Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Tuesday, March 17, 2009

Bukit Raka Foto

Bandar Bentong jelas kelihatan dari puncak



bersama Encik Yusop dari Pascorp Paper Sdn Bhd





aku bersama bro BOMBA




Kalau nak diikutkan hati, rasa-rasa tak lepas aku naik ni. Tetapi kalau tak naik malu, kerana budak sekolah rendah pun selamba aje naik. Awas batuan berlumut, licin dan diselubungi dedaun kering. Apabila semakin hampir ke puncak, siap boleh berlari lagi, tetapi awas kepada yang semput, mencungap gak. Apa-apa pun setiap yang susah itu pasti berakhir dengan kepuasan. Sebotol air, sebungkus nasi lemak dan sebuku roti sudah mencukupi. Masa yang diambil tidaklah begitu lama, cuma sekitar 1 jam 30 minit ke 2 jam sahaja bergantung kepada kemampuan individu.




Dalam keadaan kepenatan sempat juga aku mengambil gambar pokok tanduk rusa ke pokok langsuir tu (kiri). Manakala gambar (disebelah kanan) bukit yang semakin mendatar, tetapi tidak terasa sangat pendakiannya. Disebalik Bukit Raka, anda boleh melihat Felda Mempaga dan sebahagian daerah Raub. Anda juga dapat melihat jalinan pokok tongkat ali saujana mata memandang, itupun jikalau anda benar-benar alert.



Gambar dirakamkan dari aras bawah, sebelum pendakian


Ku rakamkan gambar Bukit Raka sebagai pembakar semangat untuk orang-orang Bentong yang belum pernah naik ke sana. Hari-hari pergi pejabat atau ke mengopi ke Medan Selera atau TMK pasti dapat melihat bukit kebanggaan bersama. Apa yang istemewa Bukit Raka? nama sahaja bukit nak didaki, mak aii.. 90 darjah mencanak! Jikalau hendak naik juga bolehlah minta bantuan abang BOMBA. Tetapi kalau hendak naik tanpa guide pun boleh, risiko naik lepas turun belum tau. Untuk ke sana, anda boleh naik melalui Sg. Marong (kebun getah) atau dari arah Mempaga (tak pasti sangat, tanyalah yang lebih arif). Sayang sekali gambar sewaktu mendaki dan menurun menggunakan tali tidak dapat dirakamkan, memandangkan ianya agak membahayakan pendaki untuk mengambil gambar. Yang pasti semasa menuruni Bukit Raka, hari hujan lebat. Apalagi jatuh macam nangka busuk biasa. Naik lebam dan kebas punggung, sakit Tuhan sahajalah tau, tapi control macho lagipun 'bunga' Pascorp Paper ramai yang ayu. Nasib baiklah ketika itu aku pakai kasut SWAT, kalau tidak habis kulit kaki terkoyak tersadung batu dan tersangkut akar. Paling menarik, abang BOMBA bawa turun 'bunga' injurt yang bersaiz XL turun secara abselling dan flying fox, aduhai betul-betul wira diaorang ni. Aku kagum sangat dengan kehebatan dan kepakaran mereka.

3 comments:

  1. elooo bro.
    Makin aktif nampak..
    rajin2 singgah ler http://cendawangila.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam bro...gmbr rmi2 bdk2 kami xde ke?hehe...

    ReplyDelete
  3. "tapi control macho lagipun 'bunga' Pascorp Paper ramai yang ayu" XD

    ReplyDelete