Inilah diriku. Pelbagai ragam dan gaya mampu diterjemahkan melalui riak wajahku. Adakala nampak serius dan garang. Hanya mereka yang tahu betapa 'joker' diriku ini. Selesa dengan imej botak. lagipun pernah satu ketika 'cewek' pernah berpesan; "abang, kalau cukur rambut, nampak seksi..." orang cakap, bukan aku yang kata.
Sekali pandang orang dok kata aku sombong. Tak, aku tak sombong... dah semulajdi camni, tak kan aku nak tersengih macam 'kerang busuk'. Apa-apa pun jangan kecik ati dengan perawakan diriku ini. Maaf nampak je macam ni, tapi kalau dah kenal, kalau dah cinta, kalau dah suka..pastikan engkau orang tak leh lupa nyer. Itulah Latif BOTAK from Bentong.
Inilah wajahku ketika berumur 7 tahun, sama tak? mesti tak sama. Masa tu mana ada pencemaran rambut lagi. Rambut still gagah perkasa, tegak berdiri seraut sisir disikat. Pearch.....! andainya aku boleh muda kembali seperti ini, kan ke bagus. Baik budak ni... Seorang budak kampung lagi mentah yang tidak mengerti tentang kehidupan luar. Terlalu ramai yang kepingin untuk menjadikan diriku sebagai anak angkat mereka. Aku pun tak tau mengapa. Sehinggalah diriku mengalami proses remaja. Kenakalan semakin terserlah, tetapi raut wajah tidak berubah. Yang berubah hanyalah perangai dan perbuatan. Maafkan diri ini wahai ayahanda dan ibundaku. Tetapi aku tahu kalian tahu akan kenakalan anakmu ini dan aku berdoa semoga roh kalian ditempatkan di tempat para Ambia dan juga shuhada serta mukmin dan mukminat yang beramal solleh.
Adakalanya orang kata muka ini macam baby face (orang kata, bukan aku kata). Tapi apa-apa pun ianya tetap menjadi anugerah dari Allah. Suka atau tak suka sudah ditakdirkan rupaku sebegini, kalau mereka boleh terima aku dengan seadanya..Alhamdulillah.. Yang pasti aku cuba nak biarkan rambut panjang tetapi baru tumbuh sikit mula rasa gelisah dan resah. Rasa macam gatal dan panas. Itu yang terpaksa licinkan kepala. Kekadang berkilat dan silau mata kenkawan memandang. Maaf lah jangan ambil hati yer..Cuba bayangkan kalau aku simpan rambut, erm...macam star trek la pulak. Ialah longkang di tengah-tengah kepala sampai ke belakang, manakala uban sebesar syiling dikiri kanan kepala. Biarlah apa orang nak kata, aku senang macam ini. Janji aku tak kacau orang dan orang pun tak kacau aku. Inilah wajahku 'be happy don't worry' dan ' be cool & be strong'

No comments:
Post a Comment