Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Sunday, January 9, 2011

selesai tugasan menembak

Banyak yang aku belajar semasa berkursus di Akmal Melaka kali ini 3 hingga 7 Jan 2001. Untuk mengendalikan sesuatu senjata bukanlah mudah yang disangkakan. Faktor keselamatan adalah langkah yang paling penting kerana kita bermain dengan peluru hidup. Tersilap langkah maka ianya akan menyebabkan kecederaan parah atau maut. Antara lain kita mestilah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh JL.

Sebelum kita menyentuh atau memegang senjata, maka kita perlu beranggapan setiap senjata itu adalah berpeluru. Keduanya kita jangan sesekali menghalakan senjata ke arah rakan dengan niat bergurau. Halakan ke arah selamat dan tidak ke arah rakan. Apabila kita memegang senjata, maka jari telunjuk WAJIB lurus diluar picu. Seterusnya ikut langkah keselamatan yang diberikan oleh JL.

Untuk tempoh seminggu adalah satu tempoh yang sangat seronok untuk diimbaukan. Perasaan bercampur baur pada awalnya menjadi riang dan gembira. Bukan apa semua peserta berjaya mengendalikan senjata tanpa sebarang malapetaka. JL semua bersikap baik dan profesional terhadap kami. Walaupun pada hari pertama jurang diantara star dan cokia adalah sangat jauh. Namun atas kebijaksanaan JL jurang tersebut dapat diatasi. Tidak semestinya penembak tepat sentiasa kekal dengan prestasi mereka. Bergantung kepada jenis acara, jenis senjata, ketepatan dan faktor masa (terpantas).

Alhamdulillah jika sebelum ini aku hanya tahu pistol sahaja. Rupa-rupanya itu bahasa kampung. Senjata yang kami gunakan ialah Revolver .38 William & Smith. Selain itu dapat juga menggunakan (rifle) HK3 MP5 dan sudah semestinya Glock. Bukan setakat menembak malah didedahkan kepada cara membuka, memasang dan mencuci semula senjata tersebut. Terima kasih kepada JL yang terlibat. Jasa kalian tetap dikenang sampai bila-bila.

Masih teringat 5 prinsip KEJAGOHAN:

1. Posisi/kedudukan (secukup rasa, kaki kanan belakang sedikit dari kaki kiri)

2. Gengaman/pegangan (ibarat memegang burung; pegang kuat mati pegang x kuat terbang)

3.Tenangan (pandang pajera hadapan didalam pajera belakang)

4.Ramasan (ramas perlahan-lahan, jangan rentap biarkan ia meletop sendiri..ramas perlahan2)

5.Follow through ( target selaras dengan tangan, selepas tembah tengok target)

No comments:

Post a Comment