Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Monday, February 21, 2011

cerpen - Kasih Airen

Teringat ketika pandang pertama dikau senyum padaku. Aku terus memberanikan diriku dan terus menyapa.

"makan apa tu, boleh mintak ciket"

Dia terus membalas, "nak..amiklah, goreng pisang dan kerpok je"

Aku membalas " Acah je, dah kenyang tadi"

Dia menyambung, "hari ni last Airen praktikal kat sini, kejap lagi ada jamuan perpisahan, makan kek, datanglah"

Aku senyum seraya berkata, "tak pelah orang tak jemput, lagipun abg baru sahaja lapor diri"

Pada saat dan ketika itu aku terlupa siapa yang memberikan no telefon siapa dahulu. Tak mengapa itu tidak penting sangat. Yang pasti first time tengok hati dah berdebor didalam hati.

"Mak..aii comelnya budak ni, Sedop doh rase!" bak kata orang Terengganu.

Sehinggalah beberapa lama kemudian beliau telah pun menghabiskan praktikalnya di pejabat aku. Ingatkan habis disitulah. Sehinggalah pada suatu tengahari, jikalau tidak silap hari khamis, aku dan rakan sekerja melilau mencari pot untuk makan tengahari. Kawan aku ni pulak sibuk mengayat sesapa entah melalui HP. Eh..macam pernah dengar nama ni. Aku bertanya kepada Awan, siapa yang kau hello tu? Telinga dan mataku cepat terus mengingati no HP yang Awan dail tadi. Awan menjawab budak pratikal kat pejabat kita. Ajaklah makan sekali perlawa aku. Tiba-tiba Awan bersungguh untuk mengambil beliau dekat U, Universiti mana aku tak ingat. Kehadiran Airen membuatkan aku jadi gementar entah mengapa. Perkara ini disedari oleh rakanku yang seorang lagi G. Steady lah bos! Masa berlalu pantas aku, Airen, Awan dan G makan dan sambil bersembang dan mohon diri untuk beredar kerana dikatakan aku ada mesyuarat pada petang itu. Lantaran itu kami pun menghantar beliau pulang ke rumah. Agak jauh namun ketika itu kesian kerana Airen tidak mempunyai kenderaan untuk pulang. tak gentlelmanah kalau semasa ambil kenalah hantar pulang semula. Begitulah bermula kesah yang termeterai.

Mulai dari hari itu aku curi-curi sms dan berhubung dengan Airen. Sehinggakan pada suatu hari menjelang lagi seminggu berpuasa kebetulan ada Pesta Gamelan Sedunia di bandar. Aku pun gatal tangan terus menelefon dan mengajak beliau pergi menonton Pesat Gamelan Sedunia. Masing-masing telah bersetuju dan aku mengambil Airen di rumah beliau iaitu sejauh 15km dari rumah bujang ku. Sebaik sahaja tiba ditempat Festival itu berlaku, hujan pun turun. Kami basah bersama. Mataku dan mata beliau meliar takut-takut kot ada saudara mara dan rakan-rakan yang kenal. Maklumlah aku bawah anak dara orang, first dating terus bawak menonton Festival Gamelan. Hujan semakin lebat dan kami terasa kesejukan yang amat sangat. Secara automatik aku merangkul pinggulnya untuk merapati diriku bagi menghindarkan sejuk. Tergamam! aku tergamam dan dia pun turut tergamam namun beliau merelakan kerana masing-masing kesejukan. Aku membisikkan kepada dia, maaf tak sengaja. Kami sama-sama mencari tempat berteduh sehinggakan terpaksa menumpang payung pak cik sebelah. Hujan semakin lebat. Masihkah kau ingat? Oleh kerana sudah terlalu kuyup aku mengambil keputusan untuk beredar dan masuk kedalam kereta. Lantaran itu terus mencari tempat untuk memanaskan badan dan mengisi perut yang dah mula berbunyi.

"kalau tak nak balik boleh?" Airen bertanya kepadaku sambil senyum.

"Isk..nanti mak cakap apa pulak, ni dah malam dah ni.." kataku kepadanya.

Berberapa hari kemudian kalau tak silap ketika hujung minggu. Airen ada mempelawa aku pergi ke Taman Rekreasi Air Terjun. Pucuk dicita ulam mendatang, ini memang favourite dengan tempat-tempat yang begini. Pagi-pagi esoknya aku dah sampai ke rumah Airen. Beliau pun masih dalam keadaan percaya atau tidak. Aku dan Airen meneruskan perjalanan ke Hutan Lipur tersebut. Boleh tahan juga jauhnya. Sempat beli sarapan untuk berkelah dan bersantai. Pantang berjumpa dengan pekan sempat beli buah binjai. First time aku makan buah binjai boleh tahan juga rasenya, erm masam sungguh..tapi kerana Airen aku cakap sedap, manis ha ha ha.

"Cube rase buah ni..sedop" kata beliau.

"erm..boleh tahan, pahit-pahit manis" sambil tersenyum aku membalas.

Akhirnya lebih kurang jam 10.30 kami pun sampai ke Air Terjun tersebut. Aku juga first time sampai ke sini. Jikalau aku tidak berkawan dengan Airen maka tidaklah aku sampai ke sini. Selepas mendaftarkan diri di pondok pengawal kami pun terus parking kereta dan mencari 'pot' yang strategik. Masa kami sampai orang tidak ramai lagi. Suasana memang damai dengan bunyi air terjun yang kuat berdesir dan menghambur. Secara perlahan lahan aku membasahkan kakiku dan diikuti oleh Airen. Sejuk....macam ais batu.

"sejuk, bang" Airen berkata.

"kalau rendam badan dalam air jangan angkat, tak sejuk" Aku bergurau kepada beliau.

Airen kelihatan malu-malu untuk mandi bersama maklumlah first time berjumpa, datinglah katakan. Dengan tak semena-mena orang semakin ramai berpusu-pusu. Aku tidak mempedulikan mereka sebab aku bukan kacau diaorang pun. Aku terus menyelam dan menyejukkan diri, sesekali memercikan air kepada Airen. Hilai tawa dan senyumannya membuatkan aku gembira dan tenang. Setelah puas berendam dan bermain air, kami pun meninggalkan air terjun tersebut dengan lemah longlai dan penatnya. Namun terpancar di riak wajah kegembiraan yang tidak terperi. Semasa aku memandu sesekali 'tersangap-sangap'. Semasa tiba dirumahku dikau kelihatan lesu, mengantuk sangat. Lantas aku menyarankan dikau berehat seketika. Airen tertidur kepenatan. Bila senja menjelang kita sama-sama dinner di salah sebuah restoran Tom Yam yang best di sana.

"abang jom gi karaoke.." Pelawa airen kepada ku.

"Abang tak pandai nyanyi..tapi boleh gak.." Sambil tersenyum aku membalas.

Kami sama-sama melalak sampai hilang suara. Antara lain aku pernah menyanyikan lagu sekuntum sakura di gurun sahara, sudah lama tak jumpa, hari dan semalam dan lain-lain. Pada mulanya aku tidak menyangka dikau suka karaoke. Pernah sebelum ini dikau mengajak aku untuk berkaraoke 'jamban' tetapi sentiasa penuh. Rasa-rasanya inilah kali pertama dan terakhir kami berkaraoke bersama. Kerana selepas itu kami tiada masa untuk menyumbangkan suara. Tertumpu kepada lain-lain aktiviti.

Masih aku teringat ketika menjelajahi pula tempat lain. Bermandi manda sehingga naik gelap kulit muka kita. Tetapi ketika itu cuti umum dan orang terlalu ramai. Terpaksa mandi manda dicelah-celah ribuan orang ramai, tiada privasi langsung.

Sempat juga aku menemani dikau pergi pekena ICT jauh dari lokasi biasa kita. Walaupun tempat tersebut biasa sahaja namun sedap jugak. Boleh menyelerakan murah, sedap dan sosnya cukup lazat. Yang pasti jauh dari kesibukan dan dekat dengan pantai. Jika ada peluang kami masih bersama mengunjungi pasar malam di sekitar kampus sambil membeli jajan. Yang pasti dikau suka makan ayam percik.

Hari berlalu demi hari, timbullah bulan Ramadhan. Kekadang aku sempat menemani Airen berbuka puasa. Habis baazar ramadhan kami jelajahi. Dikau amat suka dengan ayam percik dan aku pulak main hentam keromo je. Sampaikan kenyang tidak terhingga. Maklumlah nafsu belaka tu. Kekadang sempat menemai beliau selepas Terwakih bersahur. Merata tempat kami jelajahi samada untuk berbuka puasa ataupun bersahur. Selain itu kita sama-sama shopping kat kedai stationery maklumlah aku bukannya boleh singgah kat kedai ni. Macam-macam aku borong. Teringat semasa dinnir dirumah Airen bersama family. Teringat melawat kebun bersama Airen, mak dan kakak Airen. Teringat semasa makan ice cream bersama anak buahmu. Teringat semasa belajar bersama ulangkaji pelajaranmu. Teringat segala-galanya. Rasa-rasa Airen pun teringat.

"Abang nak makan chesse kek tak?" Sapa Airen kepada sehari sebelum birthday ku.

"Boleh sahaja.." ujar ku

"Ren mampu hadiah kek Secret Resipies je abang.." kata beliau kepadaku.

Aku masih ingat sehari sebelum, semasa dan selepas hari lahirku, Airen sudi menemaniku untuk tempoh tersebut. Aku sangat terharu dengan kesetiaan dan keperihatinanmu. Sepanjang hayatku inilah seumur hidup aku diraikan sedemikian rupa bak seorang Raja. Tidak seseorang pun pernah meraikan birthday selama 3 hari berturut-turut, sebelum, semasa dan selepas kecuali airen seorang. Mana mungkin aku bisa melupakan Airen.

Sedikit demi sedikit perasaan sayangku semakin menebal dan aku tidak berdaya untuk menipu diriku lagi. Aku rasa dikau pun begitu juga. Terasa puas apabila menatap wajahmu. Terasa hilang segala masalah pabila berada disisi. Jika dikau tidak ceria mesti riak wajahmu berduka. Tetapi dikau tetap ceria. Kita sama saling sayang menyanyangi.

Pernah suatu ketika kita window shopping di baazar berhampiran dan sempat membeli sebahagian barangan. Tidak cukup dengan itu kami juga sempat bergambar sakan dan makan angin dibeberapa buah pantai tersohor di negeri ini. Namun itu semua tinggal kenangan. Aku pernah berkata kepadamu. "always thingking of you"

"thanks..abang!" Dikau membisikkan ke telingaku dengan halus dan manja.

Dengan tidak semena-mena aku mendapat berita bakal ditukarkan ke negeri berhampiran. Luluh hati ku bila mengenangkan aku terpaksa meninggalkanmu. Dikau juga amat sugul ketika mendengar berita itu. Tetapi jika tak silap dikau pernah tercakap.

"Sayang bimbang abg dah jauh, takut berubah..." antara dengar dan tak dengar.

"Abang pergi bukannya jauh..." balas aku.

