana sayang akan Berjaya mendapat ‘5P’ atau sekurang-kurangnya ‘4P’..Buktikanlah..Ini adalah cabaran dari Ana buatmu sayang. Ketahuilah tahun ini adalah cabaran buat kita dan kita mesti menyahut cabaran itu dengan nekad yang bersungguh-sungguh. Bagaimana? Kita cuba o.k.

Sayang…

Tahun ini Ana berazam tak mahu menjadi seorang yang ‘terlalu’ merendah diri. Scara sederhana saja tak apalah, kah! Ana nak cuba-cuba cari ramai member-member. Tak kira yang lawa atau tak lawa..Asal senang berkawan dengan Ana dah lah…

Sayang..

Ana rasa warkah Ana ini dah melalut-lalut pulak. Oleh itu eloklah benar Ana mengundurkan diri dahulu buat kali ini. Senyum selalu, tenangkan fikiran dan hatimu selalu.

“Tahun baru azam mesti baru”

Sayangku untuk mu

Hanif Herma (Hanif=yang LURUS)

P/S:Ribuan ampun dah maaf ku pohon diatas kertelanjuran kata-kata mahupun tingkah laku Ana sepanjang perkenalan kita. Agar kemesraan kita berkekalan. Salam sayang dari Ana.

P/S II:Kalau ada problem jangan segan, bagitaulah…

Wednesday, September 7, 2011

CERPEN: Warkah (IV) dari Ana 22 tahun lalu

Menemui kekasihku Latif..

Assalamualaikum!

Terlebih dahulu Ana mengucapkan ribuan terima kasih kerana masih sdui mengutusi berita buat Ana disini.

Bagaimana dengan dirimu kini? Sihat? Ana al-Hamdulillah, sihat. Latif…Latif…darimana sayang tahu yang Ana kena buatan orang? Karut belaka..’kalau tak diizinkan Allah’ tak akan menjadi Latif sayang…

Anal kenal si ‘Mat’ tu..dia memang banyak ilmu termasuklah ilmu pengasih…tapi Ana tahu hati budinya, dia tak menggunakan ilmu-ilmu seperti itu..Ana rasa elok kita lupakan sahaja soal-soal ini. Tapi terima kasih kerana mengambil berat perihal Ana..Trimas.

Latif Sayang…

Bersama-sama warkah ini Ana sertai 2 keping gambar Ana. Bergambar dihari raya..lawa tak? (perasan!) Punyalah nak bergambar, sampai bergaya pun tak reti..

Sayang…Betul ke nak jumpa? Bagaimana kalau hari ahad kita jumpa di raub 11.6.1989 hari ahad jam 10.00 pagi..jumpa distesen bas..terus pergi jalan-jalan makan angin ke jaya..macamana? setuju? Kalau tak setuju, bagitau awal-awal..

Sayang…

Akhirkata dari Ana..study rajin-rajin. Selamat Maju Jaya.

Ikhlas dari Kekasihmu

Salam sayang, salam kasih, salam rindu…

P/S I: Apakah buktinya jika dirimu benar-benar sayang padaku?

P/SII: Andainya dirimu ketemi orang yang benar-benar dirimu sayangi, pergilah..lupakanlah diriku…Andainya dirimu bahagia dengan cara itu.

P/SIII: Kenangan di Penang sukar dilupakan

CERPEN: Warkah (III) dari Ana 22 tahun lalu

Assalamualaikum w.b. kekasihku sayang…

Terlebih dahulu Ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih terhadapmu sayang kerana sudi menemui Ana di Raub. Ana ingin nak jumpa saying bukan apa-apa Cuma nak mengenali dirimu dengan lebih dekat…adakah perbuatan Ana ini mengganguimu? Maaf kan Ana…

Disamping nak mengenali hati budimu..Ana menguji dirimu hasilnya adalah 30% kepercayaan Ana padamu…

Setelah bertemu denganmu barulah hilang rasa rindu. Tapi Ana rasa Latif macam takut-takut bercakap dengan Ana. Kenapa ye? Mungkin Latif takut hilang peminat tak? Yelah, orang ramai peminat.. Kita ni apalah yang ada..Bila jumpa Ana Latif kata Ana ‘cun’..Dalam hati Latif sebenarnya sebaliknya..Betul tak? (Jangan nak berselindung..katakan yang benar..gerenti tak marah 100%!)

Sayang..

Oklah Ana tak naklah berceloteh panjang-panjang lebar nanti runsing pulak cik abang Latif kita. Sekarang ni, sayang jangan fikir perkara yang bukan-bukan..berangan tu jangan sampai jauh malam..tidur awal study lebih..Ingat tu penting…

Sayang…

Maafkan Ana kerana menyusahkan dirimu, terpaksa ke Bandar nak jumpa Ana..Ana janji tak mahu ganggu Latif lebih-lebih lagi.. Study dulu. Selamat maju jaya sayangku.

