Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Monday, August 31, 2009

Merdeka..Merdeka..Merdeka

Merdeka..tetap diraikan walaupun ketika bulan Ramadhan sekalipun. Tidak terkecuali aku turut memperingati hari kemerdekaan 52 tahun yang lalu. Betapa sukarnya pejuang-pejuang tanah air termasuk polis, tentera dan rakyaat jelata. Walaupun pada kali ini sambutan agak berbeza pada lazimnya. Lagipun disamping menghormati bulan Ramadhan dan wabak H1N1 yang berleluasa menjadikan sambutan agak sederhana. Kami di Bentong tetap meraikan di Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Bentong. Banyak juga acara yang dapat dihatai antaranya sajak kemerdekaan, tarian 3 bangsa utama, seloka merdeka, nyanyian patriotik beserta laungan merdeka. Diringi dengan paluangendang silat dan tradisi. Pagi-pagi jam 7.30 telah terpacak di dewan tersebut menandakan betapa semangatnya aku. Jam 10.30 majlis selesai tanpa sebarang masalah. Untuk teman-teman semua hayatilah erti kemerdekaan.

Kawan...

kata mak,
KAWAN itu ibarat lebah..
habis madu sepah dibuang.....

kata abah,
KAWAN itu umpama bunga ros..
dipandang cantik dipegang sakit.....

kata atuk,
KAWAN itu seperti air yang mengalir....

kata nenek,

KAWAN itu bak bulan dipuja dan disanjung tapi nun jauh disana.

kata sedara,
KAWAN itu macam makanan,
KAWAN makan KAWAN...
!

Kata abang,
KAWAN itu seperti lembu..
menikut sahaja apa yang dikata...

kata kakak,
KAWAN itu tak ubah macam durian..
bau je busuk tetapi sedap dimakan


kata adik,
KAWAN itu macam biskut,
sekejap ada sekejap tak ada..


Apa kata aku? kata aku,
KAWAN itu tak kesahlah macam mana,
ibarat lebah ke, umpama bunga ros ke, seperti air ke, bak bulan purnama ke, seperti lembu ke, tak ubah macam durian ke atau macam biskut ke..dia tetap KAWAN..Mengapa? Kerana sekali aku berkawan dengan dia, selama-lamanya tetap kawan aku da...

Saturday, August 29, 2009

Tersangat Rindu Kot

Persoalan : Mengapa bila kita teringat pada seseorang, gambaran wajah terus terbayang dikepala dan mata. Adakah orang yang kita rindui akan sebegitu juga. Orang tua-tua cakap bila kita rindu atau ingat seseorang maka depa akan rindu atau ingat kita kembali. Aku tak percaya. Telah ku telefon berulang kali tapi tak pernah berjawab. Telah kutinggalkan pesanan rengkas namun tidak berhasil. Telah jua kukirim melalui e-mail salam khabar. Semuanya senyap belaka.
Persoalan : Dahulu kita disayangi dan disanjungi. Tetapi sekarang kenapa kita boleh dilupa. Ataupun sidia telah ada pengganti yang lebih hebat dari kita. Tak pasti. jika dahulu si dia pernah berjanji dikaulah kekasih pertama dan akhir. Dikaulah yang paling best sekali. paling romantis dan hebat sekali. aku tak percaya. Telah ku imbau kenangan indah, telah ku tatap vedeo peribadi, telah berdoa siang dan malam. Namun dia tetap tak kunjung tiba.
Persoalan : Mengapa aku dibenci. Bukankah kemaafan telah diminta berulang kali, baik secara live ataupun melalui sms ataupun media. Besar sangatkah kesalahan ku sehingga dikau sanggup berdiam diri sebegini rupa. Aku cuba buat-buat lupakan dikau. Tetapi tetap masih ingat padamu. Adakah aku dibenci sebenarnya. Sedangkan dikau pernah berkata jika ada masa kita berjumpa lagi. Adakah itu bermaksud kalau. aataupun aku tidak berpeluang lagu bertemu dikau. Jawapan tak kunjung tiba.
Persoalan: Tidak ada langsung kah perasaan simpati, rindu, suka dan sebagainya. Adoh..! kejam sungguh dunia ini. Habis madu sepah dibuang. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Hanya satu saat menghancurkan kasih bertahun. Jika ini balasan aku terima seadanya.
Mengapa ini terjadi, mengapa ia terjadi pada diriku. Aku terus bertanya. Sedar-sedar jam 4.30 petang. Cis..rupa-rupa ku bermimpi disiang hari. Hampir batal puasaku.

Wajah Berbeza Namun Ianya Tetap Orang Yang sama

Salam blogger.Nampak macam bengis. Taklah... orangnya biasa je. Orang yang tak kenal je yang cakap gua ni sombong dan berlagak. Nak buat macam mana, memang dah muka gua macam ni. Kalian nak cakap wo brutal ke, sombong ke, berlagak ke, ek ke gua tak boleh halang kalian dari berkata sedemikan. Gua pernah tanya rakan-rakan karib, depa kata memang betul, tetapi bagi yang kenal baru depa tau whoose Latif. Oleh kerana gua minat sangat dengan cerita Pirates of Careebean maka gua super impoose gua punya wajah menjadi Lanun. Ini bukan betul-betul ini hanya gurauan semata-mata. Tapi ada gak yang cakap gua ni muka selamba. Ada gak yang cakap gua ni muka seksi. Tapi itulah gua. Wo jiau Latifu. Ha.. yang ini pulak, gua semasa pakai tutup kepala. Pakai topi dah. Ada yang kata gua elok pakai topi (perasan la pulak). Ini member gua yang cakap, bukan gua. Kalau majoriti sokong gua pakai topi gua ubah imej. Tapi satu la, bila pakai topi ni, peluh banyak sangat samapai meleleh. Gua bukan boleh sangat kena panas or kena pancaran matahari. Eleh! macam puteri lilin la pulak. Itu belum gua simpan janggut dan misai. Agak-agak ok tak, kalau gua simpan misai atau janggut atau jambang. Biar lantaklah mereka dengan andaian dan seloka mereka. Gua tetap gua.


Kali ini, memang gua punya imej sekarang. Sayang gak nak ubah-ubah imej lagi. Lagipun imej sebegini banyak jimat belanja. Tak payah pakai minyak rambut, krim atau jelly. Just basuh kepala dengan sedikit air je. he he. adakah ini dipanggil seksi? mana ada ini namanya seksa. manakah tidak cicak or nyamuk nak landing pun takut. Takut tergelincir, licin dan berkilau. usah kan nyamuk atau cicak, silap-silap ada orang yang geli atau takut tengok kepala gua macam ini. Mengapa eik? Mana ku tahu...Gua try gak nak pergi berubat di Yu Nam, mak ai dia mintak RM6,000.00 confirm tumbuh bulu. Advanced RM2,000.00 tak nak lah. Alternatifnya boleh bayar RM200 tiap-tiap bulan dan 3 kali rawatan. Ada ka patut sampai ribu-ribu.
Kekadang gua cuba pakai songkok, wah depa kata boleh tahan gak hansdome. Tetapi itu untuk menyedapkan hati gua kot. Maybe ada betulnya, kenkawan yang pernah berkawan dengan gua selama 3 -6 bulan pun dok kata nampak ok je bila pakai songkok. Tak kan nak pakai hari-hari songkok. Apapun cadangan kalian akan gua mabil perhatian dan makluman. Terima kasih atas cadangan yang membina. Agak-gak kalu gua pakai rambut palsu ok ker? Tak pe masa banyak lagi, mungkin esok lusa tahulah jawapannya. Salam ceria di bulan puasa. Jumpa lagi di lain masa.








Sunday, August 23, 2009

Teringat

Salam Blogger!

Entah mengapa, tiba-tiba teringat akan kawan-kawan semasa kursus di INTAN, AKMAL, kawan-kawan yang pernah dihati, kawan-kawan yang lebih daripada kawan. Maklumlah dua hari dirumah tanpa or tau tau apa yang nak dibuat. Maksud wo selalu sibuk dipejabat, sesekali dirumah wo bingung. Wo selalu berharap agar dapat berjumpa kembali orang yang pernah bermain dibenak fikiran wo ini. Adakah wo sahaja yang teringatkan mereka? Tak kesahlah. Janji, pada bulan yang mulia ini, wo boleh teringatkan mereka terutama yang melibatkan perihal-perihal yang baik dan bernas belaka. Bab kata orang kalau wo teringat kat mereka, mereka teringat kat wo betul tak? Maybe betul kot.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan dan Maaf Ramadhan