Rupa-rupa disini sudah terniat atas kebimbangan dirimu bahawa dikau akan berubah. Aku cuba menenangkan dikau dan berjanji akan setia padamu. Tetapi aku juga tidak boleh lari dari hobi suka bergambar. Bimbang kalau-kalau dikau tidak dapat menerima cara aku. Rupa-rupanya kebimbangan ku itu berasas. Mungkin dikau rasa tidak selesa atau cemburu. Bodoh! ku tidak dapat menangkap maksud mu.

Akhirnya akupun telah ditukarkan. dalam tempoh dua bulan pula aku berkursus. Dikau pun belajar seperti biasa. Aku menjangkakan hubungan kita berterusan dan samakin mekar, namun tidak tahu dimana silapnya, semakin kurang.. semakin kurang kasih yang diberikan. Mungkin silapnya dariku juga. Tetapi setakat SMS dan berhubung tidak pernah terlepas. Sebelah malam dan juga jika ada kelapangan aku berhabis masa (telefon) untuk dikau.

"hello..sayang buat pe, sibuk ke?" aku bertanya.

"aha cibuk sikit..nanti telefon balik" dia membalas.

Akhirnya sesudah dua bulan aku meninggalkan Airen, aku kembali ke sana atas tugas-tugas khas yang masih tertunggak dan terpaksa dijelaskan. Namun seperti ada petanda aku tidak diperlukan sangat. Aku faham, dia sibuk. Tapi seperti ada yang tidak kena. Aku juga tau dia terlalu sibuk dengan assignment tahun akhir. Naluri dalam diri ini berkata Airen sudah berubah dan ianya diakui sendiri oleh beliau. Aku hadir kesana jauh-jauh semata-mata dia. Tugas yang dikatakan itu hanya sandiwara belaka. Kerana mu. Rasa-rasa bagai nak pulang terus. Tapi berfikir dua kali juga lagipun keadaan ekonomi sedikit mendesak ketika ini. Jika tidak, andaikutahu sebegini layanannya, erm... lebih baik aku angkat kaki. Walaupun hati sahaja yang tahu betapa hancur, luluh dan keciwa sehinggakan dengan tidak semena-mena air mataku mengalir. Terlalu mahal air mata seorang lelaki untuk dititiskan. Kehadiran ku selama 2 hari 2 malam tidak begitu diperlukan dan aku pulang dengan jiwa kacau dan tangisan didalam hati.

"Anak sungai boleh berubah, inikan pula hati manusia" teringat ungkapan itu dalam FB.

Puas ku cuba menelefon berkali-kali. Namun dari gaya dan tuturbahasa beliau, maka fahamlah bahawa dirimu tidak mahu diganggu. Biar macamana pun aku cuba kembali dan memperbaiki kesilapan dan sebagainya. Airen tidak mahu menerima diriku seperti dulu lagi. Sekadar diriku dianggap sebagai seorang 'Abang' sahaja.

Ketika itu mula otak ini berkecamuk. Dengan perasaan kasih sayang dan tidak mungkin menganggap dikau berubah, namun setan-setan yang ada di dalam kepala ini menjangkakan dikau sudah ada pilihan lain. Walau apapun sebab musabab yang dikau berikan aku masih tidak boleh terima kenapa begitu cepat berlalu sedangkan dikau pernah berjanji. Oleh kerana dikau terlalu baik dan terlalu aku sayang aku tidak tergamak menjauhi diriku dari mu. Walau bagaimana dikau perlakukan aku, tidak sampai hati untuk membencimu lagipun kebencian tiada pada.

"Usah dikenang sangat perkara lalu, jagalah family abang baik-baik" nasihat dari beliau.

Aku terpaku sehingga kini, tak boleh berkata apa-apa dan mampu untuk berkata-kata. Dalam hati aku berkata, kenapa tidak dari dahulu? Kenapa sekarang, Kenapa jadi begini?, Siapa yang yang menghasut?, kenapa berubah? Mana kata-kata dahulu? Mana saat indah bersama? Semudah ABC dikau membuang aku? Aku............ aku tak mampu mempersoalkan lagi kerana diri beliau sahaja yang layak untuk membuat keputusan. Perhubungan selama ini kosong, sia-sia dan hampa.

Apabila terdengar sahaja lagu dan aku terus memahami lirik-lirik lagu dengan penuh perhatian. Apa sahaja lagu sedih, berpisah, selamat tinggal, kesepian dan sebaginya akan membuatkan hatiku sayu. Dengan tiba-tiba aku menjadi seorang sentimental. Aku jadi begitu sensitif. Itulah penangan cintaku terhadap Airen. Aku cuba mengimbau kembali apa kesalahan diriku namun gagal muncul. Mungkin egoku tidak menampakkan apa-apa kesalahan diriku. Yang pasti selain jarak yang memisahkan pasti ada sebab lain. Mungkin kehadiran kekasih lamamu jadi penyebab. Mungkin ada orang ketiga yang menghasut. Mungkin kesedaran diri Airen sendiri. Mungkin halangan dari keluarga. Mungkin beliau nak fokus kepada final year (exam), Mungkin seribu kali mungkin hanya Airen yang tahu. Walaupun dia memohon untuk aku melupkan dia, aku akan cuba. Namun sebenarnya masih berharap dan sentiasa berharap dan berdoa agar Allah masih sudi menemukan aku dan Airen.

"Abanglah harapan terakhir..rahsia tetap rahsia, buanglah segala kenangan jauh-jauh.." pesanan terakhir dari Airen.


Arahan tak jelas..

Hari nak bercerita tentang arahan. Arahan yang baik adalah satu arahan yang jelas, rengkas dan tidak berbelit-belit. Sudah arahan begitu, kita ni dengan niat nak menolong tapi kita di'hunyai' dan di'hempuk' balik semula. tak patut, tak patut. Nak dilawan kang, jatuhlah air muka dia. Tak dilawan kang hati semakin sakit..panas...

