Sorilah kenkawan asyik cerita pasal kursus je boring gak. Oh ya aku telah mewakili Bentong dikejohanan Jemputan Old Boy Assc. Jln Kelang Lama bagi katagori Ping Pong Jemputan. Pagi-pagi sabtu kami bergerak bersama Cikgu Zainal, Abg Pa dan Abg Man. Segala pergerakan dipermudahkan, walaupun Cikgu Zainal sedikit kelam kabut drive. Lagipun kami bukan tau sangat jalan di KL nie. Pusing punyer pusing barulah jumpa sekolah tempat kejohanan tersebut. Kami menggunakan nama Bentong 'B' erm...jadi ayam je. 2 game terawal kena belasah 3-0 oleh Kang Yu dan OUG 3-0. Tetapi kami tidak mudah mengaku kalah. Pada perlawanan kumpulan terakhir kami belasah team Bandar Utama 3-0. Memang sedikit ralat kami hampir-hampir boleh mengalahkan pasukan OUG kerana kesemua game tersebut kami tewas secara diuse. Lantaran itu apabila kalah 3-0 aku tidak dapat beraksi uhuuuuu..Ini semua adalah satu cara untuk mematangkan permainan disamping mencari pendedahan. Tak mengapa! biar tewas sekarang kerana target kami open Pahang pada bulan Ogos nanti.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Monday, July 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment