Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Monday, March 16, 2009

Gunung Rajah Foto

Foto terbaik pernah dirakamkan; dari kiri foto di Air Terjun Lata Naning, Signboard Gunung Rajah (telah hampir musnah), Batu UFO (tanda sampai ke puncak) dan tabik atas puncak.




Sekitar detik yang dirakam ketika beberapa kali menyertai expedisi Gunung Rajah.


Panorama yang sempat dirakam dan diabadikan dalam keadaan yang berbeza iaitu ketika cuaca berkabus, siang (terang), malam (terang bulan). Memang menarik untuk dirakamkan terpulanglah kepada kepakaran jurugambar yang berjaya sampai ke puncak.




Gunung Rajah, Bentong - Siapa yang tidak tahu gunung ni di Bentong atau kawasan yang seangkatan dengannya tak tau nak cakaplah. Ianya gunung yang tersegam indah like Mount Fuji. Ianya boleh ditinjau secara 360 darjah. Jika cuaca baik dan mengizinkan nampaklah Genting Highlands, Bentong, Raub, Lipis, Kuala Kubu dan Tanjung Malim dengan jelas. Jika diizinkan Allah, boleh nampak Kuala Selangor dan Selat Melaka. Wallahu'alam. Pernah dengar tak? cerita panahan petir di Gunung Rajah 2 atau 3 tahun dahulu. Itulah yang membuatkan Gunung Rajah glamour. Tetapi awas jangan berbuat sesuatu yang diluar dugaan disini, mulut pun tak boleh 'cabul@capui', dalam hati pun niat kena bersih, bagi yang couple simpalah dulu apa-apa niat 'kureng' baik sementara. All the best kepada pendaki-pendaki baru sampai. Kepada yang biasa naik tu, tahniah mereka pasti tak akan jemu.

Walaupun cabaran Gunung Rajah tidaklah sehebat Gunung Tahan atau Gunung Ledang, tetapi ianya memerlukan stamina, kekuatan mental dan fizikal, kesihatan yang baik bagi menawan puncaknya setinggi 1,685 meter dari aras laut. Apa yang menarik untuk sampai ke puncak, kita boleh membuat 3 pilihan samada ingin meneruskan perjalanan ke puncak one shoot one day, bermalam di base camp Lata Naning atau di base camp Batu Hijau (Batu Lumut Hijau). Seelok-eloknya biarlah 3 hari 2 malam untuk memulihkan tenaga yang telah, sedang dan akan hilang.

Secara ringkasnya expedisi Gunung Rajah terpaksa melalui empangan hidro (dalam pembinaan), laluan balak, denai resam, river crossing (Kuala Sungai Cagar-Sg Mati, Lata Naning), Bukit Lutut Lembik, Dataran Karpet, Permatang (bergambar ramai-ramai), Batu Putih (nampak dari bandar Bentong) dan Punca Air Terakhir. Pada peringkat permulaan ianya ibarat seperti bersantai sahaja. Sedikit demi sedikit terasa beban di bahu sehinggalah lutut pun boleh goyang. Apabila berada dipertengahan perjalanan anda seolah-olah berada di Gunung Kinabalu kerana rumput yang dipijak bagaikan karpet (lembut), udara nyaman berkabus dan pemandangan semakin menarik. Apalagi, inilah masa yang paling untuk berehat seketika sambil mengambil foto (bergambar atas pokok boonzai), basahkan tekak, tetapi jangan lama sangat berehat, nanti 'pancit'. Apa yang menarik, setelah berjaya melepasi Punca Air Terakhir maka bermulalah pendakian sebenar yang sedikit mencabar, terpaksa merangkak, bergayut, lutut hampir kena dagu dan sebagainya. Yang pasti kasut akan bertukar menjadi coklat kemerahan terkena lumpur akar-akar kayu. Itulah keunikan cabaran Gunung Rajah, satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan oleh pendaki.

Setelah selesai mengharungi semua cabaran akhirnya sampailah ke puncak. Puas cukup puas, jika perlu buat sujud syukur, jika tidak pun lahirkan rasa kesyukuran atau sekurang-kurangnya anda berasa kerdil dan insaf diatas kejadian alam yang begitu menakjubkan. Jangan lupa ambil gambar batu UFO, itulah bukti anda telah sampai ke puncak Gunung Rajah. Bagi mereka yang telah sampai ke puncak pun pasti mereka akan datang lagi kerana cuaca di atas tidak sama dan tidak menentu adakala berkabus, cerah, hujan dan kadangkala hening.

Bersama-sama ini dipamirkan beberapa keping foto saya bersama rakan termasuk dari GLOKAL Kg. Baru Bentong, CIMB, PPSR, BEWARIS, RELA, guide dan warga seperjuangan. Kepada mereka yang belum sempat dipamirkan wajahnya, harap maaf akan diusahakan. Saya ingin mengutarakan salam kemaafan andaikata blog ini tidak dapat memuaskan hati semua orang. Sekiranya terdapat sebarang komen dan pandangan bolehlah disalurkan kepada saya. Catatan tidak dapat diutarakan dengan terperinci memandangkan telah ramai penulis dan pendaki yang mencatatkan pengalaman mendaki gunung Rajah, nanti jemu pulak. Jika inginkan maklumat tambahan sila search Gunung Rajah di internet. Untuk Gunung Rajah saya rakamkan jutaan terima kasih buat brother Ujang, Din Katok, Mie, Senin, adik Din Katok-Janda Baik, Faizam@panjang (abang), Sjn Mamak, Kechik, Bobby, Ajip, Lex, Ju, CT , Angah, Adzhar, Keling dan adik. Tanpa kalian, aku tak akan kenal apakah istemewanya Gunung Rajah ini. Tidak lupa juga kepada Persatuan Pengerak Sukan dan Rekreasi Bentong (PPSR) yang berani menyahut cabaran mendaki dan menyambut merdeka dipuncak. Terima kasih.




1 comment:

  1. ingatkan bro dah bersara dari kerja2 hiking ni... macam mana nak ke sana? perlu dapat permit ke?

    ReplyDelete