Teringat masa pakai rambut palsu, konon-konon nak ubah imej la. Imej apa ni. Ada yang kat hasnom, ada yang kata macam John, ada kata macam pon.. dan..whateverlah. Saje suka-suka. Ingat rambut palsu ni murah. Woi..sekepala RM150 keatas. Mula-mula nak beli kaler hitam. Tak de la pulak. Terpaksalah beli kaler gold. Teringin nak buat rambut tetapi ada ke patut kat Yu Nam dia minta sapai RM6,000.00. Yang paling best, masa tu gua, Laman & Azman pi ronda Shah Alam (Plaza Alam Central) jumpa kedai rambut palsu te rus masuk. Apa lagi kemaruk nak try. Try punya try, gua tengok dua tiga orang dah berguling-guling gelak kat gua. Itu tak pe Laman & Azman berdekah-dekah ketawa hampir 5 minit. Apa lagi akupun tak tahan gak gelak sampai kuar air liur. Pearch..air liur kena lak kat rambut palsu. Hampeh betul. Kenapa gelak sangat. ialah macam badut pun ada. Macam pondan pun ada. Macam edry KRU pun ada. Bila tersedar yang aku ni gelak mengila akhirnya kami pun blah dari kedai tuh. Konon-kononnya esok kami datang lagi nak beli rambut palsu. Nyaris terkencing masa gelak tu. Gambar dikanan tu yang terbaru. Bukan super impoose tetapi oroginal picture. Ada gak orang macam aku ni eik. Apa apahal pun aku dapat gak rasakan bagaimana ada rambut. Ada rambut pun ok..tak de rambutpun anugerah Tuhan.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam...rambut...abg tak yah..la..pada saya dah ensem..nseksi tau..biarlah org nak gelak guling ke ape ke...tetap seksi tau...
ReplyDelete