Jikalau setakat arahan buat itu buat begini, mudah je you cari contoh-contoh lama buat! Chewah..nasiblah aku ni bukan mesin CNC ke apa ke. Semudah ABC. Kang aku ........ sabar sabar. Kalau tak sabar lama dah aku amukkan. Tetapi itu bukan cara aku, dahulu mungkinlah al-maklumlah zaman-zaman jahilliyah dahulu..

Dah cam tu..nak cepat pulak, dah tau nak cepat bantulah, bimbinglah jangan asyik melalak sana melalak sini. Dari jauh dah terlalak.. Latif oii dah siap ke belum.. ha ha rasa cam nak menyorok je he he. Inilah kisah hari ini.

Saturday, February 19, 2011

sungai pun boleh berubah inikan hati manusia

sambil-sambil sibuk melayan FB dan kebetulan sesekali ikut drama TV3 "garpu & Sudu". Rupanya-rupanya lama dah tak ikut drama semasa. Memang best, memang kelakar dan boleh membuatkan aku tersenyum tersipu seorang diri. Hanya aku sahaja yang tahu.

Ketika itu jua terima pesanan dalam FB dan lebih kurang berbunyi "sungai pun boleh berubah inikan hati manusia" walaupun tak lengkap namun aku mengerti maksudnya. Sudah jelas amaran tersebut untuk aku. Tambahan pula "usah dikenang perkara lalu, yang perlu dibuang, buanglah jauh-jauh, yang rahsia biarlah rahsia". Ternyatalah itulah perkataan paling berlapik yang pernah kuterima tetapi dengan kelukaan hati yang paling maksima. Apatah lagi sekiranya seseorang itu menggunakan kata-kata nista. Bayangkanlah. Terima kasih kepada beliau kerana menjelaskan segala untaian kalbu. Selama ini hanya diri ini yang perasan sorang-sorang. Aduhai malunya diri ini, manalah nak sorokkan kepala. ha ha ha ha. Andaikutahu aku bertepuk sebelah tangan tak kan injak bumi disana. Andaikutahu aku hanya sandaran tidak ingin membuat budi. Andaikutahu bisa tertusuk sembilu tak kan hulur kata pemula. Arch..biarkan lah, jangan biarkan ianya menggangu minda serta kehidupan ku. Beliau ada kehidupan beliau sendiri. Persetankan apa orang nak kata. Biarkan... Mungkin dia belum mengerti pada usia semuda itu.

Moral of the story.. walaupun cerita ini tergantung namun sekurang-kurangnya boleh dijadikan pedoman kepada rakan-rakanku. (kepada yang faham, jika tidak aku seorang sahajalah yang tau..)

1. Jangan sesekali menyerahkan 100% kepercayaan kepada seseorang.
2. Sebuah kasih sayang pun tidak akan kekal lama jika berjauhan.
3. Jangan terjebak dengan cinta langit dan bumi.
4. Rupa-rupanya harta, ringgit, kedaerahan, rupa paras (fizikal) masih tetap berfungsi untuk mempengaruhi cinta.
5. Kejujuran dan kesetian belum tentu pasti boleh mengukuhkan cinta.
6. Peranan Facebook kadangkala boleh menghancurkan sebuah cinta.

Thursday, February 17, 2011

Tiba-tiba

Tetiba je teringat. Adalah pulak kutu dok perangat. Ingatkan dah settle. Tapi masih bermain dalam kepala. Aku ni tak boleh sunyi. Sunyi je datanglah 'sawan' rindulah, apa lah... lepas tu siap kena syarah lagi. Apa-apa pun terima kasih atas nasihat tersebut. Kredit wat Raden Mastika. InsyaAllah pada hari yang baik ini aku akan cuba berubah daripada yang kurang kepada lebih. Daripada yang baik kepada yang lebih baik. Kenapa dia datang lagi. Ha ha tengok badan orang lain tapi muka dia terbayang. Hebat sungguh gambaran yang diberi. Misteri juga... awas jangan biarkan diri anda diselubungi gadis misteri (gadis tu tak misteri) fikiran aku yang berserabut.

Tiba-tiba sahaja terbayang macam dalam filem pulak. Timbulllah. ...Sekarang ni terbalik pulak sepatutnya dia ingat aku tetapi aku yang teringat kat dia...

cinta

CINTA

Tahukah anda..?
cinta boleh jadi kawan karib yang mana dalam perkataan greek dipanggil 'storge'...yang bermaksud cinta yang mempunyai ketenangan dan penuh dengan kasih sayang.. bagi yang 'storge' ni,, biasa nya lebih suka berkongsi minat dan keinginan yang sama dengan pasangan.. Kalian suka berkongsi harapan secara terbuka dan tidak berupaya untuk bercinta tanpa mengenali pasangan kalian dengan lebih mendalam. Kalian juga jarang memaparkan kemesraan tetapi lebih logikal dan tenteram. Sifat yang jarang merajuk atau merasa cemburu. TAPI kalau putus kasih atau bercerai sekali pon,, Kalian dengan pasangan kalian still boleh kawan karib~ Inikah diri Anda..

Tahukah anda..?
cinta boleh jadi 'agape' iaitu pengorbanan bermaksud altruistik. Kalian ini sangat mengambil berat mengenai pasangan kalian. biasanya kalian ni mesra dan berhati mulia. Cinta jenis ini juga tidak mengharap apa-apa balasan daripada orang yang kalian cinta tu. TAPI korang yang memiliki cara cinta Agape mudah dipermainkan oleh orang yang kalian cinta dan sekiranya kalian sedar penindasan berlaku, ia dianggap sebagai satu tindakan yang tidak disengajakan. sangat memaafkan.. Inikah diri anda???