Salam Ramadhan. Mata kadang-kadang salah melihat....Mulut kadang salah berucap....Hati kadang salah menduga.....Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada.... Yang pasti di hari pertama yang mulia ini. aku terkenangkan segala dosa-dosa dan salah silap yang lalu. Terasa amat kerdil didunia ini. Setiap apa yang ku lakukan telah kuterima dan beri balasan didunia ini secara cash. Allah jua Yang Maha Mengetahui. Ingin sangat dihati ini untuk memohon ampun dan maaf kepada 'mereka' namun aku tidak tau caranya untuk menghubungi mereka, kerana talian hayat (handphone telah tiada dalam perkhidmatan) mungkin mereka dah bahagia atau sebaliknya. Sekadar ingin mengulangi permohonan maaf diangin lalu. Terasa kekesalan dihati yang amat sangat, tetapi apakan daya aku hanya insan biasa bukan malaikat bukan nabi. Itulah darah muda menguasai diri, tatkala umur menjelang senja dikala itulah hati ku tersentuh akan kesilapan dan dosa-dosa masa lalu. Ya..mungkin mereka tidak memaaafkan ataupun sebaliknya. Cuma aku dapat beresrah kepada ALLAH agar membuka pintu hati mereka dengan membaca salam maaf salamku di siber ini. Aku hanya pasrah semua itu telah ditakdirkan yang mana buruk dan jahat adalah datang dariku sendiri dan yang mana baik dan indah dari ALLAH jua. Dikesempatan ini, aku ingin sekali lagi menegaskan permohonan maaf zahir batin diantara aku, kau, dia, yang teristemewa, lawanku, para kekasihku, siapa jua, part time lower, apajua yang dirasa, teman-teman, sahabat-sahabat, teman tapi mesra...maafkan diriku yang hina ini. Tanpa kalian mungkin amalan ku tersangkut diawangan-awangan. Aku paham derita yang kalian tanggung..maafkan maafkan daku....plz! Bukankah apabila seseorang itu pernah melakukan dosa-dosa kemudian bertaubat dan ALLAH telah menerima taubat tersebut dan Nabi sendiri telah mengampunkan ummatnya..tidakkan kalian kasihan dengan diriku..tidakkah kalian memaafkan diriku.. Halalkan makan minum, perbuatan ku dan sebagainya. Begitu jua aku sentiasa memaafkan kalian..

Thursday, August 20, 2009

Teringin nak ada rambut

Teringat masa pakai rambut palsu, konon-konon nak ubah imej la. Imej apa ni. Ada yang kat hasnom, ada yang kata macam John, ada kata macam pon.. dan..whateverlah. Saje suka-suka. Ingat rambut palsu ni murah. Woi..sekepala RM150 keatas. Mula-mula nak beli kaler hitam. Tak de la pulak. Terpaksalah beli kaler gold. Teringin nak buat rambut tetapi ada ke patut kat Yu Nam dia minta sapai RM6,000.00. Yang paling best, masa tu gua, Laman & Azman pi ronda Shah Alam (Plaza Alam Central) jumpa kedai rambut palsu te rus masuk. Apa lagi kemaruk nak try. Try punya try, gua tengok dua tiga orang dah berguling-guling

gelak kat gua. Itu tak pe Laman & Azman berdekah-dekah ketawa hampir 5 minit. Apa lagi akupun tak tahan gak gelak sampai kuar air liur. Pearch..air liur kena lak kat rambut palsu. Hampeh betul. Kenapa gelak sangat. ialah macam badut pun ada. Macam pondan pun ada. Macam edry KRU pun ada. Bila tersedar yang aku ni gelak mengila akhirnya kami pun blah dari kedai tuh. Konon-kononnya esok kami datang lagi nak beli rambut palsu. Nyaris terkencing masa gelak tu. Gambar dikanan tu yang terbaru. Bukan super impoose tetapi oroginal picture. Ada gak orang macam aku ni eik. Apa apahal pun aku dapat gak rasakan bagaimana ada rambut. Ada rambut pun ok..tak de rambutpun anugerah Tuhan.

