Lata Hammer, Bentong - satu tempat rekreasi yang paling nyaman, indah, tenang dan best bagi tujuan menyendiri, santai, memancing (ikan tengas), snorkling, terjun(tiruk) dan sebagainyer. Cuma memerlukan 45 minit jungle tracking dari Sg Perting (Perting Valley). Ianya cuma mengambil masa 15 minit sahaja dari Bandar Bentong. Deruman air terjun yang sangat memukau sesiapa yang sampai ke sini. Hembusan dan tempias air tersebut bagai gerimis pagi. Kilauan cahaya yang menerjah dari pepohon pokok memantulkan ke gigi air bak mutiara berhamburan. Selain itu Lata Hammer dilengkapi pasir pantai (memutih). Sangat sesuai untuk berkhemah untuk 1 malam 2 hari ataupun 2 malam 3 hari. Terpulang kepada masa yang anda ada. Tetapi anda dinasihatkan agar menghubungi penduduk tempatan untuk mendapatkan petunjuk serta bagi menghindarkan sebarang keadaan yang tidak diingini.
Inilah tempat melepak ku, tatkala 'keboringan' melanda. Anda boleh berkhemah di atas pasir ataupun ditingkat satu atau tingkat dua mengikut kesesuaian. Yang pasti jarak perjalanan tidak memenatkan dan tidak begitu mencabar. Sesiapa sahaja boleh sampai ke sini tanpa mengira kaum wanita, kanak-kanak, remaja ataupun veteran. Kalau berminat dengan alam semula jadi pelbagai sudut fotografi boleh diekploitasikan. Jika bernasib baik anda boleh menjumpai rama-rama pelbagai jenis termasuk spesis brooke. Pasti siapa yang datang sekali akan datang dan terus datang lagi. Jika ingin kepastian, datanglah sendiri. Tetapi awas anda dinasihatkan jangan memusnahkan kawasan persekitaran. Yang penting what you brought in, you must brought out. (sampah). Jika kalian tidak berbuat demikian, nescaya dalam jangka masa 5 tahun lagi Lata Hammer tidak lagi kelihatan indah, menarik dan bersih seperti sekarang.
menarik,ade contact guide x?
ReplyDelete