Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Sunday, January 9, 2011

suara untuk seseorang

Sekuat mana diri kita, kita tak kan lari dari pelbagai perasaan bercampur baur dalam diri kita sendiri. Tidak semua perkara dapat diluahkan namun dengan menulis diruangan blog ini akan sedikit sebanyak melegakan perasaan ku sendiri dan berharap seseorang yang hadir dalam hidup ini akan membacanya. Biarpun orang berkata muka nampak ganas tapi hati ada taman. Biarlah kerana mereka tak rasa asam garam percintaan, kasih sayang dan berkeluarga.

Setiap yang bermula akan berakhir, betul... namun jangan ungkapan ini melibatkan pengakhiran kasih sayang. Setiap manusia akan berubah walaupun berjanji tidak akan berubah, betul namun jangan terlalu drastik ataupun menyentap perasaan yang membuatkan hati ini menjadi luluh. Setiap insan berjanji akan sentiasa menyanyangi seseorang yang lain sampai akhir hayat tetapi tidak sampai beberapa bulan sahaja terus berubah atas alasan jauh dan tidak bersama selalu. Oh.. kejam sungguh cara demikian. Tetapi itulah kehidupan, kita tiada hak memaksa untuk seseorang untuk berterusan suka kepada kita. Hak kita hanya boleh bercakap, merayu dan berdoa sahaja. Bagi diri aku pulak senang sahaja. Jika orang dah tak sudi kenapa perlu aku terhegeh-hegeh untuk kembali atau menyembah merayu. Tetapi akulah manusia sekejam itu, aku sentiasa memaafkan dan sentiasa menerima sesiapa sahaja yang memerlukan kasih sayang. Walaupun kekadang hati ini luluh dengan perbuatan, tindakan, baik yang kasar atau halus. Namun ada satu masalah besar dalam diri ini, dimana sekali aku menyayangi sesorang maka payah untuk melupakannya kecualilah seseorang nekad tidak mahukan diri ini lagi. Sebetulnya aku juga punyai banyak kelemahan yang mana tidak tahan dengan tingkah laku dan perbuatan serta permintaanku. Mungkin ~ Petikan suara hati novel Pearl Silver


Kenapa setiap sahabat baik, kekasih, teman-teman yang dahulunya rapat sampai satu masa semakin jauh dan jauh dari diri ku..Petikan suara hati novel berkawan lama, berkekasih sekejap, berpisah menderita

2 comments:

  1. ...Serasa sama dengan apa yg ku alami. perpisahan memang perkara yang tak dapat dielakkan, tapi perpisahan yg menyentap perasaan dan meluluhkan jiwa seboleh-boleh ingin dielakkan.
    Tiada hak untuk mengawal rasa hati seseorang, biarpun disangka hati telah bersatu dan cinta bertaut, tapi setiap orang boleh berubah.
    Sentiasa yakin pada Qada' Allah, percaturanNya pasti ada sebab yang tersembunyi.
    Mohon padaNya memelihara hati agar tidak terlalu dirundung kesedihan, agar jiwa sentiasa diulit ketenangan :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih buat Nisa Sofeannyss atas pandangan tersebut, saya hargainya..

    ReplyDelete