Salam ceria. Salam 1 Malaysia. Lama tak bersua. Maaf kepada yang perlu ku ucapkan maaf atas segala sebab sekalipun. Lagipun kita tak akan selama-lamanya didunia ini. Kepada rakan-rakan yang merasakan aku berbuat salah maafkan daku. Begitu juga sebaliknya. Jangan salah faham, Ramadhan al-Mubarak akan menjelma sedikit masa lagi. Maka bersama-samalah kita saling maaf bermaafan. Kalaulah boleh orang tertentu memaafkan salah silap diri ini, alangkah baiknya. tapi cam ner.. diaorang bukannya tau yang aku ni dah ada blog. Erm..bayangkan depa mendengar...
Sempena Bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi. Aku ingin mengucapkan salam ampun dan maaf atas salah silap, tata kelakuan yang tak berapa elok ini, segala tutur kata yang tidak menyenangkan telinga, segala apa lah yang membuat orang lain tidak senang hati. Maafkan daku. Aku hanya insan biasa.
Biar semua teman, sahabat, kekasih, kawan dan taulan tau...mohon maafkan diriku. Bersama-samalah kita menambah amal ibadah dibulan yang mulia ini. Jangan lupa memohon ampun kepada Ilahi. Jangan biarkan ego kita menguasai diri. Ingatlah ALLAH sentiasa mememaafkan hambanya. Salam Ramadhan.
No comments:
Post a Comment