Hati ini terpanggil sekali lagi untuk mencoretkan sesuatu yang terlalu amat sukar untuk dikeluarkan. Hati hamba merasa amat kecelaruan kerana mengenangkan kisah-kisah silam, kisah semasa dan masa hadapan. Memandangkan factor usia telah semakin mencengkam. Wahai sahabat-sahabatku, kawan-kawanku, rakan-rakanku, teman-temanku, teman tapi mesra ku mahupun taulan, hamba secara secara TERBUKA memohon jutaan kemaafan atas segala kesilapan hamba yang disengajakan atau tidak disengajakan. Andaikata hamba pernah melukakan, mengeciwakan hati kalian ataupun melalui perbuatan dan percakapan hamba. Maafkan hamba, maafkan hamba. Hamba tidak berdaya untuk menanggung rasa kekesalan dan bersalah selagi belum menjelma salam kemaafaan dari kalian. Apa jua yang hamba lakukan terhadap kalian, LIVE Allah jelmakan ibarat skrin TV besar. Oleh yang demikian hamba merayu agar kalian memaafkan hamba. Cukuplah sekadar terdetik didalam hati. Jikalau kalian menyatakan salam kemaafan secara terbuka maka hamba akan lebih yakin, bersemangat kembali. Kecelaruan minda yang dialami mungkin atas factor usia,yang mana kita di dunia ini bila-bila masa sahaja akan kembali kepada Dia Yang Maha Esa.
Mungkin tak perlu hamba jelaskan kepada siapa, wajarlah secara umum, namun kalian diluar sana tahu apa yang hamba maksudkan. Alhamdulillah sekiranya tuanhamba sekalian sudi memaffkan hamba. Ini satu yang paling indah dan bahagia sekiranya hamba dapat dimaafkan oleh tuan hamba sekalian. Pusing punya pusing ayat dan percakapan ianya tetap berkisar tentang kemaafan.
Teringat akan hamba kepada zaman persekolahan (sekolah rendah, menengah rendah & menengah tinggi), zaman masuk remaja, zaman kerja kilang, zaman masuk gomen, zaman dapat rezeki dan terkini. Banyak pengalaman dan rintangan baik yang manis ataupun pahit. Sesetengahnya ada diantara kalian dapat hamba temui selepas 20 tahun berpisah, itupun melalui laman Facebook (ICT). Bukan hamba tidak mahu melayan atau berutusan dengan kalian, namun desakan kerja dan kesibukan semasa tidak membantu kita untuk sentiasa di alam maya. Sekali lagi hamba memohon maaf secara terbuka.
Banyak lah jika ingin dikhabarkan tetapi itu semua biarlah menjadi sejarah sebagai kenangan yang terindah. Yang pahit dan manis tetap ada dan telah tertulis dalam sejarah. Cuma hamba bukan tokoh negarawan atau somebody yang untuk diagungkan.
Buat pengakhiran kata, buat teman-teman istemewa yang pernah bertapak dihati atau singgah dihati ataupun yang sudi berteman (sekelip mata hilang) hamba merayu menyusun jari sepuluh; maafkan hamba, maafkan hamba MAAF ZAHIR BATIN. Kalian tetap di hati.
Sekian, Wassalam.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment