Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Thursday, December 10, 2009

Sakit pingang bila nak baik..

Sakit...sakit..sakit..itulah perkataan yang aku ingaukan setiap malam beberapa hari yang lalu. Mungkin kesakitan yang aku alami telah terbawa ke dalam mimpi. Duduk salah, baring pun salah. Apabila terkena sakit pinggang ni..uhaiiii Tuhan sahaja yang tahu betapa sakit yang teramat sangat. Mungkin orang ramai tertanya-tanya kenapa engkau ni asyik sakit pinggang je. Memanglah mereka tak pernah kena sakit..terutama sakit pinggang. Ini semua bukan yang aku pinta. Namun ini semua kesan daripada perbuatan lasak masa lampau. Aku pernah terjatuh dari buai (Hammock) camping sebanyak 2 kali. Betul-betul tali hammock itu terputus dan terlucut menyebabkan aku jatuh terus tanpa sempat berpaut atau berpegang. Pingganglah yang mula-mula terhempap ke tanah. Ketika itu aku ni muda belia gagah perkasa, manalah tau kesannya pada masa sekarang. Sengaja aku nak berkongsi kesakitan ni, apabila sakit nak bungun dari tidur punyalah seksa. Nak tido pun seksa dimana terpaksa merebahkan badan secara perlahan. Begitu juga ketika membongkok dan mencangkung rasa macam pinggang ni nyilu dan mencucuk-cucuk. Memang buruk atau hodoh ketika aku cuba mengambil sesuatu barangan yang terjatuh. Terkangkang dan 'termenungging' he he. Tak dapat digambarkan. Kalau nak diceritakan pasal ubat dah bermacam-macam ubat yang aku ambil. Ubat hospital; biasalah ubat tahan sakit dan ubat sapu 'methyl salicylate ointment'. Ubat tradisonal, erm..macam-macam herba dah aku telan, tongkat ali, herba dan sebagainya. Minyak angin dan minyak urat macam-macam jenis dah aku sapu..dah naik melecet dah kulit pinggang ni. Sebut je, minyak tomoi, yoko-yoko, koyop, minyak cap lada, minyak hijau, may first dan lain-lain.
InsyaAllah aku akan pergi urut pinggangku ini beberapa hari lagi. Lagipun tengah-tengah sakit sangat tak berani nak biarkan pinggang ku ini dijamah oleh tukang urut. Biarlah derita ini kutanggung sendiri. Inipun mungkin hasil dari musibah masa lampau. Al-Kisah....

No comments:

Post a Comment