Sedar tak sedar bermula 1 Jun 2005 sehingga 2 Mei 2010 hampir 5 tahun aku bertugas di daerah Bentong. Seingat aku 2 minggu sebelum aku menduduki rumah bernombor 249, Taman Bukit Chamang, Bentong aku sendiri sempat baik pulih sendiri rumah, mencuci sedikit demi sedikit, tampal yang mana perlu dan sebagainya. Kekadang tidur atas lantai seorang diri, maklumlah bujang diperantauan. Tetapi itu tidak menjadi kesah. Orang lelaki nih bila penat, kat mana pun boleh tidur. Berkat usaha kuat selama seminggu, aku berjaya membersihkan rumahku sebelum mendudukinya secara rasmi. Setiap hari mengemas,
moop, mengilat dan sebagainya. Tetapi orang sekarang, tau-tau sahaja nak semua rumah ok. Usahalah sedikit beb!
Kita lupakan tentang rumah. Bukankah rumah cantik-cantik pun suatu masa pindah juga. Terkejut apabila dikatakan ada kolam ikan terbiar yang tidak diusahakan berhampiran dengan rumahku. Aku ni bukannya minat sangat buat-buat kolam nih. Tetapi tak tahu apa nak buat akhirnya aku membersihkan semak samun dan cuba membaik pulih kolam-kolam tersebut. Akhirnya tidak sia-sia usahaku, ianya berjaya dibaik pulih. Cuma kekurangan air sahaja. Pelbagai usaha telah ku buat untuk menjayakannya. Setelah berpakat-pakat dengan kawan-kawan, dengan sedikit modal kami berjaya mengambil air bukit dengan membuat empangan dan saluran pvc merentasi bukit. Alhamdulillah..air ada, anak-anak ikan pun dilepaskan. Ikan jelawat, ikan pating, ikan baung, ikan bawal piranha (picu) dan ikan telapia dilepaskan. Hasilnya boleh dilihat sehingga sekarang...dahulu belukar sekarang dan terang... Tinggal diBentong boleh dikatakan seperti berada dikaki gunung.(sejuk) Sempat juga kami menjayakan aktiviti sepetang bersama PELAKAS dan warga perumahan ditepian kolam. Pernah juga mandi air bukit kerana ketiadaan air paip. Pernah suatu masa mengejar pencuri kolam yang mana ikan masih terlekat pada mata pancing keliling kampung.
Sepanjang aku berkhidmat di Bentong pelbagai karenah dan pengalaman pahit manis yang aku terima. Macam-macam ada. Sekalipun kita berbuat untuk kebaikan dan kemajuan bersama tetap ada yang tidak suka kepada kita. Tetapi kita tidak boleh menghalang sesiapapun di muka bumi ini untuk membenci diri kita. Yelah..hampir lebih dari 10 perubahan yang pernah dilakukan demi Jabatan tercinta. Kalau tidak silap aku, pengecatan semula Quarters, tar semula di perumahan dan pejabat, pembaikan longkang, pengantian pagar baru, mengadakan taman permainan kanak-kanak, penyediaan wakaf, mendirikan dewan terbuka, naik taraf rumah (lebih luas), pengantian
tiles (menggantikan parkir), menaiktaraf dewan terbuka (tertutup), menghidupkan kelab rekreasi kolam, mengadakan sudut
cofee corner, naik taraf landskap (pancuran kolam ikan pejabat), anjung seri pejabat dan naik taraf pejabat. Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar menjadi pedoman bagi menangkis tohmahan dan "kata-kata nakal" pihak yang tidak pernah puas hati atau sakit sangat hati dengan aku ni. Apa yang diaorang tak puasa hati atau dengki sangat pun aku tak tau kenapa. Dalam dunia yang pancaroba ini untuk berbuat kebaikan atau kebajikan, kita tidak pernah lari dari tindakan segelintir
'perorangan' yang sentiasa tak puas hati. Ada sahaja aduan, hasutan, PHD dan cucukan. Teruskan janji anda terlibat bahagia.
Selama aku merempat di Bentong ini maka disinilah aku membina empayar rekreasi dan ping pong dengan cara tersendiri. Bercampur bergaul dengan masyarakat tidak akan menggugat kesetiaan sebagai kakitangan awam. Malahan ianya salah satu proses
networking hatta tanpa mengira pangkat dan darjah. Oleh itu aku sempat mengenali kawan-kawan di Kg Kuala Repas dan Chamang. Secara tidak langsung pernah melibatkan diri dengan sukan badminton dan sepak takraw bersama-sama mereka. Sempat juga mengadakan beberapa kali kenduri kampung. Berkesempatan untuk mengikuti konvoi bermotosikal (cupchai) ke Cameroon Highlands. (Sg. Koyan-Pos Betau-Bertam Valley-Gn Berinchang).
