Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Friday, August 5, 2011

Meluat orang yang emo

Kekadang menyampah dengan rakan seangkatan, asal kita bercakap je nak emo, macam dia bagus sangat. Tapi yelah ada jugak yang berbunyi dialah org yang paling lawa dalam organisasi. Uwek..memang lah lawa kalau make up seinci dua. Tak kesahlah kalau pandai melawa dan buat jadi lawa. Cuma perangai tu yang buat tak lawa, asal kita ada teguran dan cadangan terus nak emo. Nak mintak suruh tukar tempat lak pulak. Sementara orang suka tak pelah. Tak tau diri diperkudakan sampai sudah. Kekadang kesian juga..tak tau ke merungut sampai bila-bila tak akan selesai masalah. Staylah kat situ sampai sudah. Ada anak buah pun erm macam-macam hal. Tak pe kan, dikau orang kuat dan orang dipercayai, takkan tak boleh handle anak buah kot. Tak cukup anggota kita tambah. Kerja masih dan tetap sibuk. Tetapi itulah ego & karektor dan berubah nampak, dah semakin emo, semakin sombong, bila nak top ni lain macam eik. Amalkan lah, tak lama lah tu. Wallahualam.

Thursday, August 4, 2011

Percaya pada diri sendiri

Perkara yang paling sukar di dunia ini ialah membuat orang percaya kepada kekuatan sendiri dan menggunakan kemampuan tersembunyi yang ada di dalam dirinya. Apabila kita mempunyai anggapan yang lebih besar tentang diri sendiri, maka kita boleh mencapai lebih banyak daripada yang kita milikki sekarang, dan hal ini juga berlaku bagi orang-orang yang dinilai berjaya sekalipun.

Titik tolak dari semua aspek prestasi adalah dengan mengenali diri sendiri. Kita harus melihat jauh ke dalam diri supaya dapat benar-benar mengenal diri sendiri. Kita harus melihat kejayaan yang ada di dalam diri kita dengan segala kemungkinannya yang belum tergali dan belum berkembang. Untuk mengenal diri sendiri, kita harus menyedari bahawa tidak ada kekurangan diri manusia yang diciptakan Allah. Satu-satunya kekurangan yang ada ialah yang kita letakkan pada diri kita sendiri.

Kenapa kita kata begitu? Kerana terdapat begitu sedikit orang yang mencapai kejayaan yang lebih besar di dalam hidup adalah kenyataan bahawa kita tidak mempelajari fakta bahawa sejak dilahirkan. Kita telah diberi kelengkapan untuk mendapatkan kejayaan. Iaitu pencapaian kejayaan adalah hak asasi kita sebagai insan.

Allah mencipta diri kita untuk kita berjaya dan bukannya gagal tetapi untuk menjadi kuat dan bukannya lemah.

Apabila kita menemui diri kita sendiri, maka kita akan dapat meningkatkan pembelajaran serta menguatkan diri untuk lebih berjaya, lebih kuat dan lebih kuat lagi.

DEAN SWITF ada menyatakan bahawa " Manusia telah dituduh kerana tidak mengetahui kelemahan mereka sendiri, namun barangkali juga hanya sedikit orang yang tahu kekuatanya sendiri. Pada diri manusia seperti juga tanah, kadang-kadang terdapat bijih emas yang sama sekali tidak diketahui pemiliknya"

Wednesday, August 3, 2011

Selsema oh selsema

Aduhai selsema kenapalah kau datang dalam bulan puasa ni. Tak selesa sangat rasanya. Pilihlah hari lain. Yelah mungkin banyak faktor yang boleh kena. Pejabat baru lepas dibaiki, aritu berdebu habis, maklumlah debu dalam aircond. Tambahan pula sana sini asyik terbersin je. Yang kuat anti bodi pun boleh kalah.

Rasa-rasa dah minum air banyak. Kalau waktu berbuka tu sampai macam nak kembung asyik dok minum air kosong suam, sampai berpeluh-peluh. Jika waktu bersahur begitu juga minum sebanyaknya air suam. Tetapi itulah bila selsema menyerang tak boleh buat apa dah kena ambil ubat juga. Jika tidak melaratlah menjadi demam dan batuk. Itupun kalau tak ambil antibiotik ermm silap-silap 2 minggu.

Malam tadi siap berselimut sampai berpeluh-peluh dengan harapan sembuhlah ia. Tapi itu belum menjamin. 'Kebah' tidak juga, rasa cam 'mamai' dan tak bermaya. Bukan apa sukar nak bernafas cam tersekat-sekat..

Selsema owh selsema bila kau nak pergi. Rasa macam tak larat sangat. Uwaaa

Murtabak Oh Murtabak

Salam Ramadhan kepada Muslimin dan Muslimah. Lama saya tidak ke udara. Sempena Ramadhan yang mulia ini saya ingin berkongsi pengalaman menentang hawa nafsu. Bukan apa pabila menjelang jam 3.3o petang, maka kebanyakan kakitangan kerajaan dah merancang apa yag nak dibeli di bazzar ramadhan mahupun apa yang nak dimasak. Tetapi itu semua hanya nafsu belaka. Berhati-hatilah jangan membazir ye.

Saya terpanggil untuk membeli Murtabak yang dikatakan amat masyhur di sekitar Kuantan, antaranya Murtabak Anwar, Murtabak Mekasar, Murtabak Pekan dan sebagainya. Jikalau dibagi pilihan saya akan menukar Murtabak yang berbeza, namun nya tetap Murtabak. Bukan apa saja nak bercerita tentang harga dan rasa. Ada Murtabak dijual dengan harga RM3, RM2.50 dan RM7. Bagi saya dari segi sedap tu ada sedikit perbezaan namun apabila telah sejuk sementara menunggu waktu berbuka..Ermm rasanya sama saja. Lastly dalam perut juga. Betul tak?

So moral of the story belilah yang harga berpatutan sahaja dalam RM2.50 @ RM3. Kepada yang ada duit lebih bolehlah beli Murtabak RM7. Namun sekali lagi diingatkan rasa sama sahaja, tambahan pula di Kuantan ni dah tak ada kuah kari semua diberi kuah jeruk bawang (merah). Kalau tak silap sesetengah tu ada ditambah cuka. Bukankan itu kurang baik untuk berbuka puasa. Wallahualam.

Sunday, July 31, 2011

perjalanan lebih 1000km

Terasa perjalanan lebih dari 1000km dari Pulau Mutiara ke Inderaloka terlalu amat lama dirasakan. Kematu rasanya punggung hamba. Apa tidaknya dari jam 3.30 petang baru jam 1.30 pagi baru sampai menjejakkan kaki ke halaman rumah di Kuantan.

Agak lewat untuk membuka mata, maklumlah penangan Captain Amerika di JJ Bandar Perda tengah malam tadi. Celik-celik mata terus ke Pekan ......walk (lupa pulak namanya) berhampiran Feri. Tak ada yang hendak dibeli. Kelihatan biasa sahaja sama seperti Jalan Pasar atau Jalan Pudu. Tetapi sempat pekena air buah naga dan kurma blended. Erm...boleh tahan sedapnya. Perut terus berbunyi kelaparan. Apa lagi pekena nasi kampung. Masing-masing terkam pari bakar, pari kari, kembong bakar, tauhu goreng dan macam-macam lagi. Murah alhamdulillah 7 orang makan baru cuma lingkungan RM40 sahaja. Selesai, pulang ke rumah adik Wan memulihkan tenaga, rehat secukupnya sambil memejamkan mata seketika.

Tiada yang indah ingin diperkatakan cuma semasa pemanduan banyak halangan untuk memboleh hamba sampai dengan lebih cepat. aliran kereta agak sesak sejak dari mula bulatan Permatang Pauh sehinggalah ke Permatang Badak Kuantan. Berhenti di beberapa R&R Gn. Semanggol (pekena lemang, ketupat palas dan rendang), Tapah (makan segala jenis buah-buahan), Genting Sempah (melepaskan hajat dan minum kopi ais sahaja) dan Temerloh (tidur seketika dan mandi ala kadar) untuk membasahkan tekak,menghilangkan letih, merehatkan diri dan 'memandikan' diri.
Dalam pemanduan juga entah berapa banyak msg yang masuk. Maaflah kepada kenkawan yang menghantar kerana hamba tak dapat membalas on the spot. Terima kasih atas ucapan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq.

Entah macam mana boleh tersesat sampai ke Tg Malim untuk shortcut ke Genting Highlands. Apa-apa pun semuanya selamat. Tetapi dada masih berdebar dan dah masih berderau kerana terkenangkan peristiwa di persimpangan Permatang Badak. Ketika hendak bertukar lorong dari kiri ke kanan dihalang oleh Kelisa Biru sehinggalah ke traffic light. Dalam keadaan sedia untuk bergerak tetiba 1 kelisa dan 1 waja brek mengejut dan apalagi hamba menekan brek sekuat hati bagi mengelakkan hamba melanggar kereta dihadapan. Yang terasa bengang tu, depa boleh bersilang lorong ketika sebelum kejadian. Nasib baik sempat tarik handbreak. Sikiiiiiiiiiit lagi nak kena. Terhoyong hayang Kelisa ku dengan bunyi break panjang eikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! Syukur alhamdulillah semua selamat. Masih teringat.

Sunday, July 10, 2011

Jejak Nor Faezah

Mengimbau zaman persekolahan di Tingkatan 6 (lower six) 1988. Ketika itu usiaku menjangkau 18 tahun. Rupa-rupanya dah cukup dewasa tatkala itu, namun bagi aku sebagai budak kampung masih ditahap hingusan. Tidak pandai menilai yang mana terbaik dan yang mana baik. Tidak guna untukku menyesali tindak tanduk ketika itu. Aku ketika itu berada di dalam kelas L6A3 yang mana aku tidak dapat menumpukan perhatianku kepada kelas ekonomi kerana tidak suka kepada guru yang mengajar pelajaran tersebut. Aku terlupa akan nama guru tersebut, tetapi suami beliau masih ku ingat, kebetulan beliau adalah guru disiplin; Cikgu Liew, sekarang dengar khabar beliau telah menjadi pegawai tinggi di pejabat pendidikan Bentong.

Akibat dari tidak minat mempelajari mata pelajaran ekonomi, aku mengambil keputusan study di library apabila tiba masa pelajaran ekonomi. Disinilah bermulanya satu pertemuan dengan pelajar tingkatan 5, kelas aliran apa tidak pasti. Hari demi hari berlalu, dari pandang-pandang, jeling menjeling ke satu pertemuan yang tak disangka. Ketika itu aku dikenali sebagai brother 'Lobos' @ 'abang Cu'. Boleh tahan juga glamour nya. Seseorang telah menghampiriku. Aku gugup, berdebar kerana sebelum ini tidak pernah berhadapan dengan situasi ini. Beliau adalah anak kepada Pegawai Pos (Stesen Raub). Malunya tidak terkira kerana aku sangat pemalu dengan perempuan ketika itu.

Salam perkenalan dari Nor Faezah pelajar dari tingkatan 5. Aku bersahaja menyudikan diri atas kejadian tersebut. Bermulalah kisah cinta yang tidak kesampaian. Beliau telah menyatakan isi hati bahawa beliau adalah peminatku. Secret Admire! Aku berasa amat bersalah untuk menerimanya memandangkan aku mempunyai teman (cinta monyet) dengan bekas pelajar sekolah SMTK, Suhana Abdul Rahman. Tetapi aku tidak mengetahui bahawa Suhana tidak sepenuh hati menyintai aku. Tetapi dalam masa yang sama aku melayan Faezah dengan baik. Hari-hari berlalu perasan sayang semakin tebal terhadap Nor. Tetapi cinta zaman dulu-dulu sekadar bersembang, pandang-pandang ibarat lagu boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang. Bebudak zaman sekarang lain.

Terusan kami berhubung terutama apabila tiba mata pelajaran ekonomi. Library menjadi saksi pertemuan kami sehingga pengawas library telah masak dan faham, meja dan kerusi bahagian belakang sekali adalah milik kami. Kenangan manis berterusan, tiada kenangan pahit. Masing-masing meneruskan pelajaran sehinggalah Faezah selesai SPM. Aku? macam biasalah lower six adalah tahun honey moon.

Tetapi keindahan percintaan suci zaman persekolah sedikit tercemar. Aku mendapat tahu salah seorang pelajar di tingkatan 5, Adzrul telah meminati Nor. Sedikit perasaan keciwa ada disanubari. Tetapi aku mengaku, aku silap kerana tidak bertanyakan sendiri kepada Nor, samada dia ada perasaan hati terhadap Adzrul. Bila ku kenang kembali terselit kekesalan yang teramat sangat. Hanya kerana peristiwa itu aku kehilangan muitiara yang amat bernilai. Benar kata pepatah; sayangilah orang yang menyanyagni dirimu. Aku tahu Nor sangat menyayangi diriku. Apakah daya tersilap dayung boleh undur tetapi tersilap langkah kecundang, tersilap perbuatan boleh memohon maaf tetapi tersilap kata merana badan. sehingga kini aku masih terkenangkan kenangan itu.

Aku menyambung persekolahn disekolah yang sama pada tahun hadapannya. Pabila Nor habis SPM beliau tiada lagi di Raub. Puas aku mencari dan menghubungi tetapi gagal. Perhubungan kami putus ditengah jalan. Yelah, zaman dulu mana ada handphone, aku pulak tak mampu nak telefon-telefon ni. Maklumlah budak kampung yang tinggal di Asrama dengan biayaan serba kekurangan. Dengar khabar beliau telah berjawatan tinggi sebagai penjawat awam di Batu Pahat. Maafkan abang Nor. Kita tidak boleh menjangkakan masa hadapan ketika itu, maafkan abang Nor.

Setelah 23 tahun berlalu akhirnya aku bertemu dengan Nor Faezah dalam alam maya @ alam siber. Hidup ini perlu diteruskan. Cinta sekolah ke cinta monyet ke kita tetap perlukan cinta.

Sekian.

cepatnya masa..

Lama ku tinggalkan karya dialam siber ini. Maafkan aku wahai blogku. Tiada apa yang ingin dibicarakan kecuali cerita-cerita biasa sahaja. Bulan ini terasa amat cepat masa berlalu. Segalanya sangat menyempitkan dari serba serba. Aku sentiasa out station yang tak lekat dipejabat. Ermm..poketpun hampir-hampir kekeringan. Apa boleh buat demi tanggungjawab terhadap kerjaya. Beginilah yang dinamakan tanggungjawab. Diarahkan kemana sahaja aku akan pergi. Berkursus di Kelantan ke, HQ ke, Melaka ke semua akan ku hadirkan diri tanpa banyak persoalaan. Cepat benar masa berlalu..

Yang terbaru aku mencukupkan korum ke pertandingan Badminton (Pesta Mini Kastam) di Johor Baharu dari 7-10 Julai 2011. Walaupun kalah namun semangat untuk menyertai dan melawan itu sangat penting. Tetap berbangga kerana hadir bagi mewakili JKDM Pahang. Terima kasih kepada rakan-rakan baik kenalan lama dan kenangan semasa. Sekadar menyebut beberapa nama; terima kasih kepada Mahizam, Isa,Kamal Dragstar, shima syam, mafa, imran, amran, wan zaidi, sara, nik, razak, zaini, latif deris, rosli mka, razali mka, jimi johor, min huda hamdan, nadzri kel, zali speaker, halim hansem, wati adik latif, yeop, bk ns, raja haris,hashim tan, alias sgor, azani, samad asam jawa, alice langkawi, Goh ju lian, gang selangor (aku dah macam artis lak; depa kata) dll. Maaf andaikata nama tak tersenarai.