Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Monday, March 16, 2009

Lata Naning Foto



bersama-sama Faizam (panjang@abang) mencuci ayam.

bersama farid & siti (ada gaya PASKAL tak?)


wajah-wajah team GLOKAL (biasalah aku yang kepala botak tu)

amacam menarik tak?



inilah wajah-wajah kesayangan pemuda dan pemudi sekarang..


Lata Naning - Memang syurga kepada pengemar fotografi dan pencinta alam. Sungguh menakjubkan dengan kehijauan rimba dara yang tak tercemar. Manakala airnya sangat dingin, jernih dan bersih sekali. Kepada yang berminat untuk sampai disini perlukan fitness yang cukup. Bukan apa kalau nak makan mewah kenalah bawak macam-macam. Kalau tidak, cukuplah sekadar 'maggie' 2 atau 3 bungkus @ roti sebungkus dua. Para jurugambar diingatkan agar membawa bateri secukupnya serta extra bateri kerana tempat-tempat sebegini kadang-kadang boleh tiba-tiba sahaja bateri 'kong' @ low. (faham-faham ajelah) Tetapi pemandangan di sini memang A class. Adalah sangat merugikan kepada anda yang cintakan alam sekitar tetapi tidak mampu untuk meneruskan kembara ke Lata Naning. Kepada pencita terjun bebas (tiruk) apa lagi..inilah tempat yang paling best. Paling-paling tidak hanya dapat bertahan dalam air selama setengah jam lepas tu confirm kecut (sejuk melampau).

Nak sampai ke sana memanglah penat tetapi sangat berbaloi. Peluh jangan ceritalah, pacat adalah sikit. Bukit? nak kata mencabar, boleh lah tahan. Tapi dengan satu syarat, jangan tanya
bila nak sampai?

jauh lagi ke?
Nahas jawapan telah disediakan mengikut skrip:

'sikit lagi.....', 'dua corner lagi...', 'selagi bunyi air terjun selagi itulah belum sampai..'.

Yang pasti bawalah power bar ataupun gula-gula hacks/menthol untuk melegakan tekak. Ayuh kita ke Lata Naning, kalau tak best saya rela kerat kuku. Alamilah sendiri keindahan alam di sekitar Lata Naning, Bentong, Pahang. Ada berani?

Pelbagai aksi dan gaya sempat dirakamkan di Lata Naning. Hasil karya yang sempoi tetapi menarik ini menggunakan khidmat Man Cece BSN dan juga Edy Petronas. Syabas buat Man dan juga Edi yang berjaya mengusung kamera mereka ke hulu dan ke hilir. Terdapat juga rakan-rakan yang tak puas hati dengan mereka berdua. Mana kan tidak, asyik bawa kamera je, barangan lain siapa nak bawa. Tapi kita orang steady je, kalah sherpa Gunung Kinabalu. Walaubagaimanapun, berat sama-sama kami pikul. Sama-sama naik sama-sama happy. Memang penat kalau bermain dengan air, silap-silap boleh krem. Selepas sahaja terjun (tiruk) masing-masing terasa lapar, tau lak minta macam-macam, nak maggie goreng mamak lah, nak nasi ayam lah akhirnya makanlah 'cekodok' goreng dengan kauci. Nasib baiklah ada 'bunga' (Jimi, Siti, Faezah, Diba & Syikin) yang rajin dan rela hati nak masak untuk kami. Apalagi macam Raja la pulak, nak itu nak ini. Janji semua happy, kenyang, 'gumbira' dan pendek kata senang hati sangat-sangat. Inilah dinamakan ringan sama dijinjing berat sapa dipikul. Tapi yang berat aku, Farid & Edi kena pikul. Sabar ajelah. Dalam hati aku sahaja yang tau...



No comments:

Post a Comment