Antara lain aku juga sempat mengadakan ekpedisi mendaki gunung Rajah beberapa kali bersama
Persatuan Penggerak Sukan Dan Rekreasi Bentong sempena hari Kemerdekaan. Sempat mengadakan beberapa aktiviti santai dan rekreasi bersama
BEWARIS di Air Terjun Chamang dan mengadakan latihan dan klinik serta pemilihan ke Kejohanan Kayak Kebangsaan di Air terjun Chamang.
Juga aku terlibat dengan persatuan
GLOKAL Kg Baru bagi menakluki Gunung Rajah untuk entah ke berapa kalinya. Sempat menerokai
Lata Hammer dan
Lata Naning yang jauh ke ceruk rimba. Itulah tempat-tempat menarik yang pernah ku temui. Selain aku aku juga berpeluang mendaki dan melawan diri sendiri dengan mendaki
Bukit Raka yang terkenal dengan batuan pacak @ tegak 90 darjah yang dianjurkan oleg Pascorp Paper Sdn Bhd. Anda dapat melihat daerah Bentong dari puncak. Yang pasti sebagai orang Pahang, aku telah berpeluang menyertai
Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sg Pahang, dari Kuala Lipis ke bandar DiRaja Pekan. Menghilir sungai Pahang melalui beberapa daerah utama yang lengkap dengan kenduri kampung, joget lambak, persembahan kesenian dan pamiran. Antara lain sempat juga menghadiri program setempat dan aktiviti belia yang diadakan di Putra Jaya ataupun di Bera dan juga tempat-tempat lain.
Pernah juga menjadi VIP bagi menggantikan Boss aku iaitu Pn Siti Khalijah, Tn. Hadzri Mohd Sabri dan Pn Asiah bte Taharip. Kerap kali terlibat bagi mewakili mereka dalam Majlis Rasmi mahupun tak rasmi. Dalam pada itu aku pernah juga menjadi
bodyguard kepada Y.B Aziz Mat Kiram calon BN di Batu Talam bersama-sama orang kuat beliau. Ketika di Bentong juga aku pernah dimarahi oleh orang kenamaan di khalayak ramai yang mana disinilah dikenali ramai oleh VIP Jabatan. Peristiwa itu berlangsung ketika berlangsung Mesyuarat Pengarah Kastam se Malaysia -Taman Negara. Bagi sesetengah orang, masih tidak senang hati dengan 'ke
glamouran' ku itu rupanya.
Disinilah juga aku ditikam dari belakang oleh 'musuh dalam selimut', disinilah aku diperlecehkan oleh golongan 'D' dan 'DKK'. Kepada yang faham, fahamlah jikalau tidak..ha ha ha
"still remember King of Three Mountain" Yang pasti aku akan rindukan Genting Highlands, Cameroon Highlands, Janda Baik, Bukit Fraser dan Bukit Tinggi. Terutama apabila pemandangan indah dan berkabus dari atas ke bawah. Apabila sampai sahaja dibandar Bentong ada sudah terlihat sayup-sayup Genting Highlands, Gunung Rajah di Banjaran Titiwangsa dan Bukit Raka mengelilingi kita.
Yang pasti ada juga yang menarik di Bentong untuk dikongsi bersama, kehebatan nasi ayam Pak Hamid, Kedai Kopi Kao Pow (ais krim terhebat diPahang), Restoran
Midnight, Dapor Kita, Restoran Ummie, Restoran Dara Tomyam, Mee Kari Mak Lang (dataran Teras) dan yang pasti kedai Mamak TMK (tempat mengeteh - Salleh, Yusop, Ishak, Bat, Mokhtar, Zam, Din dll)
Aku tetap merindui Kelab Belia Bentong, dimana disinilah bakat permainan ping pong kembali mendadak. Jam 5-7 carilah aku disini, tanpa jemu demi menjaga kesihatan diri. Nama-nama seperti Chong, June, Ah Hie, Mr Auw, Abang Din, Mr Chop, Zainal, Osman, Abang Pa, Mat sentiasa dalam ingatan.
Tidak lupa juga kepada beberapa nama besar yang glamour dalam bidang masing-masing iaitu: Sdra Faizam, Bobby, Hakim, Man Cece (BSN) Kocek, Kecik, Jimi, CT, Lex, Mamat, Nipon, Ujang, Mie, Madi barber, Abg Din sekeluarga, Ippin, Kak Yah dan ramai lagi. Maaf kepada yang tidak tertulis, ramai sangat.