Tahukah anda..?.
cinta boleh jadi 'Mania' iaitu Kepunyaan...Sangat hebat dan obses. Kebanyakan Kalian yang memiliki cinta jenis ini sentiasa memikirkan mengenai pasangan kalian, memerlukan kasih sayang, perhatian, kepastian dan ketulusan yang berterusan daripada pasangan kalian. Kalian juga suka mengawal dan mengongkong pasangan, cemburu buta, sentiasa perlukan kepastian cinta, mencurigai kejujuran serta keutuhan cinta, bimbang penolakan dan kehilangan cinta serta sentiasa peka terhadap sebarang tanda kekurangan cinta. Selain itu kalian selalu menagihkan janji daripada pasangan engkauorang yang menyebabkan kalian terumbang-ambing di antara keghairahan dan kekecewaan. Inikah diri Anda..

Tahukah anda..?
cinta boleh jadi Pragma iaitu Logikal sangat praktikal dan realistik. Cinta jenis ini dicirikan sebagai logik dan munasabah. Kalian lebih mengutamakan praktikaliti daripada hubungan cinta. Kalian lebih memerhatikan keuntungan peribadi dalam perhubungan. Ini dicapai dengan mengadakan senarai sifat yang diperlukan daripada objek cinta dan mengikut taraf serta kemampuan Kalian yang berkenaan..ini anda???

Tahukah anda..?
cinta boleh jadi Ludus iaitu 'Permainan' Cinta permainan yang sering dicirikan dengan kepentingan diri sendiri. Kalian yang ada cinta ni menganggap cinta sebagai satu permainan dan pertandingan yang harus dimenangi. Ia membabitkan cinta yang tiada komitmen, kurang kemesraan, berahsia, tiada rancangan jangka masa panjang dalam perhubungan dan suka kepada perhubungan yang mendadak serta tidak teratur. Selain itu, Kalian selalunya suka mempermainkan perasaan pasangan dengan mempunyai lebih dari seorang individu yang dicintai. Inikah diri Anda..

Anda dimana? STORGE, AGAPE, PRAGMA, MANIA atau LUDUS..

kredit to Amoi Gadis Sempoi

Wednesday, February 16, 2011

Bengong sekejap..

Sesekali kepala jadi bengong. Bengong kerana terlalu banyak sangat checklist dan terlalu banyak sangat kerja yang hendak didahulukan. Bengong tu bukanlah tonggong cuma sesekali jadi jadi bluer.. Bila banyak kerja sikit mulalah tak tau nak dimulakan. Padahal dah belajar macam-macam tentang bab pengurusan. Itulah kalau dah banyak sangat masuk..maybe kepala jadi krem atau jem.

Tuesday, February 15, 2011

serik..

Siang malam aku cuba melupakan wajah-wajah yang pernah bertapak dihati ini. Tetapi ianya tetap datang dan terus datang. Walaupun ianya pernah berlaku beberapa tahun nan lalu mahupun yang terbaru. Mungkin salah diri ini juga yang kerap kali jatuh cinta ke ape ke aku sendiri tak pasti.

Kekadang dunia ini tidak adil bagi diriku, ialah bila kita dah suka banyak pulak halangan. Bila kita dah terlalu sayang tiba-tiba hilang entah kemana. Kebanyakan ku lepaskan dengan baik. Ada juga yang kurang baik pabila campurtangan orang ke-3 atau ke-4.

Bermula dengan SNMU besarlah harapan agar dikau bahagia bersama suami tercinta. Binalah istana itu sekukuhnya walaupun tanpak sedikit keretakan. Cubalah pertahankan.

Untuk SWMR aku tahu ketika itu dikau terlalu mengharap, tetapi kehadiran kekasih lamamu membuatkan aku lari dan cuba lari. Kebetulan dikau telahpun memutuskan untuk face to face 6 mata bersama. Dikau yang membuat keputusan. Aku akur ketika itu. Andaikata dikau betul-betul masih mahukan diriku, tidak sebegini jauh aku melarikan diri. Namun kata-kata kesat mengatakan aku pernah membomohkan dikau amat pedih sekali. Apa-apa pun jua yang dikau katakan aku pernah tersiksa namun aku pernah memohon ampun dah maaf seandaikan banyak melukakan hatimu, tapi itu semua sia-sia belaka, seolah-olah dikau tidak pernah dan akan memaafkan aku. Selamat berbahagia bersama keluarga.

Ye buat sahabatku SMS, teman atau lebih dari itu kita tiada jodoh dan sudah ditakdirkan aku telahpun mempunyai anak dan isteri. Andaikata akau masih bujang tang tang tang mungkin akulah pilihan dirimu dan keluargamu. dari bersahabat dan lebih daripada itu. The past is past. Cuma tersenyum mengingatkan saat indah bersama. Tapi tetap hormat keputusan agar melupakannya. Maaf andaikata tersangat sembilu ketika mengenangkannya. Apa-apapun selamat berbahagia. Andai ada kelapangan akan ku selesaikan segala 'keberhutangan' dengan dirimu. Mengertilah..

ALICE yang berada di Langkawi, jaga diri baik-baik. Aku sentiasa ingat dengan pesanmu. Aku cuba menjadi seorang lelaki yang baik dan budiman. Maafkan aku kerana terus hilang secara perlahan-lahan.

