Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Monday, October 8, 2012

lama hamba menyepi

Assalamualaikum.w.b.t Salam 1 Malaysia.


Terlalu lama hamba menyepikan diri.  Yelah, bukan apa terlalu lama menghambakan diri terhadap kerja.  Kerja ni bak kata orang tak akan habis sampai bila-bila.  Yang pasti hamba terasa puas sangat apabila kerja-kerja ad-hock mau pun kerja-kerja yang dirancang lama telahpun selamat dikendalikan.  Buka mudah hendak menjiwai sesuatu kerja.  sehinggakan panas teliga apabila kena sound; 

"Aleh! orang lain pun buat kerja juga, tetapi tak lah sibuk sangat macam awak.  Mentang-mentang jadi setiausaha boleh lah buat-buat sibuk"

Berderau darah rasanya.  Apabila buat kerja dikatakan buat-buat sibuk.  Ikut kan hati hendak sahaja disemburkan tetapi biarlah.  Yang menjadi lebih panas, asal jumpa sahaja muka hamba ada sahaja yang tak kena;

"Mana T-Shirt saya?. Mana Juru gambar? Mana bubur kacang? Nak naik kereta apa?"

Apa-apa pun semua itu merupakan asam garam kerja. Yang pasti pabila sudah selesai barulah hamba boleh menarik nafas lega.  Terima kasih kepada rakan-rakan dan dan anak buah yang membantu hingga jaya.  Satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan.  Moral of the story, setiap majlis perlukan perancangan teliti bukan sekadar diatas kertas semata-mata.  For this moment we need money to get all the success.

Jumpa lagi.

Monday, July 9, 2012

lama berehat..

Sudah terlalu lama aku tidak berkarya. Terlalu banyak masa yang telah juga isian dengan padat. Mungkin terlalu sibuk dengan kerjaya dan permasalahan dalam kerja. Terlalu banyak peristiwa yang mengganggu minda. Segala permasalahan tersebut aku cuba selesaikan dengan berekriasi ketika malam menjelang. Aku sentiasa habiskan masa bermula jam 9.00 hingga 2.00 jika tidak terlibat dengan tugasan. Kekadang family aku merasakan aku ni ada seperti tiada. Apa yang boleh aku buat, semuanya bertujuan menghilangkan stres. Lagipun itulah hobi Ku bermain Ping Pong. Tak mengapalah biarlah segalanya berlalu begitu sahaja. Aku rasa sangat bosan pabila masalah-masalah datang bertimpa. Tetapi kini aku terlalu gembira kerana berjaya menangani permasalahan hidu Ku yang melihatkan kerjaya, family, sosial dan hobi. Yang pasti i will comeback... Akan Ku buangkan segala keserabutan yang melanda. Kekadang rimas kerana ia datang bukan dariku sendiri tetapi datang dari orang lain. Bukan aku mencari alasan atau menuding jari kepada orang lain. Yang pasti setiap masalah datang pasti akan pergi jua. Teringat lagu Nirwana..cukup-cukup sudah...

Monday, April 9, 2012

aku

photomap

diam diam di pejabat

Entahlah..

Orang kata merungut, mengeluh itu tidak begitu baik dalam kehidupan. Namun bagi aku untuk meluahkan tidak salah. Memanglah sepatutnya kita meluahkan kepada Allah Taala. Tetapi kekadang yang hadir tak menentu. kepala aku terasa sangat serabut. dari sekecil-kecil perkara sampai sebesar-besar perkara. Itu pun hadir bukannya atas sebab kita yang bermasalah, sekadar melibatkan perasaan hati. Apa yang boleh aku lakukan apabila datang saat senja sebegini. Perasaan sensitif, kecil hati, rendah diri semuanya ada. Tambahan pula kita rasa berjauh hati dngan orang yang kita puja dan sanjung. Kadang-kadang aku tidak boleh rasa sebegini. Sebab kita tidak boleh menghalang sesiapapun untuk menyukai diri kita sekalipun kita berbuat yang terbaik untuk beliau. Walaupun kita ikhlas tetapi itu belum tentu memadai. Tetapi itulah adat dunia. Tidak semestinya yang kita sukai itu kita akan dapat, belum tentu dia suka kepada kita. Begitulah sebaliknya. Buatlah baik berpada-pada, jika perbuatan baik kita itu hanya menyakitkan hati dan diri sendiri buat apa. Tiada guna mmeneruskan perasaan sebegini. Masalahnya kita dah terlanjur menyanyangi..aduhai rumit2 dan kusut..

Tuesday, February 28, 2012

Entahlah..

Orang kata merungut, mengeluh itu tidak begitu baik dalam kehidupan. Namun bagi aku untuk meluahkan tidak salah. Memanglah sepatutnya kita meluahkan kepada Allah Taala. Tetapi kekadang keadaan yang hadir beberapa ketika yang lalu membuatkan aku rasa menyampah untuk datang ke pejabat, pada sebelum ini aku tersangat teruja untuk ke pejabat. Adakah petanda bahawa aku tidak lama di pejabat. Ataupun sebagainya. Puas aku cuba untuk gembirakan diri tetapi agak kurang berkesan kerana skrin TV besar dihadapan mata kita sering mengganggu. Maksudnya skrin ingatan, memori yang tidak elok itu tidak boleh dierasekan dengan semudahnya apatah lagi untuk didelete. Aku sendiri mengakui tidak sempurna dalam beberapa aspek namun setiap yang kurang itu mesti ada yang lebih. Tetapi aku rasa, jikalau kalian berada ditempat aku barulah betul mengetahui apa yang terbuku dihatiku. Apa akan terjadi jika diri kita merasakan tidak penting dalam sesuatu organisasi..cuba sesekali renungkan. Kekadang hentaman berterusan akan membuatkan kita down dan terus down. Ianya akan ok tetapi akan mengambil masa yang agak lama. Apa yang perlu anda buat? jika anda sering dilabel seorang yang tidak bersungguh-sungguh, gagal,tidak efisyen dan sebagainya. Tetapi orang yang melebelkan itu hanya sekadar bercakap tanpa dengan fakta dan guide yang sepatutnya. Cuma berterusan bertanya bila nak siap? mengapa tak siap-siap? ..Cuba lah sesekali bagi jalan penyelesaiannya. Bukan meminta simpati atau megadu nasib tetapi sekadar memberikan semangat kepada diriku sendiri dan teman-teman yang senasib. Betullah hidup ini adalah satu pusingan roda, kadang diatas kadang dibawah. Kekadang senang, bahagia, ceria kekadang susah, murung dan sedih.

