Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Thursday, December 10, 2009

Perjalanan cinta

Apakah penting definasi cinta untuk mereka yang telah tenggelam dalam alam cinta. Dalam perjalanan cinta, pencinta hanya lebih mementingkan kehadiran cinta bukan perbahasan cinta. Definisi adalah cabang dari perbahasan ilmu, sedang cinta adalah urusan hati pencinta dan dicintai. Biarlah ilmuan dengan alamnya membahas definisi cinta dan biarlah pencinta menikmati cinta tanpa perlu tahu akan definisi cinta.
Tetapi dalam menyelusuri perjalanan ini, mahu atau tidak mahu kita perlu menyentuh definisi cinta, agar ia menjadi bukti akan keagungan cinta yang sentiasa membuat intelektual menjadi lesu dan tidak bermaya.
Apakah itu cinta? Apakah definisi cinta? Apakah hakikat cinta sebenarnya? Persoalan-persoalan yang sering kita bahaskan berkaitan cinta. Ada yang salah tafsir dengan cinta, ada yang mengatakan cinta itu agung dan kelihatan asing dari diri manusia dan memeningkan kepala sesiapa yang membacanya. Ada pula definisi yang diberikan sebenarnya tidak mewakili hakikat cinta yang sebenar.
Jika seseorang itu mengaku dia tahu definisi cinta sebenarnya maka jelaslah ia masih belum mengenalnya. Walauapapun ungkapan tentang cinta, ia masih tidak dapat mewakili erti cinta yang sebenarnya kerana cinta adalah urusan hati. Sesetengah pencinta mengatakan bahawa semakin cinta didifinisikan ia semakin kabur tetapi jika cinta semakin dinikmati semakin terasa kehadirannya. Sesiapa yang merasakan sudah berjaya mendefinisikan cinta pasti belum mengenalnya. Sesiapa yang belum merasakan seteguk sahaja air cinta, masih belum pernah mengenalnya. Sesiapa yang merasa kenyang meminum air cinta, hanya menghiburkan diri, kerana ia belum jua mengenal cinta, ketahuilah cinta adalah minuman yang tidak pernah memuaskan pencandunya. Maka kenalilah cinta. Cinta bukan hanya dengan perataraan kata-kata. Selamilah hati maka cinta akan berbicara tentangnya tanpa suara tetapi kelazatan dan keindahannya. Biarlah cinta yang mendifinisikan keberadaanya dalam diri para pecinta.
Jika aku harus meneruskan keteranganku tentang cinta, walaupun seratus kebangkitan, belum juga sempurna - Rumi.

No comments:

Post a Comment