Buat SR aku sendiri tak faham atau buat tak faham-faham. Aku cuba faham dikau mahu menyelesaikan dulu urusan pembelajaranmu. Aku tidak akan menggangu. Cuma sedikit terkilan disaat aku telah dan mula menyukai, merinduimu dikau mula menjauhi dan sebenarnya kebetulan jarak itu memang menjadi alasan. Kedua kali dalam hidup ini terasa dunia ini amat tidak tenteram sekali. Barangkali kedukaannya hampir terlalu lama. Kebarangkalian untuk aku pulih memakan masa yang lama. Inilah pengajaran buat diriku dan juga teman-teman jikalau nak berkasih, berkawan, bersayang jangan biarkan jarak menghantuinya. Tidak kira jarak umur jarak lokasi dan sebagainya. Jika tidak..jarak itu pasti menimbulkan masalah hati ke masalah nak jumpa ke dan sebagainya. Selamat berbahagia. Dik jaga diri dan keluarga baik-baik.

Yang lain-lain pun sama CA, WR, maafkan Remaja Purba ni. Suka berkawan dengan sesiapa sahaja. Kalau tak sudi apa boleh buat.. bagi yang sudi freinds forever

Kekadang serik sangat serik....


mimpi lagi

Aku sentiasa teringat dikau. Adakah dikau masih ingat daku? Setakat mana dikau ingat. Sejauh mana dikau perlukan aku. Adakah sekadar cuma diwaktu ceriamu. Bagaimana waktu duka ku.

masihkah dikau ingat dikala dikau kecemasan? ketika itu dikau cemas tidak tentu hala. Aku juga tersentak dikala itu. betapa bimbang dan gusarnya. Puas kutanyakan disana sini. pernah hidupku gempar seketika. Tidak ketentuan ketika mengenangkan nasib diri bersama. Akhirnya misteri itu hampir terbongkar. sesudah selesai masalah sengsara itu, dikau kembali ceria. Aku turut gembira. namun dikau semakin jauh ataupun cuba pergi jauh dari ku. Mengapa? Adakah aku tidak diperlukan lagi. Walaupun aku bukan seorang yang berharta, cuma sekadar bersederhana belaka. Mungkin itu membuatkan dikau alpa tentang diriku. Padahal aku sentiasa dekat dihati. Setiap saat, detik aku menyebut namamu. "Bila rindu kusebut namamu"

Masihkah kau ingat? pertama kali ku menyapa dirimu, lesung pipit dan riak wajahmu membuatkan aku tertarik padamu. Ya, aku cuba membayangkan wajahmu yang putih kegebuan. Sekali pandang seperti anak cina.

Masa berlalu dengan pantas, ku ingatkan dikau hilang begitu sahaja. Masihkah kau ingat, perlawaanku untuk kita lunch bersama dengan dua orang sahabatku. Ingatkan dikau tidak sudi, rupa-rupanya dikau sudi menemaniku. Gembira sangat-sangat hatiku

Masihkah dikau ingat kita mandi bersama di Hutan Lipur Sekayu. Dimana air yang dingin terasa hangatnya. Perjalanan yang jauh hanya dirasa cuma selangkah. Wajah dikau terpancar kegembiraan.

Masihkah kau ingat, panas terik kita redahi dan diselang dengan hujan lebat. Teruskan perjalanan ke pantai Marang bermain hujan ditepian pantai. lalu dikau membisikan sesuatu: boleh tak ikut abang sepanjang masa dan kemana-mana sahaja. Kita terus berhubung sehingga kini. Yang pasti aku kerap kali menghantar dikau pergi ke kelas apabila ada masa terluang. Maaf aku tidak melaksanakan impian bersama untuk membawa dikau bersiar di Kotaraya, scuba and snorkling di pulau-pulau dan sebagainya ekoran dari kesuntukan masa dan halangan tertentu.

Masihkah kau ingat dimana dikau pernah diajukan soalan ; pilih aku atau dia? Beliau menyatakan amaran jangan buat lagi. Aku terkedu dan bersedih dan hanya boleh berkata: jika tidak sudi tidak mengapalah. Ini sahaja yang mampu aku lakukan. Masihkah dikau ingat kita kerap ke tempat biasa itu. Lokasi itu sentiasa dalam ingatanku. Masihkah dikau ingat tatkala kita pergi ke dusun bersama family dikau. Sama-sama berkejaran, pabila buah durian gugur, memetik dokong, memetik rambutan, cempedak dan sebagainya.

Masihkah dikau ingat kita pergi melawat kekanda dikau dihospital malahan kita masih pergi bersama dengan adik beradik dikau. Masihkah dikau ingat kita pergi jauh ke Taman rekreasi yang jauh dari daerah kita. Masihkah dikau ingat dengan Kuala Abang? Pantai menarik ketika gerimis menyapa rambutmu.

Masihkah dikau ingat dengan cahaya yang menyinari malam dimana kita bergambar. Salah satu daripada gambar dirakam dan ku jadikan kenangan bersama. Masihkah dikau ingat kita berkaraoke bersama? Masihkah dikau ingat kita lalui detik-detik indah bersama. Berbicara tentang diri, keluarga dan tentang kita. Sama-sama menzahirkan kata-kata hikmat cinta. Pernah diungkapkan perkataan i love you, always thingking of you.

Masihkah dikau ingat dikau menangis kerana sakit yang dialami. namun disahkan dikau selamat. Masihkah dikau ingat aku sentiasa mengingati mu agar sentiasa menjaga kesihatan diri. Semoga cepat sembuh Aku masih mencari siapakah dikau yang aku maksudkan.

Bagaimana mungkin kau melupakan dirimu. Tapi dikau sudah tak sudi..apakan daya..aku akn cuba..

Owh..jam sudah hampir pukul 4.00 pagi..rupanya aku masih bermimpi.



