Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Sunday, July 10, 2011

Mimpi kita

masih kah dikau ingat..
Aku sentiasa teringat dikau. Adakah dikau masih ingat daku? Setakat mana dikau ingat. Sejauh mana dikau perlukan aku. Adakah sekadar cuma diwaktu ceriamu. Bagaimana waktu duka ku.

masihkah dikau ingat dikala dikau kecemasan? ketika itu dikau cemas tidak tentu hala. Aku juga tersentak dikala itu. betapa bimbang dan gusarnya. Puas kutanyakan disana sini. pernah hidupku gempar seketika. Tidak ketentuan ketika mengenangkan nasib diri bersama. Akhirnya misteri itu hampir terbongkar. sesudah selesai masalah sengsara itu, dikau kembali ceria. Aku turut gembira. namun dikau semakin jauh ataupun cuba pergi jauh dari ku. Mengapa? Adakah aku tidak diperlukan lagi. Walaupun aku bukan seorang yang berharta, cuma sekadar bersederhana belaka. Mungkin itu membuatkan dikau alpa tentang diriku. Padahal aku sentiasa dekat dihati. Setiap saat, detik aku menyebut namamu. "Bila rindu kusebut namamu"

Masihkah kau ingat? pertama kali ku menyapa dirimu, lesung pipit dan riak wajahmu membuatkan aku tertarik padamu. Ya, aku cuba membayangkan wajahmu yang putih kegebuan. Sekali pandang seperti anak cina.

Masa berlalu dengan pantas, ku ingatkan dikau hilang begitu sahaja. Masihkah kau ingat, perlawaanku untuk kita lunch bersama dengan dua orang sahabatku. Ingatkan dikau tidak sudi, rupa-rupanya dikau sudi menemaniku. Gembira sangat-sangat hatiku

Masihkah dikau ingat kita mandi bersama di Hutan Lipur Sekayu. Dimana air yang dingin terasa hangatnya. Perjalanan yang jauh hanya dirasa cuma selangkah. Wajah dikau terpancar kegembiraan.

Masihkah kau ingat, panas terik kita redahi dan diselang dengan hujan lebat. Teruskan perjalanan ke pantai Marang bermain hujan ditepian pantai. lalu dikau membisikan sesuatu: boleh tak ikut abang sepanjang masa dan kemana-mana sahaja. Kita terus berhubung sehingga kini. Yang pasti aku kerap kali menghantar dikau pergi ke kelas apabila ada masa terluang. Maaf aku tidak melaksanakan impian bersama untuk membawa dikau bersiar di Kotaraya, scuba and snorkling di pulau-pulau dan sebagainya ekoran dari kesuntukan masa dan halangan tertentu.

Masihkah kau ingat dimana dikau pernah diajukan soalan ; pilih aku atau dia? Beliau menyatakan amaran jangan buat lagi. Aku terkedu dan bersedih dan hanya boleh berkata: jika tidak sudi tidak mengapalah. Ini sahaja yang mampu aku lakukan. Masihkah dikau ingat kita kerap ke tempat biasa itu. Lokasi itu sentiasa dalam ingatanku. Masihkah dikau ingat tatkala kita pergi ke dusun bersama family dikau. Sama-sama berkejaran, pabila buah durian gugur, memetik dokong, memetik rambutan, cempedak dan sebagainya.

Masihkah dikau ingat kita pergi melawat kekanda dikau dihospital malahan kita masih pergi bersama dengan adik beradik dikau. Masihkah dikau ingat kita pergi jauh ke Taman rekreasi yang jauh dari daerah kita. Masihkah dikau ingat dengan Kuala Abang? Pantai menarik ketika gerimis menyapa rambutmu.

Masihkah dikau ingat dengan cahaya yang menyinari malam dimana kita bergambar. Salah satu daripada gambar dirakam dan ku jadikan kenangan bersama. Masihkah dikau ingat kita berkaraoke bersama? Masihkah dikau ingat kita lalui detik-detik indah bersama. Berbicara tentang diri, keluarga dan tentang kita. Sama-sama menzahirkan kata-kata hikmat cinta. Pernah diungkapkan perkataan i love you, always thingking of you.

Masihkah dikau ingat dikau menangis kerana sakit yang dialami. namun disahkan dikau selamat. Masihkah dikau ingat aku sentiasa mengingati mu agar sentiasa menjaga kesihatan diri. Semoga cepat sembuh Aku masih mencari siapakah dikau yang aku maksudkan. Owh..jam sudah hampir pukul 4.00 pagi..rupanya aku masih bermimpi

Monday, June 20, 2011

masa berlalu..