Wednesday, February 22, 2012

Banyakkan bersabar

Mungkin tahap kesabaran seseorang itu ada batasnya. Jangan sampai ianya terbuku dihati dan sesekali 'meletop' bakal mengundang bahaya kepada sesiap yang berada berhampiran tanpa mengira kedudukan, rakan dan taulan.

Itulah..dalam kehidupan seharian, jikalau menjadi ketua jangan sesekali kita menjatuhkan maruah anak-anak buah. Hamba berpesan kepada diri hamba dan juga rakan-rakan hamba. Ingatlah kita semua tidak sempurna, masing-masing ada kekurangan.

Menegur biarlah berhemah kena dengan cara dan tatasusilanya. Kita orang Malaysia kan.

Cerpen Gadis Aya Rimba Chekas III

Selesai sahaja perkhemahan di rimba, Jantan terus bergegas meninggalkan rakan-rakan yang mempunyai haluan masing-masing. Jantan terlalu excited untuk berjumpa Aya, kerana masih terngiang di telinga beliau.

"Abang Jantan jangan lupa call Aya, datang rumah tau..."

Akhirnya setelah sesat barat terjumpalah Jantan teratak desa milik keluarga Aya. Itupun dengan bantuan Aya. Kesian Jantan, sampai terlelap dan tersenguk-senguk beliau. Sempat juga Jantan berkenal mesra dengan mak, ayah dan adik Aya. satu keluarga happy dan pandai memasak. Baik belaka layanannya. Jantan rasa seperti tak mau pulang. Tetapi apa kan daya, setelah disiasat didapati Aya sudah ada yang punya. Maka hancurlah hati Jantan, betapa luluhlah segenap jantung beliau. Tetapi Jantan kelihatan bersahaja, namun didalam hatinya siapa yang tahu. Maka hari demi hari Jantan semakin sayang kepada Aya.

Pada masa yang sama Aya tetap melayan karenah Jantan. Cuma Jantan terlalu cepat percaya kepada seseorang hinggakan tiada filter apabila bercerita sejarah silam dan kendiri diri. Yelah..Jantan ni seorang yang pendiam dan pemalu, mungkin tiada tempat untuk mengadu ataupun bercerita.

Masa semakin cepat berlalu, perhubungan semakin dekat walaupun jantan dan Aya jauh, namun teknologi sekarang membuat yang jauh menjadi dekat. Segala masalah atau aktiviti sering bertukar makluman sesama meraka. Hinggalah pada suatu hari secara tidak sengaja,Jantan menghubungi Aya dan berceritakan tentang masalah yang dihapi. memang agat berat dan sadis. Ianya membuatkan Jantan terlalu sugul dan tidak ceria. tetapi oleh kerana kebjiaksanaan Aya, beliau telah berjaya memulihkan semangat dan mengembalikan keceriaan buat Jantan. Terpancar keceriaan diwajah Jantan.

Aya memang seorang bijak dan manja. Perawakan yang bersahaja dan peramah membuat Jantan tertarik. Namun agak malang buat Jantan kerana Aya telah declare beliau telah ada orang lain.

"Abang dah terlambat, Aya dah ada seseorang.." Kata Aya..

Dengan terkedu Jantan membalas, "Owh..IC..erm tak pelah, abang dapat menumpang kasih pun tak apa dah"

Sejak itu Jantan cuba menyuraikan perasaanya terhadap Aya, namun sudah agak jauh kerana perasaan sayang sudah semakin menebal. Pada tanggapan Jantan beliau merasakan Aya pun sedikit sebanyak ada perasaan itu, cuma sedikit terlambat. Jantan berdoa didalam hati biarlah masa dan keadaan yang menentukan. Jantan cuba untuk berpatah balik tetapi mungkin agak sukar.

Kadang Aya lah menjadi tempat mengadu. Memang kerap Jantan berbuat demikian. Sehinggakan pada suatu hari Jantan berasa sangat sebak dan sedih Ayalah yang jadi penenang. Apa tidaknya, jantan ni seorang yang berkulit cerah, apabila ada masalah ke apa ke maka automatik mukanya berubah menjadi merah dan telinganya merah udang kena bakar. Itulah kelebihan Aya yang bisa membuatkan orang yang sedang bersedih boleh gembira.

Tetiba Jantan tersedar dari lamunan;

"aku nih biar betul..perasaan aku aje kot.." Sambil bercakap dengan diri sendiri.

Jantan terentak rupa-rupanya dia baru tersedar dari tidur. Beliau tertidur di kerusi tempat kerja beliau. Jantan terus bangun dan membasuh muka sambil tertanya-tanya didalam hatinya siapa Aya, kat mana jumpa, ke mana pergi dan sebagainya. Cis rupa-rupanya Jantan selalu tertidur. Dalam bilik siang hari pun boleh tertidur. Alahai..Jantan, Jantan...