Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Monday, February 21, 2011

cerpen - Kasih Airen

Teringat ketika pandang pertama dikau senyum padaku. Aku terus memberanikan diriku dan terus menyapa.

"makan apa tu, boleh mintak ciket"

Dia terus membalas, "nak..amiklah, goreng pisang dan kerpok je"

Aku membalas " Acah je, dah kenyang tadi"

Dia menyambung, "hari ni last Airen praktikal kat sini, kejap lagi ada jamuan perpisahan, makan kek, datanglah"

Aku senyum seraya berkata, "tak pelah orang tak jemput, lagipun abg baru sahaja lapor diri"

Pada saat dan ketika itu aku terlupa siapa yang memberikan no telefon siapa dahulu. Tak mengapa itu tidak penting sangat. Yang pasti first time tengok hati dah berdebor didalam hati.

"Mak..aii comelnya budak ni, Sedop doh rase!" bak kata orang Terengganu.

Sehinggalah beberapa lama kemudian beliau telah pun menghabiskan praktikalnya di pejabat aku. Ingatkan habis disitulah. Sehinggalah pada suatu tengahari, jikalau tidak silap hari khamis, aku dan rakan sekerja melilau mencari pot untuk makan tengahari. Kawan aku ni pulak sibuk mengayat sesapa entah melalui HP. Eh..macam pernah dengar nama ni. Aku bertanya kepada Awan, siapa yang kau hello tu? Telinga dan mataku cepat terus mengingati no HP yang Awan dail tadi. Awan menjawab budak pratikal kat pejabat kita. Ajaklah makan sekali perlawa aku. Tiba-tiba Awan bersungguh untuk mengambil beliau dekat U, Universiti mana aku tak ingat. Kehadiran Airen membuatkan aku jadi gementar entah mengapa. Perkara ini disedari oleh rakanku yang seorang lagi G. Steady lah bos! Masa berlalu pantas aku, Airen, Awan dan G makan dan sambil bersembang dan mohon diri untuk beredar kerana dikatakan aku ada mesyuarat pada petang itu. Lantaran itu kami pun menghantar beliau pulang ke rumah. Agak jauh namun ketika itu kesian kerana Airen tidak mempunyai kenderaan untuk pulang. tak gentlelmanah kalau semasa ambil kenalah hantar pulang semula. Begitulah bermula kesah yang termeterai.

Mulai dari hari itu aku curi-curi sms dan berhubung dengan Airen. Sehinggakan pada suatu hari menjelang lagi seminggu berpuasa kebetulan ada Pesta Gamelan Sedunia di bandar. Aku pun gatal tangan terus menelefon dan mengajak beliau pergi menonton Pesat Gamelan Sedunia. Masing-masing telah bersetuju dan aku mengambil Airen di rumah beliau iaitu sejauh 15km dari rumah bujang ku. Sebaik sahaja tiba ditempat Festival itu berlaku, hujan pun turun. Kami basah bersama. Mataku dan mata beliau meliar takut-takut kot ada saudara mara dan rakan-rakan yang kenal. Maklumlah aku bawah anak dara orang, first dating terus bawak menonton Festival Gamelan. Hujan semakin lebat dan kami terasa kesejukan yang amat sangat. Secara automatik aku merangkul pinggulnya untuk merapati diriku bagi menghindarkan sejuk. Tergamam! aku tergamam dan dia pun turut tergamam namun beliau merelakan kerana masing-masing kesejukan. Aku membisikkan kepada dia, maaf tak sengaja. Kami sama-sama mencari tempat berteduh sehinggakan terpaksa menumpang payung pak cik sebelah. Hujan semakin lebat. Masihkah kau ingat? Oleh kerana sudah terlalu kuyup aku mengambil keputusan untuk beredar dan masuk kedalam kereta. Lantaran itu terus mencari tempat untuk memanaskan badan dan mengisi perut yang dah mula berbunyi.

"kalau tak nak balik boleh?" Airen bertanya kepadaku sambil senyum.

"Isk..nanti mak cakap apa pulak, ni dah malam dah ni.." kataku kepadanya.