Saturday, February 12, 2011

meredah sungai dan laut luas

selesai sahaja isyak..aku terus bersama rakan-rakan menuruni batang nibung ke laut. Malam kelihatan meriah kerana disepanjang sungai Kuantan baik di benteng Megaview hingga ke Tg Api penuh dengan joran yang bersilang-silang. Depa tu memancinglah..Kami biasalah dengan tugas. Terus meredah ombak..tetapi angin sedikit membara, munkin marahkan kami kot..tidak, hanya kebetulan sahaja. Kami berpatah langkah dan terus mengambil keputusan menghala ke arah sungai..mudik ke hulu. Sesetika berhenti di jeti tanpa nama dan tanpa sesiapapun, menantikan apa-apa juga yang mencurigakan.

Berjam-jam meneruskan perjalanan.. muncul beberapa buah bot dan kapal nelayan. Kami menghampiri dan memperkenalkan diri sebagai RC.. malangnya mereka tidak berupaya berkomunikasi dalam bahasa Malaysia @ Inggeris. Apalagi just sekadar bahasa isyarat sahajalah. Nak minta passport, no lesen dan nama puh susah. Tetapi bila tanya sudah makan dan minum pandai pulak menjawab. Lepas ni kena belajar bahasa Vietnam lah pulak. Habis.. mereka lebih ramai dari nelayan tempatan. Kalau bangsa Siam bolehlah aku sikit2 berkomunikasi.

Kami meneruskan tugas dengan meronda kembali ke arah laut terbuka. Gelap berombak dan berangin. Sempat juga berbuat seablock dan mengenal pasti beberapa buah bot untuk ditahan dan diperiksa. Kerjasama dari mereka amat dihargai dan faham akan tugas kami..

Dari jauh nampak cahaya terang benderang bandar Kuantan. Sejuk dingin semua ada. Tapi apakah ertinya Kuantan Bandar Lestari. Lestari bermaksud bandar kekal. Aku pun masih tidak mengerti apakah yang digambarkan pada slogan tersebut. Yang pasti panorama malam di Sg Kuantan atau di laut China Selatan amatlah indah ketika menghadap daratan.

Sunday, February 6, 2011

Explorasi XPDC Hutan Belum

Tanggal 30 Jan 2011 jam 7.45 pagi telahpun mengolekkan tayar kereta BGW4262 untuk mengambil Jadarahtul Husna di Balok. Jam 8.00 pagi terus ke Highway PLUS menuju ke arah utara. Lagipun telah berjanji dengan rakan-rakan dari Johor Baharu untuk berjumpa di R&R Rawang. Sempat sarapan di R&R Temerloh. Perjalanan agak tersekat memandang terpaksa eskort kereta Kerabat Diraja Pahang hanya berkelajuan 100-110km sahaja. Lagipun cuaca hujan sepanjang jalan. Yang pasti dalam kereta kami sering perpandangan dan berperang. Bunyi tembakan kong! kong! ha ha bunyi batuk dan dehem lah.

Jam 12.00 tengahari sampai ke destinasi persingahan utama malangnya kawan-kawan dari Selatan belum kelihatan. Menunggu hampir 2 jam. Mereka menghubungi baru bergerak dari Tol Air Keroh. Nampak gayanya aku terpaksa bergerak perlahan-lahan ke R&R Sg Perak. Sepanjang perjalanan aku tidak ingat berapa kali berhenti dan tertidur. Hampir habis ke semua buah-buahan telah dicuba dan dirasa sementara menunggu ketibaan rakan-rakan. Amir, Jimi, Ida, Shima, Din dan Kajol turut konvoi menuju ke arah utara menuju ke Bagam Alam Penang (Butterworth) untuk bermalam disana (rumah PEWAKAS). Jam lebih kurang 8.00 malam kami tiba. Malangnya rakan-rakan dari Muar (Kamal, Imran, Zizi dan Akma dikhabarkan baru bergerak dari Melaka jam 6.00 petang tadi dan Cif Omar berserta isteri dan anak dijangka akan tiba dalam tempoh sejam lagi. Kedatangan kami telah disambut oleh Lan dan isteri serta Azmi dan Meor. Kami sempat pergi ke Prawn Village untuk makan makan bersama-sama. Ikan Kerapu Besar kukus pedas masam manis, lala masak sambal, ketam goreng berkari, sayur cendawan pekat, udang goreng madu telur dalam buluh, air kelapa, fresh orange, chinese tea dll. Erm..memang sedap menyelerakan sehinggakan yang sakit dan demam hilang sakitnya seketika. Sesudah makan pulang ke Rumah PEWAKAS untuk agihan ration sedikit seorang. Masing telah menunjukkan kepakaran dan kehebatan masing-masing dengan memperagakan barangan yang terpilih seperti pisau ramboo, lampu suluh, bag sandang, pisau lipat, ponco, hammock dan sebagainya. Dalam diam tak diam jam ditangan sudah menunjukkan jam 2.30 pagi tetapi kami masih belum tidur. Masing-masing leka mengemas dan packing barangan masing-masing.

Hampir jam 3.00 pagi aku diheret oleh Husna ke klinik berhampiran untuk mencari ubat demam, batuk dan tak boleh melepas (angin). Pusing punya pusing akhirnya berjumpa. Terbang RM80 untuk ubat-ubatan yang diterima.