Jumpa lagi (Peluk cium dari Ana kekasihmu)

Sayang..mimpi kan daku.

Salam sayang untuk mu Tif (sayang ku sayang Latifku sayang)

P/S I : Pertemuan ini membuat diriku bertambah rindu padamu. Adakah layak diriku bergandingan dengan dirimu? Diriku umpama gagak dibelantara, dirimu umpama merak kayangan.

PS II: Sayang, Andainya daku memilih mu, daku takut andainya dirimu sebenarnya hanya berpura-pura padaku..Daku ingin mencari insane yang benar-benar menyanyangi dirimu sanggup sehidup semati..Adakah dirimu sanggup?

PS III: Akan ku cuba mempercayai setiap tingkahmu syang..kuharap kau juga jangan mencurigaiku..semoga jodoh kita tidak kemana.

Hanif 89

CERPEN: Warkah dari Ana (II) 22 tahun lalu

Surat berusia 22 tahun lalu:

Assalamualaikum.. Sayangku Latif

Sebelum Ana meneruskan bicara Ana..terlebih dahulu Ana memohon ribuan ampun dan maaf kerana lama tak menghantar berita. Maaf jua dipohon kerana menyangka yang bukan-bukan terhadapmu. Sehingga Ana rasa frust! kalau tak silap awal bulan dua (2) Ana dengar cerita macam-macam mengenai dirimu, termenung panjang Ana dibuatnya. Sampai hati sayang buat begitu..rupa-rupanya sayang setia terhadap Ana. Sungguh terharu Ana..Maafkanlah Ana..

Sayang...
Ana sungguh tak sangka masih ingat lagi akan tarikh lahir Ana.. ye! Ingatkan dah lupa.. Terharu sekali Ana....rupanya sayangku masih sayangkan Ana....

Sayang....
Sekiranya ada jodoh sudah pasti diriku milikmu sayang.....Tapi setakat ini Ana sendiri bimbang jika Ana menjadi milik orang lain. Sayang...kata orang jika orang terlalu menyanyangi kita apa sahaja sanggup dilakukan. entahlah Tif Ana sendiri tak berani nak kata apa-apa...

Sayangku....
Di sini ingin Ana meminta izin darimu untuk menjadikan 'Mat' sebagai abang angkat Ana... boleh tak? Janganlah sayang sangka yang bukan-bukan terhadap Ana dengannya...Ana dengar cerita sayang cemburu, Ye! Ingatkan tak pandai cemburu.... hai...seronok rasa hati Ana..dapat buat sayang cemburu!

Sayangku..
Sifat sensitif, emosional dan suka merajuk memang tak dapat Ana hindarkan. Macam mana nak hilangkan..ye! Entahlah.


Sayang....
Disini Ana nak minta tolong darimu bagaimana caranya nak menghindarkan diri dari 'Mat'? Ana nak kerja tempat lain emak tak bagi....Macamana Tif? Sedangkan si 'Mat' tu semakin teruk perasaan cintanya terhadap Ana...Tolonglah sayang.. Ana tak sampai hati nak mengecewakan hati sesama makluk...Puas sudah Ana bagaitau Ana dah berpunya, 'kepunyaan latif' tapi dia tak sanggup terima kenyataan. Oh...Tif....kalau diikutkan hati biar Ana mati biar semua orang tak dapat memilikki Ana...


Sayangku Latif...
Bagaimana sekarang? Study dah? tentu tengah sibuk mentelaah buku-buku pelajaran. harap-harap begitulah..Sekarang ni Ana tak bolehlah tulis surat kat Latif lagi...takut menggangu. Selamat belajar Ana ucapkan.

Sayang...
Terima kasih kerana menghadiahkan hatimu buatku... (Jangan marah!)

Saturday, September 3, 2011

aku sempat....

Kali ini (hari raya aidil fitri) aku terlalu bahagia walaupun setelah bertahun-tahun aku tidak menjenguk kampung halaman. Aku tetap rasa bahagia kerana pada tahun inilah aku merasa dapat bercuti panjang. Aku tetap dapat merasakan kehangatan api kayu getah ketika mengacau dodol dan membakar lemang. Aku dapat menumpang kasih di rumah mak longku di Raub. Layanan dari anak-anak saudara dan sepupu sama sahaja seolah tiada bezanya, tetap sama macam adik beradik. Tiada langsung rasa kekok dan sebagainya. Dalam pada masa yang sama aku juga dapat berjumpa dengan adik beradik yang lain termasuk anak saudara. Sempat juga aku berkumpul di rumah Kak Ngah walaupun beliau baru sahaja keluar dari PPUM akibat operation cancer usus. Masya'Allah beliau terus mengusung beg 'pembuangan hasil' di pinggang seumur hidup. Aduhai..tak sanggup aku melihatnya. Sabarlah Kak Ngah, be strong, be cool. Sempat juga menyelesaikan masalah keluarga terutama melibatkan harta pusaka. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Abang De dan Abang Tam turut serta. Kak Siah jauh di Kg Perlok, Damak, Ulu Cheka, Jerantut hanya akur sahaja. Walaupun beliau anak lain tetapi beliau tetap anak abah. Selesai semua aku sempat bermaaf-maafan dengan mak ku (Cu Amah)