Berberapa hari kemudian kalau tak silap ketika hujung minggu. Airen ada mempelawa aku pergi ke Taman Rekreasi Air Terjun. Pucuk dicita ulam mendatang, ini memang favourite dengan tempat-tempat yang begini. Pagi-pagi esoknya aku dah sampai ke rumah Airen. Beliau pun masih dalam keadaan percaya atau tidak. Aku dan Airen meneruskan perjalanan ke Hutan Lipur tersebut. Boleh tahan juga jauhnya. Sempat beli sarapan untuk berkelah dan bersantai. Pantang berjumpa dengan pekan sempat beli buah binjai. First time aku makan buah binjai boleh tahan juga rasenya, erm masam sungguh..tapi kerana Airen aku cakap sedap, manis ha ha ha.

"Cube rase buah ni..sedop" kata beliau.

"erm..boleh tahan, pahit-pahit manis" sambil tersenyum aku membalas.

Akhirnya lebih kurang jam 10.30 kami pun sampai ke Air Terjun tersebut. Aku juga first time sampai ke sini. Jikalau aku tidak berkawan dengan Airen maka tidaklah aku sampai ke sini. Selepas mendaftarkan diri di pondok pengawal kami pun terus parking kereta dan mencari 'pot' yang strategik. Masa kami sampai orang tidak ramai lagi. Suasana memang damai dengan bunyi air terjun yang kuat berdesir dan menghambur. Secara perlahan lahan aku membasahkan kakiku dan diikuti oleh Airen. Sejuk....macam ais batu.

"sejuk, bang" Airen berkata.

"kalau rendam badan dalam air jangan angkat, tak sejuk" Aku bergurau kepada beliau.

Airen kelihatan malu-malu untuk mandi bersama maklumlah first time berjumpa, datinglah katakan. Dengan tak semena-mena orang semakin ramai berpusu-pusu. Aku tidak mempedulikan mereka sebab aku bukan kacau diaorang pun. Aku terus menyelam dan menyejukkan diri, sesekali memercikan air kepada Airen. Hilai tawa dan senyumannya membuatkan aku gembira dan tenang. Setelah puas berendam dan bermain air, kami pun meninggalkan air terjun tersebut dengan lemah longlai dan penatnya. Namun terpancar di riak wajah kegembiraan yang tidak terperi. Semasa aku memandu sesekali 'tersangap-sangap'. Semasa tiba dirumahku dikau kelihatan lesu, mengantuk sangat. Lantas aku menyarankan dikau berehat seketika. Airen tertidur kepenatan. Bila senja menjelang kita sama-sama dinner di salah sebuah restoran Tom Yam yang best di sana.

"abang jom gi karaoke.." Pelawa airen kepada ku.

"Abang tak pandai nyanyi..tapi boleh gak.." Sambil tersenyum aku membalas.

Kami sama-sama melalak sampai hilang suara. Antara lain aku pernah menyanyikan lagu sekuntum sakura di gurun sahara, sudah lama tak jumpa, hari dan semalam dan lain-lain. Pada mulanya aku tidak menyangka dikau suka karaoke. Pernah sebelum ini dikau mengajak aku untuk berkaraoke 'jamban' tetapi sentiasa penuh. Rasa-rasanya inilah kali pertama dan terakhir kami berkaraoke bersama. Kerana selepas itu kami tiada masa untuk menyumbangkan suara. Tertumpu kepada lain-lain aktiviti.

Masih aku teringat ketika menjelajahi pula tempat lain. Bermandi manda sehingga naik gelap kulit muka kita. Tetapi ketika itu cuti umum dan orang terlalu ramai. Terpaksa mandi manda dicelah-celah ribuan orang ramai, tiada privasi langsung.

Sempat juga aku menemani dikau pergi pekena ICT jauh dari lokasi biasa kita. Walaupun tempat tersebut biasa sahaja namun sedap jugak. Boleh menyelerakan murah, sedap dan sosnya cukup lazat. Yang pasti jauh dari kesibukan dan dekat dengan pantai. Jika ada peluang kami masih bersama mengunjungi pasar malam di sekitar kampus sambil membeli jajan. Yang pasti dikau suka makan ayam percik.

