Salam..lama kita tidak berjumpa di arena siber..
Tirai 2009 semakin lama semakin hampir lenyap. Maka 2010 akan menjelma. Apa kita nak jadi. Hanya diri kita sahaja yang tahu. Apakah azam dan nekad kita pada tahun 2010 pun hanya kita yang tahu. Boleh dizahirkan tetapi belum tentu dilaksanakan. Tetapi sekurang-kurangnya perlu ada niat dan keinginan. Tahun baru Hijrah baru sahaja merentasi tahun yang baru. Tahun masehi juga bakal berlaku..
Usah dipertikai tahun yang datang dah pergi, tetapi pertikaikanlah diri kita sendiri, samada kita ingin berubah dari yang kurang baik kepada yang baik atau daripada yang baik kepada yang lebih baik. Tidak cukup dengan niat dan lafaz, ianya perlu dibuktikan. Bukan dengan dengan kata-kata tetapi dengan perbuatan dan perubahan yang nekad.
Selamat menyambut tahun baru 2010 kepada rakan-rakan seperjuangan, rakan-rakan yang mengenali diri ini dan kepada sesiapapun yang singgah dihalaman blog yang tak seberapa ini. Semoga kalian akan lebih bersemangat dan lebih ceria serta dilimpahkan rahmat yang tidak terhingga.
Kepada yang menyambut hari ulangtahun kelahiran pada tanggal 1 Januari 2010 beruntunglah kerana cepar sedar akan usia telah memanjat. Tetapi usah biar usia itu menjadi penghalang untuk kita berubah jadi baik atau lebih cemerlang. Biarpun begitu tak salah berhati muda asalkan tidak menggangu gugat orang lain. Selamat panjang umur dimurahkan rezeki. jumpa lagi
No comments:
Post a Comment