Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Sunday, July 10, 2011

Jejak Nor Faezah

Mengimbau zaman persekolahan di Tingkatan 6 (lower six) 1988. Ketika itu usiaku menjangkau 18 tahun. Rupa-rupanya dah cukup dewasa tatkala itu, namun bagi aku sebagai budak kampung masih ditahap hingusan. Tidak pandai menilai yang mana terbaik dan yang mana baik. Tidak guna untukku menyesali tindak tanduk ketika itu. Aku ketika itu berada di dalam kelas L6A3 yang mana aku tidak dapat menumpukan perhatianku kepada kelas ekonomi kerana tidak suka kepada guru yang mengajar pelajaran tersebut. Aku terlupa akan nama guru tersebut, tetapi suami beliau masih ku ingat, kebetulan beliau adalah guru disiplin; Cikgu Liew, sekarang dengar khabar beliau telah menjadi pegawai tinggi di pejabat pendidikan Bentong.

Akibat dari tidak minat mempelajari mata pelajaran ekonomi, aku mengambil keputusan study di library apabila tiba masa pelajaran ekonomi. Disinilah bermulanya satu pertemuan dengan pelajar tingkatan 5, kelas aliran apa tidak pasti. Hari demi hari berlalu, dari pandang-pandang, jeling menjeling ke satu pertemuan yang tak disangka. Ketika itu aku dikenali sebagai brother 'Lobos' @ 'abang Cu'. Boleh tahan juga glamour nya. Seseorang telah menghampiriku. Aku gugup, berdebar kerana sebelum ini tidak pernah berhadapan dengan situasi ini. Beliau adalah anak kepada Pegawai Pos (Stesen Raub). Malunya tidak terkira kerana aku sangat pemalu dengan perempuan ketika itu.

Salam perkenalan dari Nor Faezah pelajar dari tingkatan 5. Aku bersahaja menyudikan diri atas kejadian tersebut. Bermulalah kisah cinta yang tidak kesampaian. Beliau telah menyatakan isi hati bahawa beliau adalah peminatku. Secret Admire! Aku berasa amat bersalah untuk menerimanya memandangkan aku mempunyai teman (cinta monyet) dengan bekas pelajar sekolah SMTK, Suhana Abdul Rahman. Tetapi aku tidak mengetahui bahawa Suhana tidak sepenuh hati menyintai aku. Tetapi dalam masa yang sama aku melayan Faezah dengan baik. Hari-hari berlalu perasan sayang semakin tebal terhadap Nor. Tetapi cinta zaman dulu-dulu sekadar bersembang, pandang-pandang ibarat lagu boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang. Bebudak zaman sekarang lain.

Terusan kami berhubung terutama apabila tiba mata pelajaran ekonomi. Library menjadi saksi pertemuan kami sehingga pengawas library telah masak dan faham, meja dan kerusi bahagian belakang sekali adalah milik kami. Kenangan manis berterusan, tiada kenangan pahit. Masing-masing meneruskan pelajaran sehinggalah Faezah selesai SPM. Aku? macam biasalah lower six adalah tahun honey moon.

Tetapi keindahan percintaan suci zaman persekolah sedikit tercemar. Aku mendapat tahu salah seorang pelajar di tingkatan 5, Adzrul telah meminati Nor. Sedikit perasaan keciwa ada disanubari. Tetapi aku mengaku, aku silap kerana tidak bertanyakan sendiri kepada Nor, samada dia ada perasaan hati terhadap Adzrul. Bila ku kenang kembali terselit kekesalan yang teramat sangat. Hanya kerana peristiwa itu aku kehilangan muitiara yang amat bernilai. Benar kata pepatah; sayangilah orang yang menyanyagni dirimu. Aku tahu Nor sangat menyayangi diriku. Apakah daya tersilap dayung boleh undur tetapi tersilap langkah kecundang, tersilap perbuatan boleh memohon maaf tetapi tersilap kata merana badan. sehingga kini aku masih terkenangkan kenangan itu.

Aku menyambung persekolahn disekolah yang sama pada tahun hadapannya. Pabila Nor habis SPM beliau tiada lagi di Raub. Puas aku mencari dan menghubungi tetapi gagal. Perhubungan kami putus ditengah jalan. Yelah, zaman dulu mana ada handphone, aku pulak tak mampu nak telefon-telefon ni. Maklumlah budak kampung yang tinggal di Asrama dengan biayaan serba kekurangan. Dengar khabar beliau telah berjawatan tinggi sebagai penjawat awam di Batu Pahat. Maafkan abang Nor. Kita tidak boleh menjangkakan masa hadapan ketika itu, maafkan abang Nor.

Setelah 23 tahun berlalu akhirnya aku bertemu dengan Nor Faezah dalam alam maya @ alam siber. Hidup ini perlu diteruskan. Cinta sekolah ke cinta monyet ke kita tetap perlukan cinta.

Sekian.

No comments:

Post a Comment