Hari berlalu demi hari, timbullah bulan Ramadhan. Kekadang aku sempat menemani Airen berbuka puasa. Habis baazar ramadhan kami jelajahi. Dikau amat suka dengan ayam percik dan aku pulak main hentam keromo je. Sampaikan kenyang tidak terhingga. Maklumlah nafsu belaka tu. Kekadang sempat menemai beliau selepas Terwakih bersahur. Merata tempat kami jelajahi samada untuk berbuka puasa ataupun bersahur. Selain itu kita sama-sama shopping kat kedai stationery maklumlah aku bukannya boleh singgah kat kedai ni. Macam-macam aku borong. Teringat semasa dinnir dirumah Airen bersama family. Teringat melawat kebun bersama Airen, mak dan kakak Airen. Teringat semasa makan ice cream bersama anak buahmu. Teringat semasa belajar bersama ulangkaji pelajaranmu. Teringat segala-galanya. Rasa-rasa Airen pun teringat.

"Abang nak makan chesse kek tak?" Sapa Airen kepada sehari sebelum birthday ku.

"Boleh sahaja.." ujar ku

"Ren mampu hadiah kek Secret Resipies je abang.." kata beliau kepadaku.

Aku masih ingat sehari sebelum, semasa dan selepas hari lahirku, Airen sudi menemaniku untuk tempoh tersebut. Aku sangat terharu dengan kesetiaan dan keperihatinanmu. Sepanjang hayatku inilah seumur hidup aku diraikan sedemikian rupa bak seorang Raja. Tidak seseorang pun pernah meraikan birthday selama 3 hari berturut-turut, sebelum, semasa dan selepas kecuali airen seorang. Mana mungkin aku bisa melupakan Airen.

Sedikit demi sedikit perasaan sayangku semakin menebal dan aku tidak berdaya untuk menipu diriku lagi. Aku rasa dikau pun begitu juga. Terasa puas apabila menatap wajahmu. Terasa hilang segala masalah pabila berada disisi. Jika dikau tidak ceria mesti riak wajahmu berduka. Tetapi dikau tetap ceria. Kita sama saling sayang menyanyangi.

Pernah suatu ketika kita window shopping di baazar berhampiran dan sempat membeli sebahagian barangan. Tidak cukup dengan itu kami juga sempat bergambar sakan dan makan angin dibeberapa buah pantai tersohor di negeri ini. Namun itu semua tinggal kenangan. Aku pernah berkata kepadamu. "always thingking of you"

"thanks..abang!" Dikau membisikkan ke telingaku dengan halus dan manja.

Dengan tidak semena-mena aku mendapat berita bakal ditukarkan ke negeri berhampiran. Luluh hati ku bila mengenangkan aku terpaksa meninggalkanmu. Dikau juga amat sugul ketika mendengar berita itu. Tetapi jika tak silap dikau pernah tercakap.

"Sayang bimbang abg dah jauh, takut berubah..." antara dengar dan tak dengar.

"Abang pergi bukannya jauh..." balas aku.

Rupa-rupa disini sudah terniat atas kebimbangan dirimu bahawa dikau akan berubah. Aku cuba menenangkan dikau dan berjanji akan setia padamu. Tetapi aku juga tidak boleh lari dari hobi suka bergambar. Bimbang kalau-kalau dikau tidak dapat menerima cara aku. Rupa-rupanya kebimbangan ku itu berasas. Mungkin dikau rasa tidak selesa atau cemburu. Bodoh! ku tidak dapat menangkap maksud mu.

Akhirnya akupun telah ditukarkan. dalam tempoh dua bulan pula aku berkursus. Dikau pun belajar seperti biasa. Aku menjangkakan hubungan kita berterusan dan samakin mekar, namun tidak tahu dimana silapnya, semakin kurang.. semakin kurang kasih yang diberikan. Mungkin silapnya dariku juga. Tetapi setakat SMS dan berhubung tidak pernah terlepas. Sebelah malam dan juga jika ada kelapangan aku berhabis masa (telefon) untuk dikau.

"hello..sayang buat pe, sibuk ke?" aku bertanya.

"aha cibuk sikit..nanti telefon balik" dia membalas.

