Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Saturday, August 29, 2009

Wajah Berbeza Namun Ianya Tetap Orang Yang sama

Salam blogger.Nampak macam bengis. Taklah... orangnya biasa je. Orang yang tak kenal je yang cakap gua ni sombong dan berlagak. Nak buat macam mana, memang dah muka gua macam ni. Kalian nak cakap wo brutal ke, sombong ke, berlagak ke, ek ke gua tak boleh halang kalian dari berkata sedemikan. Gua pernah tanya rakan-rakan karib, depa kata memang betul, tetapi bagi yang kenal baru depa tau whoose Latif. Oleh kerana gua minat sangat dengan cerita Pirates of Careebean maka gua super impoose gua punya wajah menjadi Lanun. Ini bukan betul-betul ini hanya gurauan semata-mata. Tapi ada gak yang cakap gua ni muka selamba. Ada gak yang cakap gua ni muka seksi. Tapi itulah gua. Wo jiau Latifu. Ha.. yang ini pulak, gua semasa pakai tutup kepala. Pakai topi dah. Ada yang kata gua elok pakai topi (perasan la pulak). Ini member gua yang cakap, bukan gua. Kalau majoriti sokong gua pakai topi gua ubah imej. Tapi satu la, bila pakai topi ni, peluh banyak sangat samapai meleleh. Gua bukan boleh sangat kena panas or kena pancaran matahari. Eleh! macam puteri lilin la pulak. Itu belum gua simpan janggut dan misai. Agak-agak ok tak, kalau gua simpan misai atau janggut atau jambang. Biar lantaklah mereka dengan andaian dan seloka mereka. Gua tetap gua.


Kali ini, memang gua punya imej sekarang. Sayang gak nak ubah-ubah imej lagi. Lagipun imej sebegini banyak jimat belanja. Tak payah pakai minyak rambut, krim atau jelly. Just basuh kepala dengan sedikit air je. he he. adakah ini dipanggil seksi? mana ada ini namanya seksa. manakah tidak cicak or nyamuk nak landing pun takut. Takut tergelincir, licin dan berkilau. usah kan nyamuk atau cicak, silap-silap ada orang yang geli atau takut tengok kepala gua macam ini. Mengapa eik? Mana ku tahu...Gua try gak nak pergi berubat di Yu Nam, mak ai dia mintak RM6,000.00 confirm tumbuh bulu. Advanced RM2,000.00 tak nak lah. Alternatifnya boleh bayar RM200 tiap-tiap bulan dan 3 kali rawatan. Ada ka patut sampai ribu-ribu.
Kekadang gua cuba pakai songkok, wah depa kata boleh tahan gak hansdome. Tetapi itu untuk menyedapkan hati gua kot. Maybe ada betulnya, kenkawan yang pernah berkawan dengan gua selama 3 -6 bulan pun dok kata nampak ok je bila pakai songkok. Tak kan nak pakai hari-hari songkok. Apapun cadangan kalian akan gua mabil perhatian dan makluman. Terima kasih atas cadangan yang membina. Agak-gak kalu gua pakai rambut palsu ok ker? Tak pe masa banyak lagi, mungkin esok lusa tahulah jawapannya. Salam ceria di bulan puasa. Jumpa lagi di lain masa.








No comments:

Post a Comment