Salam Ramadhan. Mata kadang-kadang salah melihat....Mulut kadang salah berucap....Hati kadang salah menduga.....Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada.... Yang pasti di hari pertama yang mulia ini. aku terkenangkan segala dosa-dosa dan salah silap yang lalu. Terasa amat kerdil didunia ini. Setiap apa yang ku lakukan telah kuterima dan beri balasan didunia ini secara cash. Allah jua Yang Maha Mengetahui. Ingin sangat dihati ini untuk memohon ampun dan maaf kepada 'mereka' namun aku tidak tau caranya untuk menghubungi mereka, kerana talian hayat (handphone telah tiada dalam perkhidmatan) mungkin mereka dah bahagia atau sebaliknya. Sekadar ingin mengulangi permohonan maaf diangin lalu. Terasa kekesalan dihati yang amat sangat, tetapi apakan daya aku hanya insan biasa bukan malaikat bukan nabi. Itulah darah muda menguasai diri, tatkala umur menjelang senja dikala itulah hati ku tersentuh akan kesilapan dan dosa-dosa masa lalu. Ya..mungkin mereka tidak memaaafkan ataupun sebaliknya. Cuma aku dapat beresrah kepada ALLAH agar membuka pintu hati mereka dengan membaca salam maaf salamku di siber ini. Aku hanya pasrah semua itu telah ditakdirkan yang mana buruk dan jahat adalah datang dariku sendiri dan yang mana baik dan indah dari ALLAH jua. Dikesempatan ini, aku ingin sekali lagi menegaskan permohonan maaf zahir batin diantara aku, kau, dia, yang teristemewa, lawanku, para kekasihku, siapa jua, part time lower, apajua yang dirasa, teman-teman, sahabat-sahabat, teman tapi mesra...maafkan diriku yang hina ini. Tanpa kalian mungkin amalan ku tersangkut diawangan-awangan. Aku paham derita yang kalian tanggung..maafkan maafkan daku....plz! Bukankah apabila seseorang itu pernah melakukan dosa-dosa kemudian bertaubat dan ALLAH telah menerima taubat tersebut dan Nabi sendiri telah mengampunkan ummatnya..tidakkan kalian kasihan dengan diriku..tidakkah kalian memaafkan diriku.. Halalkan makan minum, perbuatan ku dan sebagainya. Begitu jua aku sentiasa memaafkan kalian..
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment