Terasa perjalanan lebih dari 1000km dari Pulau Mutiara ke Inderaloka terlalu amat lama dirasakan. Kematu rasanya punggung hamba. Apa tidaknya dari jam 3.30 petang baru jam 1.30 pagi baru sampai menjejakkan kaki ke halaman rumah di Kuantan.
Agak lewat untuk membuka mata, maklumlah penangan Captain Amerika di JJ Bandar Perda tengah malam tadi. Celik-celik mata terus ke Pekan ......walk (lupa pulak namanya) berhampiran Feri. Tak ada yang hendak dibeli. Kelihatan biasa sahaja sama seperti Jalan Pasar atau Jalan Pudu. Tetapi sempat pekena air buah naga dan kurma blended. Erm...boleh tahan sedapnya. Perut terus berbunyi kelaparan. Apa lagi pekena nasi kampung. Masing-masing terkam pari bakar, pari kari, kembong bakar, tauhu goreng dan macam-macam lagi. Murah alhamdulillah 7 orang makan baru cuma lingkungan RM40 sahaja. Selesai, pulang ke rumah adik Wan memulihkan tenaga, rehat secukupnya sambil memejamkan mata seketika.
Tiada yang indah ingin diperkatakan cuma semasa pemanduan banyak halangan untuk memboleh hamba sampai dengan lebih cepat. aliran kereta agak sesak sejak dari mula bulatan Permatang Pauh sehinggalah ke Permatang Badak Kuantan. Berhenti di beberapa R&R Gn. Semanggol (pekena lemang, ketupat palas dan rendang), Tapah (makan segala jenis buah-buahan), Genting Sempah (melepaskan hajat dan minum kopi ais sahaja) dan Temerloh (tidur seketika dan mandi ala kadar) untuk membasahkan tekak,menghilangkan letih, merehatkan diri dan 'memandikan' diri.
Dalam pemanduan juga entah berapa banyak msg yang masuk. Maaflah kepada kenkawan yang menghantar kerana hamba tak dapat membalas on the spot. Terima kasih atas ucapan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq.
Entah macam mana boleh tersesat sampai ke Tg Malim untuk shortcut ke Genting Highlands. Apa-apa pun semuanya selamat. Tetapi dada masih berdebar dan dah masih berderau kerana terkenangkan peristiwa di persimpangan Permatang Badak. Ketika hendak bertukar lorong dari kiri ke kanan dihalang oleh Kelisa Biru sehinggalah ke traffic light. Dalam keadaan sedia untuk bergerak tetiba 1 kelisa dan 1 waja brek mengejut dan apalagi hamba menekan brek sekuat hati bagi mengelakkan hamba melanggar kereta dihadapan. Yang terasa bengang tu, depa boleh bersilang lorong ketika sebelum kejadian. Nasib baik sempat tarik handbreak. Sikiiiiiiiiiit lagi nak kena. Terhoyong hayang Kelisa ku dengan bunyi break panjang eikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! Syukur alhamdulillah semua selamat. Masih teringat.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment