Salam 1 Malaysia. Maaf menganggu minda kalian. Wajarkah seorang pengurus menyekat atau menghalang orang lain untuk berbuat amal jariah, ziarah kemalangan, ziarah (fisabilillah) antara hidup atau mati, ziarah kematian dan sebagainya. Zalim dan tidak bertimbang rasakah seorang pengurus itu dengan tidak menggunakan budi bicara apabila tidak membenarkan pekerja menggunakan kereta Syarikat. Bagus, bagus betul pengurus sebegini. Inikah yang dinamakan pengurus? berpangkat besar, ada gelaran... Pandai beliau menguruskan syarikatnya. Agak-agaklah. Perkara baik sepatutnya disokong dan direstui tanpa diberi pelbagai alasan. Takkan nak tunggu dah meninggal dunia baru nak pergi menziarahi. Takkan dah meninggal dunia atau dah nazak still nak tunggu selepas waktu kerja atau hujung minggu. Dimanakah nilai seseorang insan? Cuba tuan puan fikirkan barang seminit dua. Kalau nak straight dan terlalu taksub dengan peraturan kerja sekalipun, fikirkan lah nilai kebajikan pekerja. [itu semua dunia belaka, undang-undang (birokrasi) dunia belaka] Ingatlah undang-undang Allah. Adilkah dikau sebagai seorang pemimpin. Renung-renungkan. Jikalau nak jimat sekalipun jangan lah menyusahkah pekerja. Jikalau nak nama sekalipun janganlah 'kedekut taik hidung masin'. atau bercakap 'ikut sedap gigi sahaja', ini bukan masa untuk berpolitik atau menjaga nama atau mementingkan pengurusan kewangan. Timbang taralah. Disini sudah memperlihatkan ketidakbijakan seseorang itu mengurus, Disini jua telah memperlihatkan pekerja tidak akan menyukai seseorang pengurus itu untuk selama-lamanya. Mungkin sebarang musibah tidak terkena kepada batang hidung pengurus. Kalaulah kena kat batang hidung pengurus tersebut maka pekerja akan berkata tunggu abis waktu kerja atau hujung minggu baru boleh pergi ziarah. Maaf kami tak perlu datang kerana tidak boleh menggunakan kenderaan Syarikat walaupun dalam keadaan kecemasan. Bukan apa teringat kisah drama TV1 beberapa tahun yang lalu.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment