Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Tuesday, March 30, 2010

Budi bahasa amalan kita..

Alahai...masih ada manusia yang tak tau adab sopan santun melayu. Di khabarkan setiap jururawat (lawa, comei berpakaian serba hijau) mempunyai tatasusila dan kelakuan yang terpuji. Tetapi semuanya indah khabar dari rupa. Terpanggil dari kejadian tengahari tadi, saya bersama rakan telah melawat ke Pusat Perubatan UM di wad 5UB malangnya layanannya sangat memeranjatkan. Sehinggakan kami menyapa dan bertanya secara baik dibalas dengan muka masam mencuka. Kita ni seperti pengemis asing. Apalah salahnya, dengan memberikan senyuman walaupun dengan terpaksa. Aduh...sakit sangat rasanya, kita pulak yang terhegeh-hegeh bersopan santun kerana nak menjaga hati mereka. Kami faham mungkin mereka penat, tension dan tertekan dengan tugas tetapi tak boleh berkelakuan seperti itu. Dimanakah hilangnya slogan "budi bahasa amalan kita" Kekadang manusia memandang darjat dan pangkat kot. Kalaulah kami berpakaian segak dan berseragam penuh, mungkin lain layanannya kot....

Sunday, March 28, 2010

Akhirnya..

Akhirnya aku dan cikgu Zainal berjaya menempatkan diri dalam no. 3 terbaik. Selepas berhempas pulas melepasi peringkat kumpulan dan suku akhir hingga ke separuh akhir, aku terpaksa akur miskipun tewas diseparuh akhir kepada team champ. Serting telah membuktikan kesungguhan dan semangat kami. Tarikh 28 Mac 2010 tak akan kami lupa. Walaupun sekadar tempat ke-3 Kejohanan Ping Pong Serting Open (double). Macam tak percaya. Tetapi atas kesungguhan dan keazaman serta kekuatan mental lami dapat mengatasi rintangan. Ianya merupakan satu motivasi kepada kami untuk mengecap kejayaan dimasa akan datang.
Keputusan perlawanan;Lawan Penjara menang 3-1, lawan Budak Spin menang 3-1, lawan Pilihan Serting kalah 3-0, lawan Askar menang 3-1, lawan Palong (1/2 suku akhir) menang 3-1, lawan Pilihan Serting kalah (separuh akhir) 3-0 : 11-9, 11-9, 11-9 [walaupun kalah tipis dari margin tetapi perlawanan tetap menghiburkan, malahan ada yang berkata sepatitnya kami berjumpa di Final. pertemua kali kedua lebih hebat merupakan perlawanan ulangan kumpulan ]

Wednesday, March 24, 2010

Kesah Pengurus Syarikat...yang tidak berperikemanusiaan.

Salam 1 Malaysia. Maaf menganggu minda kalian.
Wajarkah seorang pengurus menyekat atau menghalang orang lain untuk berbuat amal jariah, ziarah kemalangan, ziarah (fisabilillah) antara hidup atau mati, ziarah kematian dan sebagainya. Zalim dan tidak bertimbang rasakah seorang pengurus itu dengan tidak menggunakan budi bicara apabila tidak membenarkan pekerja menggunakan kereta Syarikat. Bagus, bagus betul pengurus sebegini. Inikah yang dinamakan pengurus? berpangkat besar, ada gelaran... Pandai beliau menguruskan syarikatnya. Agak-agaklah. Perkara baik sepatutnya disokong dan direstui tanpa diberi pelbagai alasan. Takkan nak tunggu dah meninggal dunia baru nak pergi menziarahi. Takkan dah meninggal dunia atau dah nazak still nak tunggu selepas waktu kerja atau hujung minggu. Dimanakah nilai seseorang insan? Cuba tuan puan fikirkan barang seminit dua. Kalau nak straight dan terlalu taksub dengan peraturan kerja sekalipun, fikirkan lah nilai kebajikan pekerja. [itu semua dunia belaka, undang-undang (birokrasi) dunia belaka] Ingatlah undang-undang Allah. Adilkah dikau sebagai seorang pemimpin. Renung-renungkan.
Jikalau nak jimat sekalipun jangan lah menyusahkah pekerja. Jikalau nak nama sekalipun janganlah 'kedekut taik hidung masin'. atau bercakap 'ikut sedap gigi sahaja', ini bukan masa untuk berpolitik atau menjaga nama atau mementingkan pengurusan kewangan. Timbang taralah. Disini sudah memperlihatkan ketidakbijakan seseorang itu mengurus, Disini jua telah memperlihatkan pekerja tidak akan menyukai seseorang pengurus itu untuk selama-lamanya. Mungkin sebarang musibah tidak terkena kepada batang hidung pengurus. Kalaulah kena kat batang hidung pengurus tersebut maka pekerja akan berkata tunggu abis waktu kerja atau hujung minggu baru boleh pergi ziarah. Maaf kami tak perlu datang kerana tidak boleh menggunakan kenderaan Syarikat walaupun dalam keadaan kecemasan. Bukan apa teringat kisah drama TV1 beberapa tahun yang lalu.

Pengajaran dari musibah 12 Mac

Apabila mengenangkan musibah yang begini rupa, terpanggil terkenangkan dosa-dosa dan kesilapan lampau dan bakal mendatang. Apalah daya untuk aku melawan takdir. Perkara yang telah terjadi dan bakal terjadi tetap terjadi. memanglah seiap perkara sebegini ada hikmahnya. Setiap duka pasti akan ada suka dan ceria. Tunggu dan lihat sahajalah.

Selepas musibah 12 March

Termenung, termanggu. Tak cukup tidur. Banyak yang bermain di kepala.
Bagaimana dengan Amir, muda lagi dah cacat kekal, parut sana sini, muka pun dah tak hensem lagi. mana lahi nak fikir tranining all out tetapi tak dapat joint tournement. Mana lagi nak fikir tentang exam PTK.
Arch...hanya dapat berdoa dan bertawakkal. Kawan hairan apabila melihat aku tenang. Tidak! sebenarnya penuh keluh kesah didalamya. Terima kasih kepada Mak Haziq yang turut mengambil Amir dari tempat kejadian dan rumah. Terima kasih kepada Tn. Mokhtar sekeluarga antara yang tau lebih awal. Terima kasih buat semua yang mengambil berat termasuklah Lan/Maziah, terima kasih kepada Kak Long & cif Russlee yang sudi menunggu, terima kasih kepada Eddy yang mempercepatkan perjalanan, terima kasih kepada Dr. Ina dan Kamarulzaman suami isteri yang menguruskan di hospital disana. Terima kasih kepada semua yang sudi menghulurkan simpati, doa, wang ringgit dan sokongan. Tidak lupa kepada kepada semua doktor dan jururawat, Hj, Shukor, Pn Asiah & family, Datin Norliah, Pn Zailan, Pn. Siti & family, Cif Sahbani, En Salleh, En Basaroh, En. Zorro, Tn Bahari serta saya memohon maaf tidak dapat mengingati semua nama. Tetapi wajah kalian tetap dihati, semoga Allah jua yang membalas. Sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mendoakan walaupun sekelumit. Amin.
diserta serba rengkas lebih kurang ceritanya;
Amir bersama rakannya membonceng motosikal WHT7781 selepas kembali dari gotong royong dirumah guru tuisyen telah bertembung motosikal yang ditonggang oleh askar. Selepas itu Amir telah dilanggar pula oleh sebuah motosikal kawan mereka dari belakang. Akibat dari pelanggaran tersebut Amir patah tangan kanan, patah 3 jari kaki kanan, luka dimuka dan kepala dan luka teruk ditangan kanan dan motosikal rosak teruk dibahagian tengah. Manakala rakannya Haziq patah kaki kanan dan luka teruk dikaki tangan. Manakala penunggang (rakan Amir) pecah muka, bibir dan patah gigi depan (atas). manakala askar patah tangan kanan.