Sempat juga aku berhari raya di Sungai Besar kerana selepas perbincangan, jam 1230 pagi aku terus memandu ke sana. Kelihatan mak mertuaku sangat gembira setelah kehadiran kami semua, walaupun baru sahaja kehilangan anak lelaki tersayang (Allahyarham Hisham-Pak Uda). Adik Ina, Busu, Angah Tie, Ayin, Achik turut memeriahkan suasana raya. Sempat juga aku bersholat sunat Aidilfitri di masjid Kg Baru Nelayan, menziarah pusara Ayahanda (mertua), adinda (adik ipar) dan bapa saudara (mertua). Sesekali teringat Arwah abah dan arwah abang Long. Alhamdulillah dengan bimbingan ustaz Ayin doa dan tahlil rengkas telah dibuat dengan merangkumkan semua sekaligus. Sempat juga aku beraya di rumah Pak Long Sg Nibung. Aku juga sempat menziarah saudara-saudara rapat mak mertua di Parit 1 sambil berperang dengan daging rendang, ketupat, lontong dan sebagainya.

Pagi-pagi hari raya ke-3 jam 0530 pagi aku terus memandu ke Raub dan bercadang untuk ke Damak. Aku sempat bersarapan di McDonalds Gombak, aku sempat ulang sarapan di Raub (rumah mak long). Aku sempat ke rumah arwah pak long (ustaz yg merawat arwah abah-mak Kak Yah Semprit) di kg Budu. Rombongan dan ziarah tersebut disertai oleh Adik Nor, Abang De Kamaruzzan, Awan, Dr. Ina, Abang Long Lan, Abang Long Mizan dan Mak Long Tat. Aku sempat makan tengahari bersama Kak Siah di Kg Perlok beramai-ramai. Walaupun ala kadar namun tetap bermakna.

Aku juga sempat bermalam disana. Owh..sungguh damai disana. Air nya dingin bak salju (air gunung). Malamnya sejuk bak khutub utara. Paginya damai dengan kabus sirna. Layanan kelas pertama. Kak Siah maafkan aku kerana jarang mengunjungi kalian sekeluarga. Drama air mata dihujung perpisahan. Dibekalkan dengan tempoyak, kuih sepit, kerepek pisang dll. Terima kasih segalanya kak.. jumpa lagi Insyaallah.

Mak Kami Tak Sesombong Yang Mak Sangka

Jika dikenang-kenangkan kata-kata mak memang agak panas. Tetapi anggaplah ianya satu kebiasaan maklumlah mak dah tua, mungkin apa yang dicakap sekadar ikut hati sahaja. Jika tidak dalam dia tak sedar selalu berkata "mak tak pernah bezakan anak menantu mak semuanya sama sahaja. Walau sesombong mana, walau tak boleh ditegur sekalipun, walaupun menjuih sekalipun tetap mak sayang" Sesekali rasa sejuk dihati. Tetapi itulah banyak yang mengajar aku erti kesabaran. Sabar dan terus sabar dengan karenah beliau. Aku masih bertahan, tetapi pabila mak terlalu berkira bab duit hatiku tetiba panas. Maybe mak teringat zaman dia muda-muda dahulu, zaman kegemilangan zaman beliau 'berada'. Aku terpaksa menegangkan urat leher bagi mak betul-betul faham. Nampak macam kurang ajar tetapi apakan daya dengan itulah cara bagi memahamkan diri mak melalui percakapan dan gerak bibirku serta gerak bahasa dan lengguk badan serta isyarat tangan. Mungkin kalian tertanya-tanya kenapa aku bersikap demikian. Jangan kalian salah faham, mak aku tidak mendengar (pekak) tetapi dia boleh bercakap (tidak bisu) tetapi lagak gaya seperti orang yang sihat sediakala. Itulah keadaan mak yang telah menderita sekian lama, tiada tempat mengadu dan tempat bercerita, tambahan setelah kematian ayahku sejak 8 tahun yang lalu. Aku tidak menyalahkan keadaan dan takdir kerana ianya sesuatu yang perlu kami tempuhi dan dilalui. Walaupun perit dan derita serta puas emakku mengeluh dan merintih sekalipun, pendengaran beliau tetap tidak akan pulih. Pernah kami cuba melakukan pembedahan serta kecanggihan alat audio visual namun usaha semuanya gagal. Mak.. ampun kan segala dosa anakmu ini. Ya Allah..Ampunilah segala dosa-dosa Ibuku baik yang telah dan akan dilakukan beliau. InsyaAllah. Wallahualam.