Bermulalah episod aku bermastautin di Kuantan. Rutin harian balik kerja pergi kerja, main ping pong sampai tengah malam. Siram pokok bunga, buat 'buku hijau' sambil keluar peluh. Keluar ronda bila diarahkan. Pagi-pagi hantar anak kesekolah. Alhamdulillah beliau bersekolah di Sek. Men. Tok Sira iaitu betul-betul berada di Kompleks Perumahan Kastam Sultan Ahmad Shah. Manakala jauh pejabatku dari rumah hanya cuma 5km sahaja.
Tiada yang istimewa yang dapat dibongkarkan sekadar biasa-biasa sahaja. Bagi aku inilah kehidupan yang paling sederhana dan aman damai sekali berbanding tempat-tempat lain, bukan hendak menafikan kerana masing tempat ada istemewa dan kelebihannya. Maksud aku tadi ketenangan disini amat terserlah kerana rumahku terpersok ke atas bukit pada bahagian hujung taman. Dibelakang rumahku penuh dengan hutan dan disebelah tepi pula dilindungi oleh Bukit Pelindung (Laut China Selatan/Telok Chempedak). Sesekali terdengar riuh rendah (band/karaoke) dari Pantai Telok Chempedak.
Aku berpeluang untuk mengembangkan permainan ping pongku di kawasan Balok iaitu 20km dari tempatku. Disini aku belajar mengenal Abu Wanha, Fendi , Mie, Shazwan, Jamal, Pok Cik dan sebagainya. Apa tidaknya start main jam 9.30 malam kadang-kadang sampai jam 1-2 pagi. Ini bersukan ke apa? Biasalah selepas bersukan pekena teh tarik barang seketika diRestoran berhampiran Petronas Balok.
Anak Mak Mentua tidak lagi keboringan kerana telah menjaga anak rakan seperjuangan (Zulkurnai Hassan & Linda) seramai 3 orang iaitu Abg Yie (Darjah 3), Nani (Darjah 1) dan Yuna (Taska 5 tahun). Inilah kekadang dapat memeriahkan suasana.
Selain dari itu setiap Selasa dan Khamis aku bermain badminton di Dewan Makmur dengan kadar bayaran RM20 sebulan. Sesekali ada freindly match. Cukup untuk beriadah dan menghilangkan stress dengan berpeluh. Menjelang jam 5 petang, kaki dah menggigil dan tak sabar untuk pulang kerumah bagi acara membasahkan badan dan baju. Sesekali menjelang hujung minggu; berjogging di Pantai Telok Chempedak dan Pantai Gelora. Sesekali layan jungle tracking kat Bukit Pelindung. Itupun jika badan sihat dan tengah rajin.
Untuk pergi bershopping banyak juga pilihan disini antaranya ; East Coast Mall, Mega Mall, Kuantan Parade, Kompleks Teruntum, Giant, Jaya Gading, Pantai Selamat,Tunas Manja dan banyak lagi. Tanjung Lumpur memang terkenal dengan seafood. Sebut sahaja semua orang tahu. Ana Ikan Bakar Petai, Sup Kampung, Kabana dan macam-macam lagi. Datang sahajalah berlambak-lambak kedai makan, tak tau nak pilih mana. Jikalau mengikut tekak aku, aku pilih nasi lemak ayam Esplenade. Memang sedap murah, simple dan lazat. Satu lagi singgahlah kat Rest. Sinar Mesra boleh tahan juga rasanya. Arch..asyik cerita pasal makan je nanti meleleh air liur pulak.
Jika ada kelapangan aku akan pergi ke tapak semaian @ flower nursery untuk membeli bunga-bunga (hijau sahaja) untuk ditanam atau disemai. Apa yang menarik aku lebih berminat untuk menanam pokok yang telah berbuah seperti kedondong, longan, pelam, ciku, cermai, belimbing bulu, limau kasturi, limau madu, limau purut dan sebagainya. Well landskap kitchen aku setakat ini dah berbaloi, semua ada, antaranya; daun kucai, cylom, cili, kunyit, serai, daum kesum, daun bawang, kacang botol, nenas,halia dsb. Inilah hasilnya bila berbudi kepada tanah.
Antara hobi pelik yang aku alami kat Kuantan ni, pantang tengok pokok terbiar dan nak mati. pasti akan aku rawat sampai ia pulih. Ini merupakan satu kepuasan bagi aku. Terdapat beberapa jenis tumbuhan yang telah aku rawat. Erm lupa pulak apa namanya he he.
Bersambung..
bila pulak berpindah ke kuantan ni? ingatkan masih di kuala terengganu.
ReplyDeleteAlinaAuraLife 1st januari 2011 aritu, coz ada rezeki kit
ReplyDelete