Lama terlalu aku tidak berkarya. Itupun kerana ada sedikit kelapangan yaqng hadir. Sekadar berkongsi cerita berkaitan tajuk janji. Ingatkan apabila berjanji maka kita akan tepati tetapi aku sudah berjam-jam menunggu sejak jam 2100 malam sampai sekarang masih belum muncul-muncul orang yang dinantikan. Seorang demi saorang temanku cabut mengilangkan diri. Jadi kepada yang berjanji, lain kali kena tepati kalau tidak membuatkan orang lain menunggu dan terus menunggu tanpa sebarang hasil. Tapi bagi aku tidak mengapa, kerana aku sempat menterjemahkan perangai kalian ke dalam blog yang tak seberapa ini. Kopitiam Kemaman, (depan MegaMall, Kuantan) jadi saksi.
Janji juga boleh membawa padah baik kepada jiwa raga ataupun kehidupan. Bukan apa sekadar nak berkongsi sahaja. Dahulu aku pernah ditaburkan janji untuk sehidup semati, dikaulah kekasih awal akhir, akulah yang disayang, aku yang dia suka, akulah yang terbaik dan macam-macam lagi. Nasib baiklah aku ni lelaki yang tak terasa sangat dengan perkara sebegini, namun sakit, perit tetap ada. Tiada niat nak mengungkit apa yang telah berlaku dan meramal bakal berlaku namun sekadar berpesan kepada pembaca blog ini janganlah berjanji sesedap gigi kelak bakal membakar jiwa nestapa.
Kalau pun telah berjanji tetapi tidak ditepati tebuslah ia dengan sepatah perkataan yang paling mudah tetapi paling bermaruah iaitu MAAF. Tidak akan hina atau hilang maruah diri dengan memohon maaf. Alangkah indahnya hidup didunia andaikata hidup kita penuh dengan kekayaan budi bahasa. Penuh kemaafan, akan membangkitkan seri persahabatan malah akan mematangkan persahabatan. Bagi yang berkasih sayang akan lebih mesra dan intim. Bagi yang telah berkeluarga ianya akan membangkitkan rasa bahagia dan mengekalkan keceriaan hidup berumahtangga. Seterusnya akan melahirkan suasana nikmat hidup diatas muka bumi ini. Wallahu'alam.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment