Entah mengapa, tiba-tiba teringat akan kawan-kawan semasa kursus di INTAN, AKMAL, kawan-kawan yang pernah dihati, kawan-kawan yang lebih daripada kawan. Maklumlah dua hari dirumah tanpa or tau tau apa yang nak dibuat. Maksud wo selalu sibuk dipejabat, sesekali dirumah wo bingung. Wo selalu berharap agar dapat berjumpa kembali orang yang pernah bermain dibenak fikiran wo ini. Adakah wo sahaja yang teringatkan mereka? Tak kesahlah. Janji, pada bulan yang mulia ini, wo boleh teringatkan mereka terutama yang melibatkan perihal-perihal yang baik dan bernas belaka. Bab kata orang kalau wo teringat kat mereka, mereka teringat kat wo betul tak? Maybe betul kot.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment