Salam dan bertemu kembali, lama rasanya tidak mencoret dihalaman ini. Apa yang pasti musibah yang melanda anakku Abdul Amir Asraf tidak akan kulupakan sampai bila-bila. Pengajaran yang kita dapat disini ialah walaupun aku menjaga anak ku agar menunggang motosikal dengan berhati-hati namun kemalangan tetap tidak boleh kita halang, jika itu telah tersurat.
Tanggal 12 hb March yang lalu jam lebih kurang 6 petang, Amir baru sahaja lepas kemalangan. Motosikal yang beliau naiki bersama rakannya telah bertembung dengan motosikal 'mat tirap' dan tidak semena-mena kawan Amir turut terlanggar Amir dari belakang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Ya Allah semasa aku menghantar Amir ke hospital, darah memancut dari jari kakinya, muka basah darah mengalir dan luka ditangannya ibarat dihiris pisau sehinggan nampak tulang. MasyaAllah. Pada fikiranku tiada yang patah. Rupa-rupanya tekaan ku meleset sama sekali. Amir telah mengalami patah tangan kanan, patah 3 jari kaki kanan, malahan jari kaki kedua (dari kanan) terpaksa dipotong kerana tulang telah hancur. Aduhai kasihan anakku. Masih muda telah mengalami kecacatan kekal. Tetapi Alhamdulillah kecederaan dimuka tidak melibatkan gegaran otak atau kecederaan kepala yang teruk.
Peristiwa itu begitu pantas berlaku membuat sesekali aku panik yang tidak terkira memandangkan ibu tiada ketika itu. Ibunya telah pergi melawat anak kepada jiranku di PPUM yang mengalami kanser tumor. Yang pasti beliau terpaksa di bawa ke Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut dan rapi.
No comments:
Post a Comment