Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Thursday, January 27, 2011

sakit tekak tak baik-baik lagi.

Sakit didadaku.. sakitnya tekak ku.. bilalah nak baik ni, ubat dah makan, anti biotik dah baham, ubat batuk (cap ibu anak, kelapa laut Afrika, Dequadin) ubat sakit kerongkong pun sudah. Mulalah teringin nak minum coke sejuk sepuas-puasnyer. Macam-macam petua dah aku buat. Siap cukur rambut lagi. Bukan apa aku ni sekali demam nah.. lama juga baru nak baik. Betul lah orang kata bila kena demam 3 serangkai ni nak bernafas pun susah.

Tambahan pula semalam aku bedal masak ayam pedas merah menyala, sayur jantung campur kacang panjang, telor dadar, daging masak kicap, sambal belacan dan bubur pisang kat Istana Abdul Aziz Indera Mahkota. Minum pulak air sirap ais, erm..batuk pun mulah berbunyi. Kong! Kong!.. sebenarnya bukan nya batuk sangat tapi tekak tu rasa gatal merenyam, bagai nak korek atau nak garu-garu.

Bukan setakat itu sahaja, pabila nak telan air liur, mak aiiii..sakitnya. Tambahan pula bila tengah-tengah malam musim sejuk (hujan) ni.. mulalah batukpun berlawan-lawan. Harap-harap esok baiklah ia.

Monday, January 24, 2011

sekadar teringat..

Kali ini aku ingin berkongsi tentang erti keciwa. Memang apabila kita dilanda derita, maka kita akan berasa sedih yang teramat sangat. Bagi aku ada cara tersediri untuk menghilangkan keciwa. Cuba keluarkan air mata tersebut secara suci murni iaitu bukan secara dibuat-buat atau dipaksa-paksa. memanglah air mata itu terlalu mahal untuk dikeluarkan oleh yang bergelar lelaki. Aku pun semenjak dua menjak nilah baru keluar air mata. Itupun sejak meninggalkan/ditinggalkan Terengganu.

Oh ya bagi maksud keluar air mata diatas adalah untuk kes yang terlalu keciwa. Kalau setakat keciwa sikit-sikit tu just pergi buat-buat sibukan diri, bersukan, berekreasi ataupun dalam ertikata yang lain penatkan diri supaya bila malam tidur cepat. Jangan sengaja membuatkan diri susah terutama bila menyendiri. Cuba jadikan diri sibuk samada dengan memonton TV, nonton Wayang, dengar muzik atau sebagainya. Tambahkah sedikit dengan berbuat hati kering @ bercakap dengan diri sendiri aku boleh buat. Jangan sesekali menyimpan dendam ataupun terdetik dalam hati ingin membalas dendam. Redho.. walaupun pahit.

Cewah aku ni berceloteh macamlah keciwa sangat. Pernah keciwa. Keciwa dengan sikap pasangan kekadang pernah juga mengeluh. Tapi motto hidupku senang dan mudah "JIKA ORANG SUDI AKU 10 KALI SUDI, JIKA ORANG TAK SUDI MAKA AKU 10 KALI TAK SUDI" Nadanya mungkin keras dan meninggi diri, tetapi itulah cara hardcore jika tuan/puan mengalaminya. Bercakaplah dengan diri sendiri, maybe ada hikmahnya, maybe salah aku, maybe tak ada jodoh dan sebagainya bagi menyedap diri sendiri. Siapa lagi yang boleh tolong kita selain dari diri sendiri. Bangun..bangun never give up. Life must go on.

sekadar teringat "Kita dah tak boleh seperti dulu...tolonglah faham"

1st time mendaki Bukit Pelindung dari TC

Akhirnya aku berjaya buat pertama kalinya untuk menawan Bukit Pelindung. Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan Gn Kinabalu atau sebagainya. Tetapi Bukit Pelindung merupakan satu bukit yang unik kerana terus terjajar sehinggan ke laut China Selatan. Tak terlintas untuk mendaki bukit sebenarnya. Sekadar berjogging dari rumah ke pesisir pantai Telok Cempedak. Tetapi lambaiannya tetap menggamit. Semenjak aku berpindah ke Kuantan asyik bertangguh je.

Sebelum itu aku sempat berlari-lari anak menunggukan terbitnya matahari di TC. Sempat juga bergambar di batuan kiri dan kanan Teluk Chempedak. Maha Kaya Allah atas ciptaannya tersergam ribuan bentuk batu yang sangat unik dan menarik yang sentiasa menjadi kegilaan jurugambar. Sempat bertegur sapa dengan pengunjung yang turun naik ke Bukit Pelindung. Kebanyakkannya pelajar sekolah, couple dan pengemar rekreasi. Bagi orang-orang yang agak berumur mereka sekadar berlegar-legar dikaki bukit sahaja samada di sebelah kaki Bukit Pelindung ataupun kaki bukit Teluk Chempedak.

Cuaca yang redup memudahkan pendakian ku bersama 'adikku' Normala. Kesian dia, mula tapak kasut terkoyak. lepas tu, kasut kiri pulak koyak, last-last dicampakkan ke dalam tong sampah. Berkaki ayam lah jawabnya. Sakit tak? mana ada sakit, so kami pun teruskan perjalanan tanpa sebarang kecederaan.


Tengah-tengah mendaki besedup 3 4 buah basikal atas kepala, rupa-rupanya Bukit pelindung adalah laluan X-basikal cross country dan mountain bike. Berderau darah, dalam hati tertanya-tanya, mana datangnya basikal ni. Oh rupa-rupa tertulis disitu awas..laluan basikal mountain bike.

Sunday, January 9, 2011

suara untuk seseorang

Sekuat mana diri kita, kita tak kan lari dari pelbagai perasaan bercampur baur dalam diri kita sendiri. Tidak semua perkara dapat diluahkan namun dengan menulis diruangan blog ini akan sedikit sebanyak melegakan perasaan ku sendiri dan berharap seseorang yang hadir dalam hidup ini akan membacanya. Biarpun orang berkata muka nampak ganas tapi hati ada taman. Biarlah kerana mereka tak rasa asam garam percintaan, kasih sayang dan berkeluarga.

Setiap yang bermula akan berakhir, betul... namun jangan ungkapan ini melibatkan pengakhiran kasih sayang. Setiap manusia akan berubah walaupun berjanji tidak akan berubah, betul namun jangan terlalu drastik ataupun menyentap perasaan yang membuatkan hati ini menjadi luluh. Setiap insan berjanji akan sentiasa menyanyangi seseorang yang lain sampai akhir hayat tetapi tidak sampai beberapa bulan sahaja terus berubah atas alasan jauh dan tidak bersama selalu. Oh.. kejam sungguh cara demikian. Tetapi itulah kehidupan, kita tiada hak memaksa untuk seseorang untuk berterusan suka kepada kita. Hak kita hanya boleh bercakap, merayu dan berdoa sahaja. Bagi diri aku pulak senang sahaja. Jika orang dah tak sudi kenapa perlu aku terhegeh-hegeh untuk kembali atau menyembah merayu. Tetapi akulah manusia sekejam itu, aku sentiasa memaafkan dan sentiasa menerima sesiapa sahaja yang memerlukan kasih sayang. Walaupun kekadang hati ini luluh dengan perbuatan, tindakan, baik yang kasar atau halus. Namun ada satu masalah besar dalam diri ini, dimana sekali aku menyayangi sesorang maka payah untuk melupakannya kecualilah seseorang nekad tidak mahukan diri ini lagi. Sebetulnya aku juga punyai banyak kelemahan yang mana tidak tahan dengan tingkah laku dan perbuatan serta permintaanku. Mungkin ~ Petikan suara hati novel Pearl Silver


Kenapa setiap sahabat baik, kekasih, teman-teman yang dahulunya rapat sampai satu masa semakin jauh dan jauh dari diri ku..Petikan suara hati novel berkawan lama, berkekasih sekejap, berpisah menderita

selesai tugasan menembak

Banyak yang aku belajar semasa berkursus di Akmal Melaka kali ini 3 hingga 7 Jan 2001. Untuk mengendalikan sesuatu senjata bukanlah mudah yang disangkakan. Faktor keselamatan adalah langkah yang paling penting kerana kita bermain dengan peluru hidup. Tersilap langkah maka ianya akan menyebabkan kecederaan parah atau maut. Antara lain kita mestilah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh JL.

Sebelum kita menyentuh atau memegang senjata, maka kita perlu beranggapan setiap senjata itu adalah berpeluru. Keduanya kita jangan sesekali menghalakan senjata ke arah rakan dengan niat bergurau. Halakan ke arah selamat dan tidak ke arah rakan. Apabila kita memegang senjata, maka jari telunjuk WAJIB lurus diluar picu. Seterusnya ikut langkah keselamatan yang diberikan oleh JL.

Untuk tempoh seminggu adalah satu tempoh yang sangat seronok untuk diimbaukan. Perasaan bercampur baur pada awalnya menjadi riang dan gembira. Bukan apa semua peserta berjaya mengendalikan senjata tanpa sebarang malapetaka. JL semua bersikap baik dan profesional terhadap kami. Walaupun pada hari pertama jurang diantara star dan cokia adalah sangat jauh. Namun atas kebijaksanaan JL jurang tersebut dapat diatasi. Tidak semestinya penembak tepat sentiasa kekal dengan prestasi mereka. Bergantung kepada jenis acara, jenis senjata, ketepatan dan faktor masa (terpantas).

Alhamdulillah jika sebelum ini aku hanya tahu pistol sahaja. Rupa-rupanya itu bahasa kampung. Senjata yang kami gunakan ialah Revolver .38 William & Smith. Selain itu dapat juga menggunakan (rifle) HK3 MP5 dan sudah semestinya Glock. Bukan setakat menembak malah didedahkan kepada cara membuka, memasang dan mencuci semula senjata tersebut. Terima kasih kepada JL yang terlibat. Jasa kalian tetap dikenang sampai bila-bila.

