Tetiba aku rasa seperti tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Tatkala kekakadang buntu tidak tahu hendak diceritakan kepada sesiapapun. Rasa-rasa seperti kehilangan segala-galanya. Tiada saudara tiada teman-teman (mungkin perasaan sahaja yang menghantui).
Manakan tidaknya gerak hati rasa seperti sesuatu dugaan (perkara buruk) akan berlaku. Pada kebiasaanya aku pulang sahaja dari pejabat terus capai peralatan ping pong terus ke kelab untuk beriadah. Namnu pada petang itu tidak, aku terus menemakan rakan-rakan bagi membasahkan tekak dan sempat membotakkan kepala memandangkan keesokan harinya ada tournement manakala isnin dan selasa ada exam PTK.
Jam baru menunjukkan jam 6.00 petang, sebaik sahaja aku menghampiri simpang tiga Kuala Repas - Taman Bukit Chamang, ternampak ibu kepada kawan anakku melambai-lambai seperti kecemasan.
Berderau darahku, sebab petang tadi Amir ada kat rumah. Terperanjat, berdebar, panik semua ada. Bagai nak pitam bila melihat muka Amir penuh darah merah mengalir dan lebam. Tangan kanannya luka teruk dengan darah memancut-mancut. Amir kelihatan sakit yang teramat sangat serta pucat lesi akibat menahan sakit yang tidak terperi. Aku terus bergegas mengikuti jalan shortcut kerana ketika ini (Jumaat/weekend) maklumlah orang KL nak pulang ke Kelantan. Hati ku semakin luluh bila melihat dari kaki anak seolah-olah semakin pendek yang dipenuhi dengan darah segar yang meruap-ruap yang hanya beralaskan towel hijau."Amir accident, dalam kereta ni, jangan marah dia,
hantar ke hospital dulu"
Kasihan pula rasa dihati, dengan tiba-tiba sahaja rasa marah geram tadi hilang. Mungkin beliau masih rasa takut padaku. Dalam hati berkata, harap-harap luka sahaja dan tidak ada patah riuk. Sampai sahaja ke Hospital, terus amir dimasukan ke Wad Kecemasan. Aku tidak ingat siapa yang mengangkat beliau ke wad sementara aku mengalihkan kereta.Sempat juga aku bertanya, "Sakit tak?""Sakit Abah...." jawab beliau."macam mana boleh berlaku?" aku mendesak lagi."Abah..ampun Bah, lepas ni Along tak nak naik motor lagi..."
sambil air matanye keluar.
Selepas selesai beliau mendapat rawatan awal dan x-ray, didapati beliau patah tangan kanan, 3 jari kaki patah 3 @ 4 setiap satu. Jari kedua terpaksa dipotong sedikit hujungnya. Luka serius tangan kanan berhampiran siku sebesar penumbuk. Alhamdulillah luka di muka dan kepala tidak menunjukkan impact besar kepada kepala dan otak.
Sebelum itu aku tengok bagai nak pitam kerana darah yang menitis dari katil ke lantai adalah darah Amir, mengalir seperti air paip. Manakala jururawat pratikal terus memberus dan mencuci luka seperti memberus kuali. Aduh....sakitnya, pedih dan aku tak sanggup tengok. Tanpa bius luka Amir dijahit hidup-hidup. Tapi aku tengok beliau steady je. Aku respect betul kat beliau, Along cool walaupun ianya sakit sangat. memang beliau tabah, memang tabah. Mungkin itu semua akan menjadi pengajaran buat beliau ataupun kesilapan dan dosaku dimasa lampau dan akan datang.
Jam sudah menujukkan jam 11.00 malam. Amir terpaksa dibawa dengan ambulan ke Hospital Tengku Ahmad Shah Temerloh kerana tiada pakar bedah (spcialist) disini. Kebetulan Ibunya baru sampai dari KL kerana menziarahi Hafiz, anak Cif Ishak (jiran) operation tumor cancer di PPUM serta terus menaiki ambulan dalam keadaan teresak-esak. Kasihan beliau, tak sampai hati aku nak beritahu beliau takut-takut beliau terperanjat. Selama 5 jam aku merahsiakan perkara ini. Sebaik sahaja ambulan bergerak hujan turun selebat-lebatnya. Aku termanggu-mangu, hendak ku follow ambulan dalam hujan lebat almaklumlah.. mesti kabur dan laju...
No comments:
Post a Comment