Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Monday, March 7, 2011

rasa nak tutup je facebook

Selamat berjumpa kembali diarena siber. Agak lama tidak berkarya. Bukan apa sedikit sibuk dengan kerja dan serabut dengan jiwa kacau dan sebagainya. Hari ini aku ingin memperkatakan perkara mengenai lamunan perasaan. Setelah mengalami masalah jiwa kacau, ianya kembali tenang. Namun ingatan aku terlalu kuat untuk mengimbau masa silam (scanning). Aku sendiri sudah nekad untuk tidak mengingati, mengenang namun ia datang sendiri seolah-olah skrin TV besar didepan mata. Aku cuba sedaya upaya namun dengan sekelip mata ianya tersegam didepan mata. Apa sahaja yang terlintas dimata pasti menjelma.

Bukan itu yang kuingin perkatakan. Yang sebenarnya dikala aku cuba untuk mengurangkan ketagihan facebook. Disaat aku cuba untuk mengurangkan penggunaan facebook atau setidak-tidaknya meminimkan online facebook, dikala itu rakan-rakan 10 tahun hingga 20 tahun lepas muncul dengan group masing-masing. Maka dengan tiba-tiba hati kembali mekar dan segar dalam mengingati kenangan silam terutama dialam persekolahan yang lampau. Ternyata jauh berbeza zaman remaja dahulu dan sekarang. Seingat aku dahulu tiada internet, tiada facebook dan sebarang sumber-sumber IT. Itupun boleh bercinta monyet. Tetapi sekarang berlambak-lambak dengan facebook, skype, Freindster, Myspace termasuklah blog untuk melepaskan perasaan mahupun berkarya.

Bukan apa jikalau diimbas kenangan zaman persekolahan, teringin sangat-sangat mahu ulang masa itu. Ingin sangat ku ambil gambar sepuas-puas dan sebanyak-banyaknya untuk dijadikan memori dan kenangan. Namun terpaksa akur diketika itu aku belum mampu untuk memiliki sebuah kamera. Sekarang pelbagai jenama ada.

Yelah ada yang pro dan kontra mengenai kegilaan facebook masa kini. Kekadang boring juga apabila melayan facebook yang kadangkala sunyi, kadangkala asyik chat dengan orang yang sama, kadangkala komen-komen yang tidak sepatutnya (negetif), kadangkala tiada privacy langsung, kadang terfikir akan satu dunia tahu diri kita macam mana,, kadangkala.. ingin menutup akaun facebook.

2 comments:

  1. semua perkara kita tak boleh nak duga... yang pasti,,kita teta[ kena lalui nye... cayok2... ^_^

    ReplyDelete