Masih teringat 5 prinsip KEJAGOHAN:

1. Posisi/kedudukan (secukup rasa, kaki kanan belakang sedikit dari kaki kiri)

2. Gengaman/pegangan (ibarat memegang burung; pegang kuat mati pegang x kuat terbang)

3.Tenangan (pandang pajera hadapan didalam pajera belakang)

4.Ramasan (ramas perlahan-lahan, jangan rentap biarkan ia meletop sendiri..ramas perlahan2)

5.Follow through ( target selaras dengan tangan, selepas tembah tengok target)

Wednesday, January 5, 2011

dari kuantan ke Melaka ikut Tangkak

Pertama kali menggolekkan tayar kereta melalui jalan Muazam, Segamat, Tangkak sehingga ke Air Keroh Melaka sejauh 280km.

Perjalanan dimulakan jam 5.30 petang dalam keadaan hujan renyai-renyai. Betapa banyaknya kenderaan yang terpaksa dipintas, jika tidak alamat malamlah baru sampai. Keadaan jalan pula, tidak mengizinkan. Puas berhempas mengelakkan lopak dan lubang dan lumpur.

Hanya bertemankan 100+, keropok kentang, kacang gajus yang sempat dibeli di Shell Kg Selamat. Perjalanan amat dirasakan begitu panjang dan sedikit membosankan. Setelah 3 1/2 jam, barulah aku tiba diMelaka.

Kenangan di malam tahun baru 2011

Tanggal 1.1.11 aku kembali ke daerah lamaku Bentong. Orang lain menyambut tahun baru dengan bunga api. Namun aku dan keluarga hanya menyambut tahun baru dengan bunga api original. Yelah bunga api yang terbit akibat pembakaran barang-barang tak perlu, sampah-sampah kecil, buku-buku lama, maka terbitlah 'bunga api' yang sebenar.

Apa yang menarik aku telah tidur dirumah lamaku tanpa elektrik dan bekalan air kerana pada tanggal 25.12.2010 yang lalu aku telahpun menamatkan perkhidmatan mereka. cuma berbekalkan lampu camping. Nasib baik air tangki masih banyak lagi. Rupa-rupanya kehadiran ku kembali jadi bualan, siap bertanya, buat apa dia datang lagi, macam mana dia dapat kunci rumah, kenapa kunci rumah tak pulangkan lagi, mengapa..mengapa..dan kenapa.. Ikut suka hati akulah! Barang-barang aku masih banyak. Selepas ini kalian tak perlu lagi ambil tahu tentang apa yang berlaku dalam kehidupan kami or dalam kain kami. (inipun kira bahasa paling sopanlah ni)

Tarikh 1.1.11 merupakan tarikh keramat kerana aku hadir buat kesekian kali ataupun yang terakhir ke Bentong bagi tujuan mengambil barangan yang tinggal kerana tidak muat untuk dibawa dengan lori (11 tan) pada 25.12.2010 yang lalu. Tetapi apa yang lebih menyedihkan telah berlaku dalam hidup kami. Segala langsir-langsir dan frame-frame gambar, jam dinding dan sebagainya telah disumbat ke dalam guni dan dicampakkan ke bahagian depan rumahku bersama barangan pindah yang lain. Kalau gentlewoman or gentleman datanglah bersemuka dan jangan main cakap-cakap kosong dan mengadu kesana sini. Kejadian ini berlaku ketika ke pergi dinner bersama karibku Cif Ishak dan Kak Nor. Rupan-rupanya kami tidak disukai oleh segelintir penduduk perumahan. Kami sekadar datang untuk mengambilpeti ais yang kami tumpangkan sementara di rumah persatuan. Salah ke? Harta kami..

Kami datang bukan untuk mencari musuh. Kami datang kerana hendak mengambil barang yang belum sempat kami bawa ke Kuantan. Ikutkan hati hendak sahaja aku bakarkan rumah persatuan. Ha ha aku bukanlah sekejam itu, cuma sesekali datang perasaan marah kepada seseorang. Erm.biarlah dia dengan gila kuasa dan gila segala-galanya..

Sedar tak sedar hampir 5 tahun kami menetap di Bentong. Coretan ini bukan berniat melukakan hati sesiapa, namun berharap dan berdoa agar mereka yang mempunyai niat-niat tertentu tu hentikanlah perbuatan anda tersebut. Kami tahu siapa mereka dan mengapa mereka tidak suka atau menyampah kepada kami (segelintir). Semoga Allah melimpahkan hidayah kepada mereka.. wallahualam..

MUSUH DALAM SELIMUT
API DALAM SEKAM
GUNTING DALAM LIPATAN

Cuma ku berpesan, ubahlah sikap dan budaya sementara masih bertenaga dan sampai bila kita nak merasa merak, hebat, berlagak dan sebagainya. Selagi masih ada sifat PHD maka bangsa kita akan tetap mundur.