Jam 6.30 pada 31 hb Jan 2011, semua telah bersedia untuk bergerak ke Highway Gerik-Jeli. Hampir 2 jam perjalanan kami berhenti rehat untuk sarapan. Teruskan perjalanan dengan likuan jalan yang berbelok-belok dan turun naik bukit. Kami tiba di Pengkalan Marin Tasik Banding dan terus menuju ke tepian tasik kerana 3 buah bot telah tersedia menunggu kami. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Tetapi sebelum itu kami mengalamai masalah teknikal dimana salah seorang dari kami, Husna tiada permit/kebenaran mengikuti rombongan sehingga kami berpatah kembali ke pengkalan untuk pengisian dan kebenaran rombongan. Akhirnya kami telah sempat ke Kg Sg Tiang untuk mengambil pemandu pelancongan Asli dari Suku Jahai iaitu Bola dan Helmi seterusnya mudik ke Sg Tiang sehinggalah bot tidak boleh mudik lagi. Yang pasti bot kami juga sempat berlumba sesama kami. Keadaan sungai baru sahaja selepas air naik dan kelihatan agajk keruh. Sebaik sahaja kami melangkah ke darat dari bot, kebanyakan rakan-rakan wanita terjerit-jerit kerana Sang Pacat telah melompat dan menghisap darah mereka. Puluhan pacat baik yang kecil, halus, sedang, hitam, coklat mahupun yang hijau. Ada yang sempat menyembur Baigon hijau, air tembakau dan sebagainya. Perjalanan diteruskan dengan meredah semak samun dan belukar. Kebanyakannya kami meredah lautan paku pakis selama lebih kurang 2 jam lagi dengan ration dan bag yang digalas. Cuaca kelihatan mendung. Perjalanan kami terpaksa mengharungi duri semalu, selut, anak sungai, jambatan batang katu, sisi tebing sungai, celah-celah buluh dan sebagainya.

Akhirnya kami terpaksa memberhentikan perjalanan dan membuat keputusan untuk berkhemah disuatu tempat tepian anak sungai memandang untuk pergi lebih jauh agar sukar kerana arus deras dan air sedang naik.. Tambahan salah seorang dari kami Shima sudah terlalu penat dan pancit. Lagipun jika kami teruskan lagi maka punca anak sungai yang berhampiran telah tiada walaupun sungai bersebelahan.

Semua mengambil tapak untuk berkhemah. Masing-masing sibuk untuk memasang khemah, memasang dapur, membuat ampaian, menyediakan makanan, mencari ikan dan sebagainya. Hari pun malam. Aktiviti diteruskan secara bebas, ada yang mandi, memancing, memasak, bercerita, berihat, mencuci-cuci seluar baju, menyalai baju dan sebaginya. Tepat jam 7.45 kami melepaskan 7 das mercun untuk menakutkan binatang buas yang berhampiran.

Keesokan harinya pada 1hb Feb 2011 kami berpecah kepada dua kumpulan. 1 group membuat persiapan masakan dan persekitaran. 1 group lagi pergi memancing, mencari pucuk paku, mandi, bergambar sakan. Aku? apalagi mandi, menyelam, berendam, terjun dan bergambar sakan. Mujurlah Kamal dan Jimi bawa kamera dapatlah aku menumpang tui. Apa yang menariknya, sekejap hujan panas sekejap berhenti.. Tapi bagi yang degil macam aku ni tetap terus mandi dan santai. Airnya sangat sejuk. Deras. Tengahari kami pulang ke pengkalan untuk makan tengahari. Sebelah petang aku mengikuti guide untuk melihat sendiri cara mereka menggunakan jerat bagi menangkap pelandok, rusa dan nipuh. Terasa semakin penat kerana aktiviti seharian tanpa henti. lama-kelamaan mataku terpejam, kabur, terlena didalam hammock...

2hb Feb 2011 kami meneruskan aktiviti dengan mencari dan menebang umbut bayas untuk dijadikan makanan. Erm.. lemak manis. Dengan tidak semena-mena seorang sahabat telah dihempap buluh reput betul-betul atas kepala beliau. Beliau mengadu sakit dan tiba terus menangis dan kemurungan. Tapi alhamdulillah tidak serius sangat. Sesudah itu kami juga sempat belajar mengenali pokok tongkat ali dan kacip fatimah. Manakala guide kami sangat rengan tulang dan bermurah hati menyiapkan beberapa cawan buluh dan senduk buatan buluh untuk dijadikan souviener. Aktiviti rutin diteruskan bebas tanpa ada tentetif program janji dengan syarat tidak boleh jauh dari lokasi khemah. Yang pasti disebelah malam kami dihidangkan dengan nasi dalam buluh (bukan lemang) yang dibungkus dengan daun.... maaf terlupa lah pulak namanya. Pearch.. sedap teringat seperti hari raya la pulak..

3hb Feb 2011 bersiap untuk pulang. namun terpaksa menggunakan jalan jauh dan berbukit kerana terdapat halangan gajah liar dihadapan. Kakiku telah melecet dan aku mengambil keputusan untuk berkaki ayam bagi mengelakan kecederaan lebih serius. Sepanjang perjalanan kami terjumpa kencing seladang, tahi gajah, tapak rusa dan sebagainya, hanya terlewat beberapa minit sahaja. Jika tidak mungkin sakan bergambar dengan hidupan liar disini. Akhirnya pencarian bunga pakma @ bunga reflesia berjaya. Nasib kami agak beruntung kerana berjaya menjumpai sekuntum reflesia yang besar dan segar. Ada juga yang mati berwarna hitam purple , black death reflasia. Ada juga yang masih berkudup..

Jam lebih kurang pukul 3 petang kami sampai ke Jeti Tasik Manding/Pengkalan Marin dalam keadaan kelaparan. Sempat pekena berger, kueh teow dan sebagainya. Masing-masing terasa seperti tidak mahu berpisah. Adat manusia bertemu dan berpisah. Cik Omar dan keluarga terpaksa pulang. Azmi kena balik untuk bekerja (night shift) manakala Lan, adiknya dan Meow juga mahu pulang. Yang lain-lain ada misi yang belum selesai iaitu bermalam dirumah mak Kajol. Jika ada rezeki sempat layan air panas dan menjelajahi Betong...