Musibah 12 March

Tetiba aku rasa seperti tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Tatkala kekakadang buntu tidak tahu hendak diceritakan kepada sesiapapun. Rasa-rasa seperti kehilangan segala-galanya. Tiada saudara tiada teman-teman (mungkin perasaan sahaja yang menghantui).
Manakan tidaknya gerak hati rasa seperti sesuatu dugaan (perkara buruk) akan berlaku. Pada kebiasaanya aku pulang sahaja dari pejabat terus capai peralatan ping pong terus ke kelab untuk beriadah. Namnu pada petang itu tidak, aku terus menemakan rakan-rakan bagi membasahkan tekak dan sempat membotakkan kepala memandangkan keesokan harinya ada tournement manakala isnin dan selasa ada exam PTK.
Jam baru menunjukkan jam 6.00 petang, sebaik sahaja aku menghampiri simpang tiga Kuala Repas - Taman Bukit Chamang, ternampak ibu kepada kawan anakku melambai-lambai seperti kecemasan.
"Amir accident, dalam kereta ni, jangan marah dia,
hantar ke hospital dulu"
Berderau darahku, sebab petang tadi Amir ada kat rumah. Terperanjat, berdebar, panik semua ada. Bagai nak pitam bila melihat muka Amir penuh darah merah mengalir dan lebam. Tangan kanannya luka teruk dengan darah memancut-mancut. Amir kelihatan sakit yang teramat sangat serta pucat lesi akibat menahan sakit yang tidak terperi. Aku terus bergegas mengikuti jalan shortcut kerana ketika ini (Jumaat/weekend) maklumlah orang KL nak pulang ke Kelantan. Hati ku semakin luluh bila melihat dari kaki anak seolah-olah semakin pendek yang dipenuhi dengan darah segar yang meruap-ruap yang hanya beralaskan towel hijau.
Sempat juga aku bertanya, "Sakit tak?"
"Sakit Abah...." jawab beliau.
"macam mana boleh berlaku?" aku mendesak lagi.
"Abah..ampun Bah, lepas ni Along tak nak naik motor lagi..."
sambil air matanye keluar.
Kasihan pula rasa dihati, dengan tiba-tiba sahaja rasa marah geram tadi hilang. Mungkin beliau masih rasa takut padaku. Dalam hati berkata, harap-harap luka sahaja dan tidak ada patah riuk. Sampai sahaja ke Hospital, terus amir dimasukan ke Wad Kecemasan. Aku tidak ingat siapa yang mengangkat beliau ke wad sementara aku mengalihkan kereta.
Selepas selesai beliau mendapat rawatan awal dan x-ray, didapati beliau patah tangan kanan, 3 jari kaki patah 3 @ 4 setiap satu. Jari kedua terpaksa dipotong sedikit hujungnya. Luka serius tangan kanan berhampiran siku sebesar penumbuk. Alhamdulillah luka di muka dan kepala tidak menunjukkan impact besar kepada kepala dan otak.
Sebelum itu aku tengok bagai nak pitam kerana darah yang menitis dari katil ke lantai adalah darah Amir, mengalir seperti air paip. Manakala jururawat pratikal terus memberus dan mencuci luka seperti memberus kuali. Aduh....sakitnya, pedih dan aku tak sanggup tengok. Tanpa bius luka Amir dijahit hidup-hidup. Tapi aku tengok beliau steady je. Aku respect betul kat beliau, Along cool walaupun ianya sakit sangat. memang beliau tabah, memang tabah. Mungkin itu semua akan menjadi pengajaran buat beliau ataupun kesilapan dan dosaku dimasa lampau dan akan datang.
Jam sudah menujukkan jam 11.00 malam. Amir terpaksa dibawa dengan ambulan ke Hospital Tengku Ahmad Shah Temerloh kerana tiada pakar bedah (spcialist) disini. Kebetulan Ibunya baru sampai dari KL kerana menziarahi Hafiz, anak Cif Ishak (jiran) operation tumor cancer di PPUM serta terus menaiki ambulan dalam keadaan teresak-esak. Kasihan beliau, tak sampai hati aku nak beritahu beliau takut-takut beliau terperanjat. Selama 5 jam aku merahsiakan perkara ini. Sebaik sahaja ambulan bergerak hujan turun selebat-lebatnya. Aku termanggu-mangu, hendak ku follow ambulan dalam hujan lebat almaklumlah.. mesti kabur dan laju...

Sunday, March 21, 2010

Rakanku berpindah

Rakanku berpindah. Maaf buat Aida sekeluarga kerana tidak dapat meluangkan masa untuk turut serta membantu mengangkat barang-barang perpindahan. Namun begitu sempat jua aku menonjolkan muka sementara, kerana atas urusan membawa Amir ke Hospital. Maaf sekali lagi eik. Semoga dapat membiasakan diri ditempat baru, Kg Jawa. Jauh tu untuk pergi ke tempat kerja (Kelana Jaya). All the best to you.

Roda hidup

Roda hidup ini memang sentiasa berputar. Maka bersiap sedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang melanda, ianya datang tanpa diduga dan dipinta. Hanya kebesaran Allah jua yang Maha Mengetahui segala. Segala keperitan dan kedukaan yang ditanggung pasti akan ada hikmah besar disebaliknya. Maka apabila sesuatu musibah itu datang, maka perlu bersikap redha, terbuka dan tenang menghadapi. Jesteru itu setiap insan didunia ini perlu melalui suka duka, riang tawa gembira, susah senang serta pelbagai dugaan hidup. Adakalanya putaran roda kita, kita berada diatas, kadangkala kita dibawah. Renung-renungkanlah.

Friday, March 19, 2010

Anakku kemalangan

Salam dan bertemu kembali, lama rasanya tidak mencoret dihalaman ini. Apa yang pasti musibah yang melanda anakku Abdul Amir Asraf tidak akan kulupakan sampai bila-bila. Pengajaran yang kita dapat disini ialah walaupun aku menjaga anak ku agar menunggang motosikal dengan berhati-hati namun kemalangan tetap tidak boleh kita halang, jika itu telah tersurat.
Tanggal 12 hb March yang lalu jam lebih kurang 6 petang, Amir baru sahaja lepas kemalangan. Motosikal yang beliau naiki bersama rakannya telah bertembung dengan motosikal 'mat tirap' dan tidak semena-mena kawan Amir turut terlanggar Amir dari belakang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Ya Allah semasa aku menghantar Amir ke hospital, darah memancut dari jari kakinya, muka basah darah mengalir dan luka ditangannya ibarat dihiris pisau sehinggan nampak tulang. MasyaAllah. Pada fikiranku tiada yang patah. Rupa-rupanya tekaan ku meleset sama sekali. Amir telah mengalami patah tangan kanan, patah 3 jari kaki kanan, malahan jari kaki kedua (dari kanan) terpaksa dipotong kerana tulang telah hancur. Aduhai kasihan anakku. Masih muda telah mengalami kecacatan kekal. Tetapi Alhamdulillah kecederaan dimuka tidak melibatkan gegaran otak atau kecederaan kepala yang teruk.
Peristiwa itu begitu pantas berlaku membuat sesekali aku panik yang tidak terkira memandangkan ibu tiada ketika itu. Ibunya telah pergi melawat anak kepada jiranku di PPUM yang mengalami kanser tumor. Yang pasti beliau terpaksa di bawa ke Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut dan rapi.