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan

Salam ceria. Salam 1 Malaysia. Lama tak bersua. Maaf kepada yang perlu ku ucapkan maaf atas segala sebab sekalipun. Lagipun kita tak akan selama-lamanya didunia ini. Kepada rakan-rakan yang merasakan aku berbuat salah maafkan daku. Begitu juga sebaliknya. Jangan salah faham, Ramadhan al-Mubarak akan menjelma sedikit masa lagi. Maka bersama-samalah kita saling maaf bermaafan. Kalaulah boleh orang tertentu memaafkan salah silap diri ini, alangkah baiknya. tapi cam ner.. diaorang bukannya tau yang aku ni dah ada blog. Erm..bayangkan depa mendengar...
Sempena Bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi. Aku ingin mengucapkan salam ampun dan maaf atas salah silap, tata kelakuan yang tak berapa elok ini, segala tutur kata yang tidak menyenangkan telinga, segala apa lah yang membuat orang lain tidak senang hati. Maafkan daku. Aku hanya insan biasa.
Biar semua teman, sahabat, kekasih, kawan dan taulan tau...mohon maafkan diriku. Bersama-samalah kita menambah amal ibadah dibulan yang mulia ini. Jangan lupa memohon ampun kepada Ilahi. Jangan biarkan ego kita menguasai diri. Ingatlah ALLAH sentiasa mememaafkan hambanya. Salam Ramadhan.

Monday, August 17, 2009

habis suda.....

Kursus Mandarin dah Habis. Kini aku back to normal. Kerja dah mula bertimbun atas meja. Semalam! memang hari yang amat mendukacitakan bagi diri wo. Wo tak dapat interview dengan confident dan cemerlang. setakat boleh jawab sahaja. Nampak gayanya cuba lagi di lain masa. Banyak soalan yang ditanya, antaranya 1 Malaysia, Star Ratting, National Key Result Area, ATA Carnet, Belanjawan Diubahsuai, Gelaran Diraja dan lain-lain. Talk London lagi ha ha memang berterabur. Apalah malang nasib wo. Yang dikendong (Bahasa Mandarin) berciciran yang dikejar (Penguasa Kastam) belum tahu. Apa-apa pun terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan dan taulan yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kecerlangan wo. Kalian tetap dalam ingatan.

Tuesday, August 4, 2009

debaran semakin hampir

Saat yang mendebarkan hampir tiba. Esok aku akan membuat persembahan bersama-sama rakan seperjuangan. Teman-teman sudah menghafal dan bersedia sepenuhnya. Tetapi aku masih belum hafal lagi. Bermacam cara telah ku buat untuk menjadikan persembahan itu lancar dan mudah. Tapi semua itu jadi sia-sia rasanya. Nak tarik diri sudah tak boleh. Sabar ajelah. Itulah kenapa gatal nak mohon kursus Mandarin. Emm padan ngan muka ku. Kalau dalam Bahasa Malaysia bolehlah aku 'goreng' tetapi ini dalam bahasa Mandarin.
Kewei loushi, gewei tongxue, dajia hao. Jintian wo yao shou de timu shi "Janda Baik yi ri you"
7 yuè èr shí ‘ èr hăo, wŏ he Huáyŭ kèchéng de xué yuán hé lăoshì yí qì jìnxíngle cānguān xúexí huódòng. Wŏmen zăoshang 8 diăn bān cóng INTAN chūfā. Wŏmen zuò INTAN bāshì qù Janda Baik. Yílùshang wŏmen zìwŏ jiè shào hé cāi mí yŭ. Set xianshang chàng tiánmīmi. Wŏmen dōu hĕn gāoxíng. Yílùshang wŏmen kàndao míren de fēngjĭng he piaoliang de zhì wù. Wŏ kàndao liú lián shù, xiàng jiào dĕngdeng. Wŏmen tíng zài Genting Sempah de xiūxizhàn. Dào le Janda Baik, wŏmen jiù zuò tĭcāo. Ránhoù wŏmen wán yóuxi. Yŏu de zŭ yíngle, yŏu de shū le. Wŏ de zŭ zhĭ dēdao dì‘èr míng. Ránhoù zìyoú huódòng de shíhou wŏ tiàoxia shuĭ yóuyŏng. Xiăo xī de shuĭ hĕn lĕng. Ránhoù wŏmen pāi tuántĭ zhào. Wŏ hĕn lèi bùguò hèn gāoxìng. Wŏ yì shàng bāshì jiù shuìzháo le, xínglai shí yĭjīng dāo le INTAN.Zhè cī de huódòng hĕn yăo yìsi he gĕi wŏ liúxiàle mĕihăo de huíyì. Wŏ shuō wán le. Xièxie.
kalau tak faham maaf lah, aku bukan nya pandai sangat..saja konon-kononnya..