Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Monday, August 22, 2011

Maaf kerana tidak berjaya memuaskan hati semua

Dalam kehidupan seharian kita, pasti kita tidak dapat memuaskan hati semua rakan, kenalan, keluarga. Walau apa cara sekalipun kita cuba berlaku adil atau apa cara sekalipun untuk mengembalikan segala kenangan dan segala keindahan. Ianya mungkin suatu perkara yang mustahil tambahan pula banyak faktor yang mempengaruhi antaranya seperti faktor kerjaya, komitmen keluarga, perasaan; sensitif, jauh hati, malas, sikap berdiam diri. Malahan ada juga faktor tersembunyi dimana kecelaruan perhubungan; antaranya cinta 3 segi, kekasih gelap, skandal, teringat kekasih lama, teringat kekasih baru, teringat kenangan silam dan sebagainya. Kekadang apabila teringat dosa semalam yang tidak mampu dibayar juga membataskan hubungan diantara kekasih lama. Terutamanya apabila melibatkan suami orang dan juga isteri orang. Jika suami orang dan gadis bolehlah dikira ok ataupun suami orang dengan janda orang. Namun kedua-duanya tetap salah. Contoh sahaja, ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Dalam kehidupan seharian, sesuatu perhubungan itu disalah ertikan. Jika tidak berhubung dikatakan dan benci, tak suka atau sebagainya. Tidak semestinya tidak berhubungan itu tandanya dan tak suka tetapi atas sebab-sebab lain seperti kerjaya, komitmen family dan sebagainya. Biarpun apa sebab sekalipun tak akan putus silaturrahim sekiranya tidak perasaan marah, geram, benci dan sebagiainya. dalam pada itu mungkin ada perasaan serba salah yang menghantui, yelah dahulu dan sekarang banyak bezanya. Zaman dah berubah. Pantai boleh berubah akibat hakisan ombak, inikan pula manusia yang sentiasa lemah.

Walaupun kita tetap mengingati kenangan silam sebagai sejarah namun ada pepatah mengatakan jangan terbawa-bawa dengan sejarah silam kelak ia akan memakan diri. Memang betul jika kita terlalu memikirkan perasaan sebegitu kita akan musnah dalam diri sendiri. Biarlah masa dan keadaan yang menentukan. Sejarah tidak mungkin berulang namun sejarah tetap perlu dikenang cuma janganlah ia ditangisi. Lagipun Allah jua Yang Maha Mengetahui.

Keluhan Wan/Opah/Nenek

Kekadang rasa nak marah pun ada. Bukan apa mengenangkan anak-anak saudara yang dah besar panjang yang dah mula tak mau mendekati wan/opah/nenek yang dah tua ni. Masa kecik-kecik dulu bukan main, manjanya, baiknya, selalu melayan dan bermanja dengan Wan. Tetapi bila dan besar tambahan bila dah kahwin, herm..menyombong nak mampus. "Herm..alahai anak cucu aku kenapalah menyombong"

Bukan apa bila kita dah tua ni, maka ketika itu segala perasaan sensitif, geram, marah semuanya ada. Itulah antara luahan isi hati Wan. Tetapi oleh kerana zaman dah berubah mungkin itulah faktor anak cucu berubah. Tetapi apa-apa pun kita tetap dikehendaki menghormati orang tua. Cuba kita lihat sejarah kebelakang. Tanpa ibu bapa maka tiadalah kita. Tanpa kasih sayang mereka maka kita belum tentu sempurna hidup didunia ini.

Kekadang terkilan sangat-sangat dengan anak-anak zaman sekarang, cucu cicit zaman sekarang kerana tidak mampu membuatkan nenek/wan/opah mereka tersenyum. Adakah mak ayah mereka tidak mengajarnya? Namun dekat sekolah tak kan tak belajar sivik. Ya memang betul orang bijak pandai mengatakan bila hampir akhir zaman, manusia tidak lagi memunyai kasih sayang dan lupa akan budi dan jasa nenek moyang mereka, maka tinggallah segala jasa dan budi itu sebagai peninggalan sejarah. Oh ya satu lagi mungkin mereka tak pernah hidup susah...

Wednesday, August 10, 2011

8-9 Ogos 2011

Memang memeritkan perjalanan sepanjang 8-9 Ogos 2011. Apa tidaknya dari Kuantan pukul 7.30 pagi dan sampai di Kelana Jaya pukul 1.30 tengahari. Berapa jam? Cuba bayangkan. Tapi berbaloi lah dibulan Ramadhan ini banyak kali berhenti sampai sempat melencong ke Bentong seketika. Sempat juga updated maybank account. Telah berhenti sesuka hati disetiap kali ada hentian. Tersangatlah mengantuknya.

Sesampai sahaja di Kelana Jaya terus ke pejabat RC untuk merehatkan diri sambil membaca surat khabar. Sempat berjumpa dengan Sariza, Cik Amy, Che Lian, Zaifudin, Irza, Yatie, Ainol, Hashim Dol, Raihan, Salina, Aida, Wani, Hazizi, Sabri, Rezeha, Lan, Mie, Pak Tua dan lain-lain.

Menjelang senja terus ke Shah Alam untuk menghadiri masjlis berbuka puasa dan perasmian bangunan milik FE International. Aku bersama Sabri dan Zaifudin bergegas ke sana untuk mengelakkan kesesakan. Ditemani GPS selamat sampai ke destinasi pada jam 6.30 petang. Majli bermula, aduhai penuh dengan lautan manusia. Makan tidaklah sepuas mana atau sesedap mana namun kepuasan berjumpa otai-otai En Aziz, Encik Man, Encik Husaini dan lain-lain orang kuat group Elite FE.

Selesai habis bersambung perbincangan di Faiz Corner pekena otak-otak dan Radic Cofee. Bersembang-sembang sampai pukul pagi. Bukan apa tak nak makan heavy sangat kerana jam 4.30 pagi nanti nak bersahur lagi. Selesai bersahur terus pergi ke Shah Alam. Bersahur sekadar maggie rebus aje. Ini bukan nya maggie rebus ini maggie celur. Sesampai disana mata pedih sangat-sangat sehingga terbabas ke pukul 11.00 pagi. Celik-celik mata terus bawa mak naik kereta ke Kuantan. Perjalanan diteruskan tanpa henti. Pukul 3.30 petang sampai di Kuantan. kelihatan mak sakit pingggang. Seraya berkata " Matnya jauh sesangat"

Saturday, August 6, 2011

Ops masih teringat..

Selepas sahaja bersahur terus teringin nak berkarya. Tidak salah mengenang dan mengingati tempat-tempat tertentu. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermanja. Sedar tak sedar hampir setahun lebih aku meninggalkan rumah no.9, Sg. Burung, Terengganu. Terlalu banyak kenangan yang mengusik jiwa walaupun bermastautin hanya seketika. Rumah ini juga menjadi saksi betapa zalimnya diriku terhadap diri sendiri. Rumah ini juga menjadi saksi kerapuhan semangat diriku ini. Puas ku berlapik berbahasa untuk tidak mengeluarkan apa-apa yang dikatakan rahsia diri, rahsia peribadi, rahsia bersama dan segala-gala yang bernama rahsia. Arch.. persetankan semua itu.

Yang pasti aku akan tetap mengingati Ramadhan di Sg Burung, yang mana berbuka puasa dan beramal di sana penuh kesederhanaan. Bazar ramadhan kat Chabang 3 sangat nostalgia. maklumlah macam-macam ada. Bukan setakat itu, itulah tempat yang kerap aku kunjung. Tapi sehingga kini kenangan itu tetap ada dan mungkin akan berulang. Dimanakah kenangan itu? Siapakah didalam kenangan itu? Apakah kenangan itu? Bilakah berlaku kenangan itu? Hanya aku dan Dia sahaja yang tahu.

Menjelang Ramadhan kita bergembira kerana dapat menghayati dan beramal di bulan Ramadhan. Namun kenangan pahit dan indah semua ada. Bukan bertujuan untuk mengenang kisah lalu. Lagipun pernah orang yang tersayang menemplak diri ini "Jangan dikenang kesah lalu" Terkeluar sahaja perkatan itu atau aku terdengar perkataan itu maka terus tertutup hatiku untuk mengingatinya. Teringatlah kata-kata sahabat tersebut "kita tidak berpisah tetapi kita tidak boleh lagi seperti dulu". Aku akur dengan kata-kata tersebut, tetapi ianya telah menjadi lain, aku tidak lagi diumpamakan, aku tidak lagi bererti dalam hidupnya, aku telah dianggap asing dan mati dalam kamus kehidupannya, nampak sangat perubahan ketara dalam dirinya, nampak sangat seolah-olah aku ni tak pernah kenal beliau, nampak sangat ada suara-suara sumbang yang lebih dipercayai, nampak sangat ada penasihat 'Besar' dalam kehidupan seharian. Masalahnya aku ni 'lembap', lambat faham. Sepatutnya dari dahulu lagi aku dah faham. Maka tidak perlulah terlibat dalam konflik diri yang begini besar dan sukar. Apa tidaknya ianya mengambil masa berbulan-bulan baru boleh diselesaikan. (itupun sesekali muncul dalam kotak minda) Apa-apa pun yang berlaku sudah ketentuan kita merancang Dia yang menentukan. Sekurang-kuranganya peluang dan ruang telah hadir dalam hidupku, ianya "umpama mimpi didalam mimpi" Sekian

Selingkar Kesahku diKuantan

Bermulalah episod aku bermastautin di Kuantan. Rutin harian balik kerja pergi kerja, main ping pong sampai tengah malam. Siram pokok bunga, buat 'buku hijau' sambil keluar peluh. Keluar ronda bila diarahkan. Pagi-pagi hantar anak kesekolah. Alhamdulillah beliau bersekolah di Sek. Men. Tok Sira iaitu betul-betul berada di Kompleks Perumahan Kastam Sultan Ahmad Shah. Manakala jauh pejabatku dari rumah hanya cuma 5km sahaja.

Tiada yang istimewa yang dapat dibongkarkan sekadar biasa-biasa sahaja. Bagi aku inilah kehidupan yang paling sederhana dan aman damai sekali berbanding tempat-tempat lain, bukan hendak menafikan kerana masing tempat ada istemewa dan kelebihannya. Maksud aku tadi ketenangan disini amat terserlah kerana rumahku terpersok ke atas bukit pada bahagian hujung taman. Dibelakang rumahku penuh dengan hutan dan disebelah tepi pula dilindungi oleh Bukit Pelindung (Laut China Selatan/Telok Chempedak). Sesekali terdengar riuh rendah (band/karaoke) dari Pantai Telok Chempedak.

Aku berpeluang untuk mengembangkan permainan ping pongku di kawasan Balok iaitu 20km dari tempatku. Disini aku belajar mengenal Abu Wanha, Fendi , Mie, Shazwan, Jamal, Pok Cik dan sebagainya. Apa tidaknya start main jam 9.30 malam kadang-kadang sampai jam 1-2 pagi. Ini bersukan ke apa? Biasalah selepas bersukan pekena teh tarik barang seketika diRestoran berhampiran Petronas Balok.

Anak Mak Mentua tidak lagi keboringan kerana telah menjaga anak rakan seperjuangan (Zulkurnai Hassan & Linda) seramai 3 orang iaitu Abg Yie (Darjah 3), Nani (Darjah 1) dan Yuna (Taska 5 tahun). Inilah kekadang dapat memeriahkan suasana.

Selain dari itu setiap Selasa dan Khamis aku bermain badminton di Dewan Makmur dengan kadar bayaran RM20 sebulan. Sesekali ada freindly match. Cukup untuk beriadah dan menghilangkan stress dengan berpeluh. Menjelang jam 5 petang, kaki dah menggigil dan tak sabar untuk pulang kerumah bagi acara membasahkan badan dan baju. Sesekali menjelang hujung minggu; berjogging di Pantai Telok Chempedak dan Pantai Gelora. Sesekali layan jungle tracking kat Bukit Pelindung. Itupun jika badan sihat dan tengah rajin.

Untuk pergi bershopping banyak juga pilihan disini antaranya ; East Coast Mall, Mega Mall, Kuantan Parade, Kompleks Teruntum, Giant, Jaya Gading, Pantai Selamat,Tunas Manja dan banyak lagi. Tanjung Lumpur memang terkenal dengan seafood. Sebut sahaja semua orang tahu. Ana Ikan Bakar Petai, Sup Kampung, Kabana dan macam-macam lagi. Datang sahajalah berlambak-lambak kedai makan, tak tau nak pilih mana. Jikalau mengikut tekak aku, aku pilih nasi lemak ayam Esplenade. Memang sedap murah, simple dan lazat. Satu lagi singgahlah kat Rest. Sinar Mesra boleh tahan juga rasanya. Arch..asyik cerita pasal makan je nanti meleleh air liur pulak.

Jika ada kelapangan aku akan pergi ke tapak semaian @ flower nursery untuk membeli bunga-bunga (hijau sahaja) untuk ditanam atau disemai. Apa yang menarik aku lebih berminat untuk menanam pokok yang telah berbuah seperti kedondong, longan, pelam, ciku, cermai, belimbing bulu, limau kasturi, limau madu, limau purut dan sebagainya. Well landskap kitchen aku setakat ini dah berbaloi, semua ada, antaranya; daun kucai, cylom, cili, kunyit, serai, daum kesum, daun bawang, kacang botol, nenas,halia dsb. Inilah hasilnya bila berbudi kepada tanah.

Antara hobi pelik yang aku alami kat Kuantan ni, pantang tengok pokok terbiar dan nak mati. pasti akan aku rawat sampai ia pulih. Ini merupakan satu kepuasan bagi aku. Terdapat beberapa jenis tumbuhan yang telah aku rawat. Erm lupa pulak apa namanya he he.

Bersambung..

Demam Serangkai

Selsema datang memang tidak dialu-alukan. Datang pulak secara berangkai-rangkai dengan demamnya, batuknya, peningnya, sumbat hidungnya. Tambahan pula ia menyerang dalam bulan puasa. Bukan apa mungkin cuaca yang terlalu panas dan kering disamping keadaan berjerubu dan dunia dipenuhi habuk.

Paling menyiksakan ketika bangun pagi dan menjelang senja. Cuba untuk menguatkan diri namun bila kena selsema, jikalau tak kuat melawan pasti lembik. Badan rasa panas tetapi menggigil sejuk. Tetiba dah berpeluh, ingat kan daj 'kebah', rupanya-rupanya itu hanya seketika sahaja.

Selepas pekena Fluaway Capsule600 barulah lega sedikit rasanya. Yang mencair telah pun menjadi likat, namun ianya beralih kepada serangan tekak pulak. Tekak rasa pedih dan perit. Kahak bertukar dari warna kehijauan kepada warna kuning kemudian kecoklatan. bagi aku pulak, biasanya kahak akan bercampur darah. Aduhai...

Selesai kena ubat batuk, Dequadian dan wood papermint lozenges batuk pun berkurang namun badan tetap je lesu. Mungkin orang kata tak cukup rehat. Mungkin juga, lagipun aku selalu tidur lewat dan tak pernah lekang dek rumah dan tak pernah cukup rihat. Nah..ambik kau, berihat dan tertidur sampai tak bersahur..Nasib baik malam tadi dah minum air masak bergelas-gelas. Tetapi badan still tak bermaya. Alhamdulillah daya tahan diri masih kuat, tetap meneruskan kehidupan seharian terutama ketika musim cuti (weekend). Kemas apa yang patut, menyibukkan diri.

Friday, August 5, 2011

Meluat orang yang emo

Kekadang menyampah dengan rakan seangkatan, asal kita bercakap je nak emo, macam dia bagus sangat. Tapi yelah ada jugak yang berbunyi dialah org yang paling lawa dalam organisasi. Uwek..memang lah lawa kalau make up seinci dua. Tak kesahlah kalau pandai melawa dan buat jadi lawa. Cuma perangai tu yang buat tak lawa, asal kita ada teguran dan cadangan terus nak emo. Nak mintak suruh tukar tempat lak pulak. Sementara orang suka tak pelah. Tak tau diri diperkudakan sampai sudah. Kekadang kesian juga..tak tau ke merungut sampai bila-bila tak akan selesai masalah. Staylah kat situ sampai sudah. Ada anak buah pun erm macam-macam hal. Tak pe kan, dikau orang kuat dan orang dipercayai, takkan tak boleh handle anak buah kot. Tak cukup anggota kita tambah. Kerja masih dan tetap sibuk. Tetapi itulah ego & karektor dan berubah nampak, dah semakin emo, semakin sombong, bila nak top ni lain macam eik. Amalkan lah, tak lama lah tu. Wallahualam.

Thursday, August 4, 2011

Percaya pada diri sendiri

Perkara yang paling sukar di dunia ini ialah membuat orang percaya kepada kekuatan sendiri dan menggunakan kemampuan tersembunyi yang ada di dalam dirinya. Apabila kita mempunyai anggapan yang lebih besar tentang diri sendiri, maka kita boleh mencapai lebih banyak daripada yang kita milikki sekarang, dan hal ini juga berlaku bagi orang-orang yang dinilai berjaya sekalipun.

Titik tolak dari semua aspek prestasi adalah dengan mengenali diri sendiri. Kita harus melihat jauh ke dalam diri supaya dapat benar-benar mengenal diri sendiri. Kita harus melihat kejayaan yang ada di dalam diri kita dengan segala kemungkinannya yang belum tergali dan belum berkembang. Untuk mengenal diri sendiri, kita harus menyedari bahawa tidak ada kekurangan diri manusia yang diciptakan Allah. Satu-satunya kekurangan yang ada ialah yang kita letakkan pada diri kita sendiri.

Kenapa kita kata begitu? Kerana terdapat begitu sedikit orang yang mencapai kejayaan yang lebih besar di dalam hidup adalah kenyataan bahawa kita tidak mempelajari fakta bahawa sejak dilahirkan. Kita telah diberi kelengkapan untuk mendapatkan kejayaan. Iaitu pencapaian kejayaan adalah hak asasi kita sebagai insan.

Allah mencipta diri kita untuk kita berjaya dan bukannya gagal tetapi untuk menjadi kuat dan bukannya lemah.

Apabila kita menemui diri kita sendiri, maka kita akan dapat meningkatkan pembelajaran serta menguatkan diri untuk lebih berjaya, lebih kuat dan lebih kuat lagi.

DEAN SWITF ada menyatakan bahawa " Manusia telah dituduh kerana tidak mengetahui kelemahan mereka sendiri, namun barangkali juga hanya sedikit orang yang tahu kekuatanya sendiri. Pada diri manusia seperti juga tanah, kadang-kadang terdapat bijih emas yang sama sekali tidak diketahui pemiliknya"

Wednesday, August 3, 2011

Selsema oh selsema

Aduhai selsema kenapalah kau datang dalam bulan puasa ni. Tak selesa sangat rasanya. Pilihlah hari lain. Yelah mungkin banyak faktor yang boleh kena. Pejabat baru lepas dibaiki, aritu berdebu habis, maklumlah debu dalam aircond. Tambahan pula sana sini asyik terbersin je. Yang kuat anti bodi pun boleh kalah.

Rasa-rasa dah minum air banyak. Kalau waktu berbuka tu sampai macam nak kembung asyik dok minum air kosong suam, sampai berpeluh-peluh. Jika waktu bersahur begitu juga minum sebanyaknya air suam. Tetapi itulah bila selsema menyerang tak boleh buat apa dah kena ambil ubat juga. Jika tidak melaratlah menjadi demam dan batuk. Itupun kalau tak ambil antibiotik ermm silap-silap 2 minggu.

Malam tadi siap berselimut sampai berpeluh-peluh dengan harapan sembuhlah ia. Tapi itu belum menjamin. 'Kebah' tidak juga, rasa cam 'mamai' dan tak bermaya. Bukan apa sukar nak bernafas cam tersekat-sekat..

Selsema owh selsema bila kau nak pergi. Rasa macam tak larat sangat. Uwaaa

Murtabak Oh Murtabak

Salam Ramadhan kepada Muslimin dan Muslimah. Lama saya tidak ke udara. Sempena Ramadhan yang mulia ini saya ingin berkongsi pengalaman menentang hawa nafsu. Bukan apa pabila menjelang jam 3.3o petang, maka kebanyakan kakitangan kerajaan dah merancang apa yag nak dibeli di bazzar ramadhan mahupun apa yang nak dimasak. Tetapi itu semua hanya nafsu belaka. Berhati-hatilah jangan membazir ye.

Saya terpanggil untuk membeli Murtabak yang dikatakan amat masyhur di sekitar Kuantan, antaranya Murtabak Anwar, Murtabak Mekasar, Murtabak Pekan dan sebagainya. Jikalau dibagi pilihan saya akan menukar Murtabak yang berbeza, namun nya tetap Murtabak. Bukan apa saja nak bercerita tentang harga dan rasa. Ada Murtabak dijual dengan harga RM3, RM2.50 dan RM7. Bagi saya dari segi sedap tu ada sedikit perbezaan namun apabila telah sejuk sementara menunggu waktu berbuka..Ermm rasanya sama saja. Lastly dalam perut juga. Betul tak?

So moral of the story belilah yang harga berpatutan sahaja dalam RM2.50 @ RM3. Kepada yang ada duit lebih bolehlah beli Murtabak RM7. Namun sekali lagi diingatkan rasa sama sahaja, tambahan pula di Kuantan ni dah tak ada kuah kari semua diberi kuah jeruk bawang (merah). Kalau tak silap sesetengah tu ada ditambah cuka. Bukankan itu kurang baik untuk berbuka puasa. Wallahualam.