Selepas sahaja bersahur terus teringin nak berkarya. Tidak salah mengenang dan mengingati tempat-tempat tertentu. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermanja. Sedar tak sedar hampir setahun lebih aku meninggalkan rumah no.9, Sg. Burung, Terengganu. Terlalu banyak kenangan yang mengusik jiwa walaupun bermastautin hanya seketika. Rumah ini juga menjadi saksi betapa zalimnya diriku terhadap diri sendiri. Rumah ini juga menjadi saksi kerapuhan semangat diriku ini. Puas ku berlapik berbahasa untuk tidak mengeluarkan apa-apa yang dikatakan rahsia diri, rahsia peribadi, rahsia bersama dan segala-gala yang bernama rahsia. Arch.. persetankan semua itu.
Yang pasti aku akan tetap mengingati Ramadhan di Sg Burung, yang mana berbuka puasa dan beramal di sana penuh kesederhanaan. Bazar ramadhan kat Chabang 3 sangat nostalgia. maklumlah macam-macam ada. Bukan setakat itu, itulah tempat yang kerap aku kunjung. Tapi sehingga kini kenangan itu tetap ada dan mungkin akan berulang. Dimanakah kenangan itu? Siapakah didalam kenangan itu? Apakah kenangan itu? Bilakah berlaku kenangan itu? Hanya aku dan Dia sahaja yang tahu.
Menjelang Ramadhan kita bergembira kerana dapat menghayati dan beramal di bulan Ramadhan. Namun kenangan pahit dan indah semua ada. Bukan bertujuan untuk mengenang kisah lalu. Lagipun pernah orang yang tersayang menemplak diri ini "Jangan dikenang kesah lalu" Terkeluar sahaja perkatan itu atau aku terdengar perkataan itu maka terus tertutup hatiku untuk mengingatinya. Teringatlah kata-kata sahabat tersebut "kita tidak berpisah tetapi kita tidak boleh lagi seperti dulu". Aku akur dengan kata-kata tersebut, tetapi ianya telah menjadi lain, aku tidak lagi diumpamakan, aku tidak lagi bererti dalam hidupnya, aku telah dianggap asing dan mati dalam kamus kehidupannya, nampak sangat perubahan ketara dalam dirinya, nampak sangat seolah-olah aku ni tak pernah kenal beliau, nampak sangat ada suara-suara sumbang yang lebih dipercayai, nampak sangat ada penasihat 'Besar' dalam kehidupan seharian. Masalahnya aku ni 'lembap', lambat faham. Sepatutnya dari dahulu lagi aku dah faham. Maka tidak perlulah terlibat dalam konflik diri yang begini besar dan sukar. Apa tidaknya ianya mengambil masa berbulan-bulan baru boleh diselesaikan. (itupun sesekali muncul dalam kotak minda) Apa-apa pun yang berlaku sudah ketentuan kita merancang Dia yang menentukan. Sekurang-kuranganya peluang dan ruang telah hadir dalam hidupku, ianya "umpama mimpi didalam mimpi" Sekian
No comments:
Post a Comment