Akhirnya sesudah dua bulan aku meninggalkan Airen, aku kembali ke sana atas tugas-tugas khas yang masih tertunggak dan terpaksa dijelaskan. Namun seperti ada petanda aku tidak diperlukan sangat. Aku faham, dia sibuk. Tapi seperti ada yang tidak kena. Aku juga tau dia terlalu sibuk dengan assignment tahun akhir. Naluri dalam diri ini berkata Airen sudah berubah dan ianya diakui sendiri oleh beliau. Aku hadir kesana jauh-jauh semata-mata dia. Tugas yang dikatakan itu hanya sandiwara belaka. Kerana mu. Rasa-rasa bagai nak pulang terus. Tapi berfikir dua kali juga lagipun keadaan ekonomi sedikit mendesak ketika ini. Jika tidak, andaikutahu sebegini layanannya, erm... lebih baik aku angkat kaki. Walaupun hati sahaja yang tahu betapa hancur, luluh dan keciwa sehinggakan dengan tidak semena-mena air mataku mengalir. Terlalu mahal air mata seorang lelaki untuk dititiskan. Kehadiran ku selama 2 hari 2 malam tidak begitu diperlukan dan aku pulang dengan jiwa kacau dan tangisan didalam hati.

"Anak sungai boleh berubah, inikan pula hati manusia" teringat ungkapan itu dalam FB.

Puas ku cuba menelefon berkali-kali. Namun dari gaya dan tuturbahasa beliau, maka fahamlah bahawa dirimu tidak mahu diganggu. Biar macamana pun aku cuba kembali dan memperbaiki kesilapan dan sebagainya. Airen tidak mahu menerima diriku seperti dulu lagi. Sekadar diriku dianggap sebagai seorang 'Abang' sahaja.

Ketika itu mula otak ini berkecamuk. Dengan perasaan kasih sayang dan tidak mungkin menganggap dikau berubah, namun setan-setan yang ada di dalam kepala ini menjangkakan dikau sudah ada pilihan lain. Walau apapun sebab musabab yang dikau berikan aku masih tidak boleh terima kenapa begitu cepat berlalu sedangkan dikau pernah berjanji. Oleh kerana dikau terlalu baik dan terlalu aku sayang aku tidak tergamak menjauhi diriku dari mu. Walau bagaimana dikau perlakukan aku, tidak sampai hati untuk membencimu lagipun kebencian tiada pada.

"Usah dikenang sangat perkara lalu, jagalah family abang baik-baik" nasihat dari beliau.

Aku terpaku sehingga kini, tak boleh berkata apa-apa dan mampu untuk berkata-kata. Dalam hati aku berkata, kenapa tidak dari dahulu? Kenapa sekarang, Kenapa jadi begini?, Siapa yang yang menghasut?, kenapa berubah? Mana kata-kata dahulu? Mana saat indah bersama? Semudah ABC dikau membuang aku? Aku............ aku tak mampu mempersoalkan lagi kerana diri beliau sahaja yang layak untuk membuat keputusan. Perhubungan selama ini kosong, sia-sia dan hampa.

Apabila terdengar sahaja lagu dan aku terus memahami lirik-lirik lagu dengan penuh perhatian. Apa sahaja lagu sedih, berpisah, selamat tinggal, kesepian dan sebaginya akan membuatkan hatiku sayu. Dengan tiba-tiba aku menjadi seorang sentimental. Aku jadi begitu sensitif. Itulah penangan cintaku terhadap Airen. Aku cuba mengimbau kembali apa kesalahan diriku namun gagal muncul. Mungkin egoku tidak menampakkan apa-apa kesalahan diriku. Yang pasti selain jarak yang memisahkan pasti ada sebab lain. Mungkin kehadiran kekasih lamamu jadi penyebab. Mungkin ada orang ketiga yang menghasut. Mungkin kesedaran diri Airen sendiri. Mungkin halangan dari keluarga. Mungkin beliau nak fokus kepada final year (exam), Mungkin seribu kali mungkin hanya Airen yang tahu. Walaupun dia memohon untuk aku melupkan dia, aku akan cuba. Namun sebenarnya masih berharap dan sentiasa berharap dan berdoa agar Allah masih sudi menemukan aku dan Airen.

"Abanglah harapan terakhir..rahsia tetap rahsia, buanglah segala kenangan jauh-jauh.." pesanan terakhir dari Airen.


No comments:

Post a Comment