Salam buat rakan-rakan dialam maya. Hari ini hamba meneruskan kursus tanpa pensyarah kerana beliau terlibat dengan majlis yang lain. Gagal memenuhi dan mengisi masa yang terluang. Tetapi apa yang boleh lakukan. Just terkurung dalam bilik kuliah dengan kerja sendiri. Sempat berkenal-kenalan dengan rakan-rakan baru antaranya Wan dan Zack.

Semalam sempat pusing-pusing disekitar Melaka. Pekena otak-otak kempas, roti terbang dan sebagainya. Selain itu juga sempat meraikan sambutan hari lahir buat sahabat yang menghadiri kursus iaitu Sah Rizan..

Saturday, June 18, 2011

Maafkan hamba - Maaf TERBUKA

Hati ini terpanggil sekali lagi untuk mencoretkan sesuatu yang terlalu amat sukar untuk dikeluarkan. Hati hamba merasa amat kecelaruan kerana mengenangkan kisah-kisah silam, kisah semasa dan masa hadapan. Memandangkan factor usia telah semakin mencengkam. Wahai sahabat-sahabatku, kawan-kawanku, rakan-rakanku, teman-temanku, teman tapi mesra ku mahupun taulan, hamba secara secara TERBUKA memohon jutaan kemaafan atas segala kesilapan hamba yang disengajakan atau tidak disengajakan. Andaikata hamba pernah melukakan, mengeciwakan hati kalian ataupun melalui perbuatan dan percakapan hamba. Maafkan hamba, maafkan hamba. Hamba tidak berdaya untuk menanggung rasa kekesalan dan bersalah selagi belum menjelma salam kemaafaan dari kalian. Apa jua yang hamba lakukan terhadap kalian, LIVE Allah jelmakan ibarat skrin TV besar. Oleh yang demikian hamba merayu agar kalian memaafkan hamba. Cukuplah sekadar terdetik didalam hati. Jikalau kalian menyatakan salam kemaafan secara terbuka maka hamba akan lebih yakin, bersemangat kembali. Kecelaruan minda yang dialami mungkin atas factor usia,yang mana kita di dunia ini bila-bila masa sahaja akan kembali kepada Dia Yang Maha Esa.

Mungkin tak perlu hamba jelaskan kepada siapa, wajarlah secara umum, namun kalian diluar sana tahu apa yang hamba maksudkan. Alhamdulillah sekiranya tuanhamba sekalian sudi memaffkan hamba. Ini satu yang paling indah dan bahagia sekiranya hamba dapat dimaafkan oleh tuan hamba sekalian. Pusing punya pusing ayat dan percakapan ianya tetap berkisar tentang kemaafan.
Teringat akan hamba kepada zaman persekolahan (sekolah rendah, menengah rendah & menengah tinggi), zaman masuk remaja, zaman kerja kilang, zaman masuk gomen, zaman dapat rezeki dan terkini. Banyak pengalaman dan rintangan baik yang manis ataupun pahit. Sesetengahnya ada diantara kalian dapat hamba temui selepas 20 tahun berpisah, itupun melalui laman Facebook (ICT). Bukan hamba tidak mahu melayan atau berutusan dengan kalian, namun desakan kerja dan kesibukan semasa tidak membantu kita untuk sentiasa di alam maya. Sekali lagi hamba memohon maaf secara terbuka.
Banyak lah jika ingin dikhabarkan tetapi itu semua biarlah menjadi sejarah sebagai kenangan yang terindah. Yang pahit dan manis tetap ada dan telah tertulis dalam sejarah. Cuma hamba bukan tokoh negarawan atau somebody yang untuk diagungkan.
Buat pengakhiran kata, buat teman-teman istemewa yang pernah bertapak dihati atau singgah dihati ataupun yang sudi berteman (sekelip mata hilang) hamba merayu menyusun jari sepuluh; maafkan hamba, maafkan hamba MAAF ZAHIR BATIN. Kalian tetap di hati.
Sekian, Wassalam.

Al-Fatihah dan selamat hari bapa..

Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian. Hari ini aku terpanggil untuk melahirkan ucapan yang amat bermakna kerana sekian lama Ayahandaku Tn. Haji Deraman bin Hussin telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah untuk beliau. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Tanpa beliau siapalah hamba di muka bumi ini. Abah! Selamat hari bapa. Andainya dikau masih ada pastinya dikau berbangga dengan kehidupan yang anakanda alami sekarang penuh kesederhanaan. Maaf kan anak mu ini, andaikata telah lama melupaimu. Tidak terniat untuk melupai jasamu wahai ayahanda ku. Selamat hari bapa juga kepada semua rakan-rakan dan sahabat yang masih mempunyai bapa. Bagi yang telah tiada (Allahyarham) sekali lagi kita sedekahkan Al-Fatihah.

Monday, May 30, 2011

Kalau Janji Tidak Ditepati..

Lama terlalu aku tidak berkarya. Itupun kerana ada sedikit kelapangan yaqng hadir. Sekadar berkongsi cerita berkaitan tajuk janji. Ingatkan apabila berjanji maka kita akan tepati tetapi aku sudah berjam-jam menunggu sejak jam 2100 malam sampai sekarang masih belum muncul-muncul orang yang dinantikan. Seorang demi saorang temanku cabut mengilangkan diri. Jadi kepada yang berjanji, lain kali kena tepati kalau tidak membuatkan orang lain menunggu dan terus menunggu tanpa sebarang hasil. Tapi bagi aku tidak mengapa, kerana aku sempat menterjemahkan perangai kalian ke dalam blog yang tak seberapa ini. Kopitiam Kemaman, (depan MegaMall, Kuantan) jadi saksi.

Janji juga boleh membawa padah baik kepada jiwa raga ataupun kehidupan. Bukan apa sekadar nak berkongsi sahaja. Dahulu aku pernah ditaburkan janji untuk sehidup semati, dikaulah kekasih awal akhir, akulah yang disayang, aku yang dia suka, akulah yang terbaik dan macam-macam lagi. Nasib baiklah aku ni lelaki yang tak terasa sangat dengan perkara sebegini, namun sakit, perit tetap ada. Tiada niat nak mengungkit apa yang telah berlaku dan meramal bakal berlaku namun sekadar berpesan kepada pembaca blog ini janganlah berjanji sesedap gigi kelak bakal membakar jiwa nestapa.

Kalau pun telah berjanji tetapi tidak ditepati tebuslah ia dengan sepatah perkataan yang paling mudah tetapi paling bermaruah iaitu MAAF. Tidak akan hina atau hilang maruah diri dengan memohon maaf. Alangkah indahnya hidup didunia andaikata hidup kita penuh dengan kekayaan budi bahasa. Penuh kemaafan, akan membangkitkan seri persahabatan malah akan mematangkan persahabatan. Bagi yang berkasih sayang akan lebih mesra dan intim. Bagi yang telah berkeluarga ianya akan membangkitkan rasa bahagia dan mengekalkan keceriaan hidup berumahtangga. Seterusnya akan melahirkan suasana nikmat hidup diatas muka bumi ini. Wallahu'alam.

teringin nak menulis

Sesekali aku teringin nak menulis tetapi ideaku telah kontan. Entah ada atau tidak yang masih mengikuti perkembangan. Baru sahaja nak menulis dah terbantut.. Akibatnya 'hang' begitu sahaja. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan salam rindu kepada blogger yang ku kenali. Maaf kerana tidak sempat untuk melawat blog kalian. Pe-pepun teruskan usaha kalian. Jadikan blog sebagai bukan sahaja dairi kehidupan tetapi sebagai ilmu dan khazanah berlainan peristiwa.

Monday, May 2, 2011

semalam hatiku terubat

Semalam hatiku berasa sedikit terubat kerana orang pernah aku sayangi yang telah sekian lama tidak menghubungi kini telah menyapa aku melalui message di FB. Terasa sangat yang diri ini masih dihargai dan dingati. Ingatkan sidia telah lupa atau benci padaku. Walaupun sekadar menyapa dan bertanya khabar,namun ianya memberi kesan yang sangat mnendalam kepada sanubariku ini. Terasa ingin melompat kegembiraan. Walaupun sekadar beberapa patah ayat sahaja dapat ber'chat'. Antaranya : "Lama tak dengar berita", "Abang sihat ke? Abang BZ er" "Kakak & Amir sihat ke?" dll

Tak mengapalah, janji masih ada ruang untuk memulihkan persahabatan. Mustahil aku boleh melupakan dia. Begitu juga sebaliknya. Terima kasih buat sidia. Aku cuba untuk menunjukkan kegembiraan namun aku takut hanya bertepuk sebelah tangan, manalah tau sekadar ingin menguji diriku. Eh.. tak baik berperasangka begitu.