Terlalu lama hamba menyepikan diri. Yelah, bukan apa terlalu lama menghambakan diri terhadap kerja. Kerja ni bak kata orang tak akan habis sampai bila-bila. Yang pasti hamba terasa puas sangat apabila kerja-kerja ad-hock mau pun kerja-kerja yang dirancang lama telahpun selamat dikendalikan. Buka mudah hendak menjiwai sesuatu kerja. sehinggakan panas teliga apabila kena sound;
"Aleh! orang lain pun buat kerja juga, tetapi tak lah sibuk sangat macam awak. Mentang-mentang jadi setiausaha boleh lah buat-buat sibuk"
Berderau darah rasanya. Apabila buat kerja dikatakan buat-buat sibuk. Ikut kan hati hendak sahaja disemburkan tetapi biarlah. Yang menjadi lebih panas, asal jumpa sahaja muka hamba ada sahaja yang tak kena;
"Mana T-Shirt saya?. Mana Juru gambar? Mana bubur kacang? Nak naik kereta apa?"
Apa-apa pun semua itu merupakan asam garam kerja. Yang pasti pabila sudah selesai barulah hamba boleh menarik nafas lega. Terima kasih kepada rakan-rakan dan dan anak buah yang membantu hingga jaya. Satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan. Moral of the story, setiap majlis perlukan perancangan teliti bukan sekadar diatas kertas semata-mata. For this moment we need money to get all the success.
Jumpa lagi.
hamba kembali ke bumi bentong pada 2/1/2015..bagaikan sireh pulang ke gagang
ReplyDeletetetapi hamba sudah terlalu lama tidak menulis sehinggakan ahamba tidak tahu bagaimana hendak menulis cerita baru..ada sesiapa boleh tolong hamba?
ReplyDelete